Kredit Gambar : amanz.my |
Pada Jumaat lepas 20.12.2013, admin selepas waktu bekerja akan singgah ke Pasar Malam Gerik yang terletak tidak jauh dari pejabat.Sudah menjadi rutin mingguan pada jumaat admin akan pusing-pusing pasar malam Gerik dahulu mencari kudap untuk dimakan semasa perjalanan pulang ke rumah. Semasa meronda pasar malam admin terserempak dengan penjual pendrive dan memori telefon Micro SD dengan harga yang sangat murah.
Reaksi spontan admin melihat harga yang dipamerkan agak terkejut.Murah gila !!! dalam hati admin. Tidak mungkin pendrive 32GB, 64GB, 128GB boleh didapati dengan serendah harga RM25.Sudah tentu ini pendrive tiruan ini. Admin tidak terpedaya dengan dengan harga tersebut tetapi admin lihat ramai juga yang mengerumuni untuk membeli. Malangnya admin tiada mengambil gambar penjual itu. .Tetapi admin terkejut juga apabila blog-blog di internet ada artikel tentang pendrive tiruan berlambak di pasaran terbuka sejak tahun 2009 lagi.
APA YANG MENYEBABKAN PENJUAL BERANI MENJUAL PENDRIVE TIRUAN SECARA TERBUKA ?
Yang pasti pembeli biasa memang tidak tahu tentang teknologi komputer malah yang tahu serba sedikit tentang teknologi komputerpun mungkin terpedaya juga. Oleh kerana barangan sebegini dijual secara meluas dan terbuka kerana rupanya lebih kurang sama dengan storan original.
Sekiranya pembeli inginkan bukti dari penjual bahawa pendrive tersebut betul-betul mempunyai storan 64GB di dalamnya, si peniaga dengan penuh yakin boleh menunjukkannya.Storan pendrive tiruan ini sekiranya ia dicucuk pada komputer, ia akan menunjukkan jumlah storan bebas yang sama seperti tertera pada saiz pembungkusan Daripada pandangan kasar, ia seolah-olah tiada beza dengan storan original malah ia jauh lebih murah daripada beli yang original.
MACAMANA PENDRIVE TIRUAN INI SUKAR DIBUKTIKAN DENGAN HANYA MENYEMAK PROPERTIES PADA KOMPUTER?
Sebenarnya pendrive tiruan yang dalamnya berkapasiti 64GB. sedangkan pendrive ini hanya mempunyai kapasiti ‘sebenar’ 4GB sahaja di dalamnya dan bukan bersaiz 64GB seperti dinyatakan dalam properties pada komputer.ini adalah kerana ianya telah digodam atau bahasa mudah dihack untuk menjadikanya seolah-olah berkapasiti 64GB,
Secara kasar, storan tiruan juga mempunyai ‘real memory’ di dalamnya cuma ia tidak menunjukkan hasil storan sebenar sebaliknya menunjukkan storan palsu yang diperbesar hasil daripada proses hack itu.
Apa yang turut membimbangkan, storan handphone microSD turut sama menjadi mangsa tiruan ini
Kesimpulannya.
Harga pasaran storan pendrive bagi kapasiti 64GB melalui carian admin di laman web www.lelong.com.my adalah sekitar RM 150.00. Tapi sekiranya anda menjumpai pendrive 128GB pada harga serendah RM25, maka ianya sudah storan palsu. Anda boleh lihat adalah dengan mengenal pasti ketelusan packaging storan ini. Selalunya packaging storan tiruan hadir dengan tulisan dan font yang cetakannya agak buruk berbanding packaging original.Oleh itu,berhati-hatilah apabila beli pendrive / micro SD di pasar malam.Jangan terpedaya kerana ianya menawarkan harga murah dari kedai komputer.
No comments:
Post a Comment