Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Khasiat Morinda Citrifolia atau Buah Mengkudu atau Buah Noni

Kalau kelapa digelar buah seribu guna, buah mengkudu pula digelar penawar terbaik oleh kelompok saintis seluruh dunia. Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia mempunyai rasa dan bau yang meloyakan. Namun disebalik bau yang kurang menyenangkan, khasiatnya sungguh menakjubkan, baik dari segi perubatan moden mahupun tradisional, terutamanya penduduk negara tropika seluruh dunia.

Kajian University Hawaii, Honolulu, Amerika Syarikat mendapati buah mengkudu sangat berkesan merawat masalah berat badan, kulit dan rambut. Ia juga kaya dengan polisakarida sebagai anti tumor, merawat masalah strok, kanser, athritis, tekanan darah tinggi, kesakitan yang kronik, penyakit jantung, kencing manis dan pelbagai masalah yang membabitkan sistem tubuh manusia.

Masyarakat Melayu sendiri menggunakan daunnya untuk menjadi pelapik tungku yang digunakan oleh ibu-ibu ketika dalam pantang. Daun yang terkena haba tungku yang panas dikatakan mengeluarkan sejenis aroma dan khasiat istimewa yang membantu merangsang pemulihan rahim dan menegangkan semula kulit perut yang kendur dan menggeleber selepas melahirkan anak.

Di negara seperti Polynesia, Samoa, Tonga, Kepulauan Marguesas dan Hawaii, buah mengkudu memang menjadi pemakanan kesihatan. Sewaktu perang dunia kedua askar yang berpengkalan di Kepulauan Polynesia diajar memakan buah mengkudu oleh masyarakat pribumi pulau itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Begitu juga dengan penduduk Raratonga dan Fiji, mereka memakan buah mengkudu dengan garam seperti memakan buah asam saja.

Sementara di Tahiti, pokok mengkudu sengaja ditanam bagi menyerikan lanskap pulau kerana pokoknya rendang dan sederhana tinggi dengan hanya di antara 4.5 dan 6 meter itu memberikan pemandangan yang cukup cantik dan indah.

Biasanya mengkudu berbuah sepanjang tahun. Buahnya yang matang berukuran hampir sama dengan sebiji kentang. Buah muda berwarna hijau terang manakala berwarna putih kekuningan apabila cukup ranum.

Masyarakat Tahiti biasanya akan memetik buah yang hampir masak bagi mengelakkan ia meranum di pokok dan pecah apabila gugur ke bumi.

Ia kemudian disimpan di dalam sebuah balang khas dan didedahkan kepada cahaya matahari. Apabila cukup ranum, puri dan jusnya diambil bagi tujuan merawati masalah ketegangan.

Dari aspek perubatan moden, mengkudu didapati kaya dengan Proxeronine, sejenis alkoloid yang digunakan oleh tubuh bagi memulih dan menguatkan sel-sel. Dr. R. M. Heinicke juga menjumpai kandungan Xeronine yang rendah di dalam buah mengkudu. Bahan ini gunanya mengaktifkan pengeluaran Proxeronine.

Selain itu, ada juga kandungan enzim yang mencergaskan Proxeronine yang kemudiannya akan saling bekerjasama dan menghasilkan sejenis protin yang fungsinya berbeza kepada sel-sel.

Xeronine tugasnya membaik pulih sel yang rosak.

Begitulah keunikan buah mengkudu walaupun ia dikenali dengan banyak nama seperti Noni (Hawaii dan Kepuluan Marguesas), Nono (Samoa dan Tonga), Nonu (Kepulauan Pasifik Selatan) tetapi bangsa Perancis di Polynesia memberikan namanya Morinda Citrifolia.



KEGUNAAN BUAH MENGKUDU DALAM BIDANG PERUBATAN

Penyakit Darah Tinggi

Perah air buah mengkudu yang masak. Campurkan air perahan dengan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Ulangi amalan ini sekiranya keadaan darah tinggi meningkat semula.

Betis Kering Bersisik dan Merekah Tumit Kaki

Walaupun kedua jenis penyakit ini tidak menyakitkan penghidapnya tetapi ia amat memalukan terutamanya kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan penyakit ini, ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian yang berpenyakit. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuhlah dengan air suam. Lakukan amalan ini beberapa kali sehingga tanda kering bersisik dan merekah tumit hilang.

Meredakan Batuk

Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam dan dalam masa yang tidak lama gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.

Penyakit Kuning

Dua biji buah mengkudu yang telah masak diperah airnya dan dicampurkan sedikit gula batu. Airnya diminum dan lakukan 2 kali seminggu sehingga penyakit kuning hilang.

Demam

Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam.

Mengecutkan Rahim

Daun mengkudu dibalut pada tungku yang telah dipanaskan sebelum dibungkus dengan kain untuk bertungku. Amalan ini boleh mengecutkan dan 'menaikkan' rahim ibu selepas bersalin.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca