Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Plan Celcom X2 Dimansuhkan digantikan Celcom Xpax24 yang tidak berbaloi-baloi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada tahun 2011  Celcom telah memperkenalkan pelan panggilan baru untuk para pengguna Xpax, dimana melaluinya Celcom X2 menawarkan panggilan serendah 28 sen untuk setiap 10 minit.Melalui pakej terbaru ini, Celcom menawarkan penjimatan sehingga 92%, dimana para pengguna dalam rangkaian Celcom boleh menikmati panggilan serendah 28 sen untuk 10 minit, dan 28 sen untuk 5 minit panggilan ke talian lain.
Admin sendiri merupakan pengguna Celcom X2 sehingga sekarang. Sebelum ni admin menggunakan pelan Xpax Mid lepas itu bertukar ke Celcom Blue, yang saya akui amat mahal dan tidak berbaloi kadarnya.

Apabila Celcom memperkenalkan pelan X2  saya dapati pelan ini dari satu segi lebih berbaloi dari Celcom Blue. 28 sen untuk 10 minit itu memang murah.Semestinya orang mempertikaikan jika kita bercakap 1 minit, 2 minit, atau 30 saat sekalipun, tetap 28 sen. Tetapi cuba bayangkan dari sudut positif  kita tidak berasa terikat dan takut dengan tempoh percakapan kita.

Plan Celcom X2

Kita bebas bercakap 1 minit, 2 minit, 5 minit dan masih 28 sen. Kalau telco lain, kita takut-takut nak cakap lama sebab kita tahu kadarnya adalah per minit.Lebih rasional kiranya, cakap lama atau sekejap, murah kan? Memandangkan kadar 28 sen tu utk 10 minit, cakaplah segala benda yang nak dicakapkan, tak payah  call berkali-kali dalam sehari. Cakap sejam pun baru RM1.68, kalah 8pax/15pax, Activ10 dan Friends & Family!

Kadar SMS nya juga lebih murah, dan lebih murah dari UOX/SOX sendiri! 1 sen ke nombor Celcom dan 5 sen ke telco lain (UOX/SOX kan 6 sen off-net). Kalu Celcom Blue, saya kena top up at least RM30 nak dapatkan kadar mcm ni, dan valid hanya untuk sebulan! Kalu dah dapat kadar panggilan/SMS yang sebegitu murah, mestilah ada fungsi lain yang perlu ‘dikorbankan’. Sebab tu pelan baru ni tidak ada  8pax/15pax dan segala2 bonus yang biasa seperti free call/SMS seminggu masa birthday.

Plan Celcom X24


Malangnya plan celcom X2 telah dimansuhkan  pada 01. Julai 2013 dan digantikan dengan Celcon Xpax24 yang jelas tidak memberi keuntungan kepda pelanggan Celcom secara maksimum seperti Celcom X2.Bermula 1 julai 2013 semua pendaftaran baru nombor  xpax akan terus didaftar dengan pelan x3. tapi pengguna sedia ada pelan x2 boleh terus guna pelan tu sehinggalah bertukar plan yang lain.Rasanya payah nak bertukar ke plan lain kerana sudah ada rungutan dari pelanggan setia celcom yang mendapati plan X24 agak mahal dan tidak berbaloi-baloi.

Rungutan diterima di Celcom Customer Service

Untuk makluman anda, pelan Xpax24 hanya boleh membuat penukaran ke pelan Celcom Frenz atau pelan Celcom First Voice sahaja. Caj RM5 akan dikenakan untuk proses pertukaran pelan. Anda hanya perlu menaip > MIG FRENZ/MIG PRIME/PREMIER/ELITE
Ini adalah maklumat tambahan untuk pelan Celcom Frenz untuk rujukan anda:
Voice Call - 30 sen/min
Video Call - 30 sen/min
SMS - 15 sen/SMS
MMS - 50 sen/MMS
International SMS - RM0.15/ SMS
International MMS - RM1.00/ MMS

Daily Internet - RM3/sehari (200MB) / Kelajuan akan diturunkan kepada: 64kbps. Untuk melanggan SMS - Internet hantar ke 28882.Tempoh sah 24 jam selepas pengaktifan. Cth: 2pm 1March sehingga 2pm 2 March .Kalau dilihat plan  Celcom Frenz ini,murah ke? Sudah tentu tidak.


Kesimpulannya,pelanggan setia Celcom telah kehilangan satu plan yang betul-betul memberikan keuntungan kepada mereka.Bagi anda yang di luar sana yang masih menggunakan plan Celcom X2 bahawasanya anda tergolong dalam golongan yang masih  beruntung untuk menikmati plan ini.

Komen admin kepada pihak Celcom, korang wajib melihat balik plan yang ditawarkan kepada pelanggan setia Celcom. Jangan kerana mengejarkan keuntungan jangka pendek pihak Celcom akan kehilangan pelanggan setia dalam jangka masa panjang.Yang pasti Celcom mesti memasukkan elemen Hot Ticket Maxis dalam plan baru Celcom akan datang atau mengaktifkan semula plan X2 demi pelanggan setia anda.


Cara Semak Pendrive Sama ada palsu / tiruan atau original

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pendrive tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam supaya kelihatan storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan pendrive tersebut. Pendrive tiruan ini boleh beroperasi secara normal pada kapasiti sebenar sebelum di hack  tetapi apabila ia telah melepasi tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi data loss.

Anda boleh menggunakan perisian h2testw yang boleh membantu anda melihat jumlah storan sebenar pada storan yang disyaki tiruan. Cuma melalui cara ini ia mengambil masa yang agak lama kerana ia akan menjalankan proses kemasukan dan bacaan data yang sebenar. Storan generic selalunya mempunyai writing speed sehingga 3 hingga 12MB per saat dan ini mungkin memakan masa kira-kira 10 hingga 40GB per jam

Jadi untuk mencari sama ada pendrive yang dibeli atau kad memori adalah original atau palsu, anda perlu mengikuti langkah-langkah di bawah.

Langkah 1: Muat turun h2testw.zip fail.

Langkah 2: Extract untuk mendapatkan fail exe.

Langkah 3: Mula ia, Klik pada Pilih Sasaran dan Pilih pendrive anda atau kad memori (Pastikan ia diformat Sebelum menggunakan alat ini)



Langkah 4: Sekarang anda perlu klik pada Write + Verify dan tunggu untuk beberapa minit semasa ia melengkapkan proses tersebut.

Langkah 5: Selepas Siap ia akan menunjukkan kepada anda mesej lengkap tanpa sebarang kesilapan, Ia bermakna anda pendrive atau memori kad adalah asli dan tidak mempunyai masalah.





Tetapi jika ia mendapati kesilapan, maka ia adalah palsu dan mempunyai masalah.

Contoh Test result,ke atas pendrive 16GB
Hasil semakan mendapati pendrive hanya mempunyai 1.8 GB sahaja tidak seperti yang didakwa mmepynuai kapasiti 16GB


Ksempulannya, kita mempunyai satu cara mudah untuk periksa sama ada pendrive atau Kad Memori adalah original atau yang palsu.Sekiranya anda telah pun terbeli pendrive yang disyaki palsu.Anda tidak perlu buangnya ke dalam tong sampah sebaliknya anda masih boleh gunanya tetapi hanya pada kapasiti yang sebenarnya maksud di sini sebelum ini pendrive didakwa mempunyai kapasiti 64GB tetapi selepas disemak ianya hanya ada 4GB sahaja.Maka anda boleh guna pendrive itu setakat 4Gb sahaja.

Saya berharap ia akan membantu anda.



Hati-hati Dengan Pendrive jenama KINGSTON 64gb,128gb tiruan yang dijual RM25 di pasar malam

Kredit Gambar : amanz.my
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada Jumaat lepas 20.12.2013, admin selepas waktu bekerja akan singgah ke Pasar Malam Gerik yang terletak tidak jauh dari pejabat.Sudah menjadi rutin mingguan pada jumaat admin akan pusing-pusing pasar malam Gerik dahulu mencari kudap untuk dimakan semasa perjalanan pulang ke rumah.  Semasa meronda pasar malam admin terserempak dengan penjual  pendrive dan memori telefon   Micro SD dengan harga yang sangat murah.

Reaksi spontan admin melihat harga yang dipamerkan agak terkejut.Murah gila !!! dalam hati admin. Tidak mungkin pendrive 32GB, 64GB, 128GB boleh didapati dengan serendah harga RM25.Sudah tentu ini pendrive tiruan ini. Admin tidak terpedaya dengan dengan harga tersebut tetapi admin lihat ramai juga yang mengerumuni untuk membeli. Malangnya admin tiada mengambil gambar penjual itu. .Tetapi admin terkejut juga apabila blog-blog di internet ada artikel tentang pendrive tiruan berlambak di pasaran terbuka sejak tahun 2009 lagi.

APA YANG MENYEBABKAN PENJUAL BERANI MENJUAL PENDRIVE TIRUAN SECARA TERBUKA ?

Yang pasti pembeli biasa memang tidak tahu tentang teknologi komputer malah yang tahu serba sedikit tentang teknologi komputerpun mungkin terpedaya juga. Oleh kerana barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan  original.

Sekiranya pembeli inginkan bukti dari penjual bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 64GB di dalamnya, si peniaga dengan penuh yakin boleh menunjukkannya.Storan pendrive tiruan ini sekiranya ia dicucuk pada komputer, ia akan menunjukkan jumlah storan bebas yang sama seperti tertera pada saiz pembungkusan Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada beli yang original.

MACAMANA PENDRIVE TIRUAN INI SUKAR DIBUKTIKAN DENGAN HANYA MENYEMAK PROPERTIES PADA KOMPUTER?

Sebenarnya pendrive tiruan yang dalamnya berkapasiti 64GB. sedangkan pendrive ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’  4GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 64GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.ini adalah kerana  ianya telah digodam atau bahasa mudah dihack untuk menjadikanya seolah-olah berkapasiti 64GB,

Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses hack itu.
Apa yang turut membimbangkan, storan handphone microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini
 
Kesimpulannya.

Harga pasaran storan pendrive bagi kapasiti 64GB melalui carian admin di laman web www.lelong.com.my adalah sekitar RM 150.00. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM25, maka ianya sudah  storan palsu. Anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk berbanding packaging original.Oleh itu,berhati-hatilah apabila beli pendrive / micro SD di pasar malam.Jangan terpedaya kerana ianya menawarkan harga murah dari kedai komputer.


 

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca