Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Menghilangkan Kesan Lebam di Peha dan Lengan Akibat Gigitan Jin

Salah satu koleksi ceramah-ceramah agama dari Ustaz Kazim Elias  ada diselitkan cara-cara untuk elakkan dari mendapat lebam-lebam ini yang sebenarnya berpunca dari gangguan jin.
Ustaz Kazim menyatakan empat cara mengelakkan mendapat lebam-leam dari gangguan jin iaitu:-
1) Jangan mandi sewaktu Maghrib
2) Jangan mandi berbogel,
3) Jangan makan di atas tempat tidor, sisa-sisa makanan tu akan dipungut oleh jin.
4) Bersihkan seluruh mulut (seeloknya bersugi) sebelum tido. 


InsyaAllah, masalah lebam-lebam tersebut akan dapat dielakkan sekiranya kita mengamalkan kaedah di atas. Sebenarnya bukan semua lebam adalah akibat dari gangguan jin, terdapat juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan iaitu akibat tekanan darah yang rendah. 
Cara untuk mengenal pasti lebam yang disebabkan perbuatan jin ialah, regangkan kulit di kawasan lebam dengan menggunakan jari dan diteliti kesan lebam tersebut. Jika ianya gangguan jin maka akan terdapat tanda seperti kesan gigitan gigi.

Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu.

Kenapa mandi dengan limau??? Sebab...jin mengenali mangsa gangguannya melalui bau badan. Itulah cara dia mendatangi mangsa yang sama berulang-ulang kali. Mandi limau ini akan merubah bau badan kita dan jin itu tidak akan mengenali kita lagi.
InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita kepada Allah, masalah gangguan jin ini akan dapat dihentikan.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca