Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Plan Celcom X2 Yang Terbaik Pernah Ditawarkan Oleh Celcom Berbanding Plan Telco yang lain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin merupakan salah seorang pelanggan Celcom tegar yang masih lagi setia dengan Celcom walaupun terdapat plan yang menarik ditawarkan oleh syarikat Telco di Malaysia. Secara teori, pelan Celcom Xpax X2 dilihat adalah yang terbaik berbanding  plan Telco yang lain  jika anda seorang yang mempunyai ciri-ciri penggunaan seimbang untuk panggilan, permesejan dan data.

Tetapi jika penggunaan anda adalah lebih terarah kepada data, maka pelan selain Celcom Xpax dilihat lebih sesuai walaupun lebih mahal daripada aspek panggilan dan permesejan.Walaupun plan Celcom X2 ini telah dimansuhkan pada 1 Julai 2013 oleh pihak Celcom dan digantikan dengan plan X24 namun keuntungan berganda yang dikecapi semasa plan x2 sebaliknya plan terbaru ini lebih berstrategi untuk menarik lebih golongan muda untuk memilih plan ini iaitu pelan data percuma untuk Facebook.


Merujuk kepada jadual, syarikat telekomunikasi menawarkan plan yang mesra pelanggan apabila melihat kepada blok panggilan yang bukan lagi berdasarkan kepada ‘per minit’ sebagaimana sebelumnya.

Sebagai contoh, Celcom telah memanjangkan blok panggilannya kepada 5 minit dan 10 minit untuk panggilan luar dan dalam rangkaiannya. Maxis masih mengekalkan blok per minit, cuma kadarnya adalah bergantung kepada jumlah baki minima di dalam akaun (jika baki kredit lebih RM10 pada satu-satu masa, maka kadarnya adalah lebih murah). U Mobile pula mengekalkan blok 30 saat.

DiGi pula kelihatan seperti sedikit mengelirukan – blok panggilannya dipecahkan kepada tiga iaitu enam saat pertama; 2 minit seterusnya; dan minit selepas 2 minit sebelumnya (?). Ini bermaksud (berdasarkan pemahaman saya), panggilan berdurasi 5 saat kosnya adalah 6 sen, jika 1 minit 30 saat adalah 26 sen, dan jika tiga minit menjadi 46 sen.

Menyentuh berkenaan kadar panggilan video, keempat-empat syarikat telekomunikasi menawarkan kadar yang hampir identikal, kecuali U Mobile yang mengenakan kadar 60 sen seminit untuk panggilan video di luar rangkaian; kadar yang mungkin agak tinggi.

Perbezaan pada blok panggilan ini mungkin merupakan strategi syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan impak penurunan keuntungan daripada panggilan suara dan untuk menggalakkan para pengguna bercakap lebih banyak atau lebih lama.

Untuk kadar SMS, Celcom menawarkan kadar terendah untuk SMS ke rangkaian yang sama (1 sen) dan untuk SMS ke luar rangkaian, Maxis adalah merupakan yang tertinggi berbanding yang lain (10 sen).
Kadar untuk khidmat pesanan multimedia (MMS) pula memperlihatkan kadar purata sebanyak 25 sen kecuali Maxis yang mengenakan kadar 50 sen untuk MMS ke rangkaian lain.

Kesimpulannya. Celcom X2 adalah yang terbaik yang pernah ditawarkan kepada pelanggan setianya. Kekecewaan pelanggan setia Celcom terhadap plan X24 ini  semakin bertambah setelah mereka mula menyedari kekurangan plan terbaru ini.Inilah peluang terbaik telco lain untuk merampas pelanggan setia Celcom dengan pakej plan yang lebih menarik.Sesuai dengan tema Celcom Xpax "masa untuk berubah".

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca