Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Bacaan Ayat surah Al Quran bagi memudahkan bayi cepat tidur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi anda yang mempunyai masalah menidurkan anak atau bayi anda kerap menangis yang bukan disebabkan oleh kelaparan.

Baru-baru ini admin ada tertengok video viral  di Facebook  bagaimana seorang lelaki Arab yang sedang memangku bayinya yang sedang menangis.Selepas itu beliau memainkan bacaan surah Al-Quran.

Dalam Kenangan : Mr. Os telah meninggal dunia 8.4.2016. Al-Fatihah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Berita yang mengejut apabila mendapat tahu pemergian pelawak terkenal suatu masa dulu yang dikenali sebagai Mr. Os. Beliau meninggal pada 8.4.2016 bersamaan hari jumaat.Beliau bernama Mohd Yusuf atau Mr Os memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. 

Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaakob dan Aziz Sattar. 

Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi.[1] Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?.

Beliau kini menguruskan perniagaan chalet yang dinamakan Chalet D’ Kampung Mr Os terletak di Kampung Kota Lama Kanan, empat kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Chalet tersebut menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung.


Kematiannya telah disahkan oleh anak perempuan arwah, Husna Yusof di laman sosial Facebook miliknya.

"Abah saya telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak, jenazah akan di bawa pulang ke Gombak," tulis catatan laman sosial itu.



Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca