Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara Memilih Jenis Tayar Kereta Anda (Tyre)



Panduan asas tentang tayar kereta

1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Sentra standard, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 16 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 17 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang.
Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan).
Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003.
Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.

####Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.####

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya).

Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar"-

  • Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah.
  • Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.


5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar.
Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.


6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus.Sebaba bunga

Kalau kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud tekanan angin tayar adalah kurang dari yang sepatutnya.

Kalau kadar kehabisan bunga dibahagian tengah lebih cepat haus,i bermaksud tekanan angin tayar adalah tekanan angin terlalu tinggi.

Sekiranya bunga tayar haus di bahagian luar sahaja, bermaksud tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar
(alligment tayar perlu dibetulkan).


Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.

Sekian

Punca Minyak enjin kereta semakin kurang


Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman mengenai enjin 'makan' minyak hitam.


Sekiranya anda berada di dalam situasi yang mana setiap minggu terpaksa menambah minyak hitam atau kereta anda mengalami pengurangan minyak hitam setiap kali diperiksa. Apa yang perlu dibuat ?


Kalau pergi ke bengkel, biasanya mekanik akan suruh kita buat 'top overhaul' yang mana belanjanya mungkin melebihi RM500. Ada juga kebenaran kata-kata mekanik tersebut tetapi hanya dia yang tahu kenapa dia berkata demikian kerana jika kita diminta buat top overhaul bermakna enjin kita sudah berada dalam keadaan tenat. Bagaimanapun di ruangan ini saya akan berkongsi pengalaman tentang kenapa pengurangan minyak hitam boleh berlaku, bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku dan apa yang perlu dibuat jika sudah berlaku.


Minyak hitam akan berkurang disebabkan oleh beberapa sebab yang kadang-kadang tidak diambil peduli oleh kebanyakan pengguna kereta.


(1) Minyak hitam terbakar di dalam kebuk silinder bersama-sama petrol. Ini disebabkan 'ring' piston yang berfungsi menghalang minyak hitam masuk ke ruang pembakaran telah haus atau telah mengalami regangan yang berlebihan yang menyebabkan wujud ruang di antara piston dan dinding silinder blok menyebabkan minyak hitam memasuki kebuk pembakaran dan terbakar bersama-sama petrol/diesel. Tanda yang dapat dilihat adalah asap yang keluar akan menjadi berwarna kebiruan dan berbau minyak hitam. Lama - kelamaan minyak hitam di dalam enjin akan berkurangan. Keadaan ini sebenarnya adalah perkara yang pasti akan berlaku kepada semua jenis enjin bersilinder. Tetapi jangkamasa yang ia pasti akan berlaku biasanya sehingga 10 tahun atau lebih.



Faktor yang mempercepatkan perkara ini berlaku adalah seperti penukaran sistem pengeluaran gas ekzos (penggunaan ekstraktor) kepada bukan standard, penggunaan minyak hitam yang tidak mematuhi specifikasi yang diberikan pengeluar, tidak menukar minyak hitam mengikut jangkamasa yang ditetapkan pengeluar, tidak menukar penapis minyak seperti yang disyorkan pengeluar, penggunaan minyak hitam yang tidak mencukupi, pemanduan yang terlalu agressive (selalu buat spin wheel) dan untuk enjin turbo; tidak memberikan masa kepada suhu minyak hitam turun kepada normal operating temparature (tak pasang turbo timer). 



Untuk megelakkan perkara ini dari berlaku dengan cepat, tukar minyak hitam mengikut jadual bersama-sama penapis minyak yang disyorkan pengeluar. Sekira boleh, masukkan sedikit enjin treatment setiap 7 atau 8 kali menukar minyak hitam, pasang turbo timer (untuk enjin turbo), panaskan enjin dalam keadaan melahu sebelum memulakan perjalanan, elakkan spin wheel atau pemanduan aggresive, gunakan kebuk pelepasan asap eksoz standard. Jika keadaan ini sudah berlaku, apa yang boleh dibuat cuma menambahkan minyak hitam setiap kali berkurangan dan kalau keadaan tidak begitu serious mungkin dengan penambahan enjin treatment (yang mengandungi plumbum) dapat membantu menutup ruang antara piston dan dinding silinder. Jalan terakhir terpaksalah tukar piston ring baru atau kalau silinder dah 'makan', terpaksa tukar piston dengan ringnya sekali dan rebor silinder.


(2) Sebab lain, jika kita dapati setiap pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada kebocoran di enjin kereta kita. Kita tak akan dapat memastikan perkara itu dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat, pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan kereta seperti biasa. Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di mana kebocoran berlaku i.e. di penyambung drive shaft, di penyambung gear box atau di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu panas, semasa menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama (seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus)


(3) Jika minyak hitam kita berkurangan tetapi tiada kebocoran dan tiada pelepasan asap kebiruan, cuba periksa air di radiator. Jika airnya berminyak, ini bermaksud terdapat kebocoran dalaman enjin yang menyebabkan minyak hitam masuk ke dalam saluran air penyejuk. Keadaan ini sangat kritikal dan memerlukan enjin di angkat dan ditukar gasket yang terlibat. Keadaan ini berlaku kerana enjin terlalu panas dan sistem penyejukkan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.


(4) Minyak hitam berkurangan juga boleh disebabkan minyak hitam menjadi berketul-ketul dan menjadi padat dan likat. Ini biasanay berlaku bila air bercampur dengan minyak atau penggunaan oil treatment yang tidak sesuai. Keadaan ini juga boleh berlaku jika kita tidak menukar minyak hitam mengikut jadual. Jika ini berlaku, minyak enjin perlu diganti dan enjin perlu di flush dengan menggunakan engine flush chemical (tidak digalakkan kerana akan merosakkan gasket dan oil seal).


(5) Kadang-kadang minyak hitam akan berkurangan jika kita selalu memandu pada kelajuan tinggi (melebihi 120 km/j selama lebih 30 minit). Ini kerana minyak enjin terkeluar melalui bahagian atas penutup enjin atau top cover enjin. Biasanya ini tidak melibatkan apa-apa kerosakan, cuma jika kita ingin memandu pada kelajuan tinggi, pastikan kita menukar penutup minyak enjin kepada yang lebih tahan tekanan tinggi (macam enjin turbo)

Move blog to account A to account B

This article will tell you how to move your blogger blog from one blogger account to another account,say transfer Blog From One Account To Another.
Two blogspot account, A and B, and there is a blog under account A, then, you want to transfer the blog to account B while the blog url will not change. Why we need this? say, you have a blog, and someone who want to buy your blog, and you want to sell your blog,then you can transfer the blog to her/his account.
blogger———–>>>>>>blogger1

Now, following these steps, you will learn how to move your blog between two account.

  1. First of all,sign into your blogger dashboard. Click the Settings next to your blog name.
    1
  2. Click on the Permissions
    2
  3. After you have click the permission click, then click on the ‘ADD AUTHORS‘ button to add the account you want to transfer to.
    3
  4. Enter the account id you want to transfer to, and click on the INVITE button.
    4
  5. If you have click he invite button, blogger will send an email to the person who you invite, he/she will receive an email from blogger,asking him to visit a link and confirm.
    5
  6. Once he/she have confirm the invite, he/she is an author of your blog.
  7. Now,you will see an option to grant admin privileges to your partner.Click on the ‘grant admin privileges‘ link and confirm.
    6
    7
  8. Once you confirm, your blog has two admins, you account and the other account can access the blog. You will see the admin ‘remove‘ link next to the author’s name.Remove your’s as admin. Now your blog will be transfered from your account to another account.

That’s it! Now,you have transfered your blog from one account to another account. Very easy, just try it now!

Adding ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command


Bertemu kita kembali pada entri terbaru blog aku ni… Dan seperti biasa aku nak kongsi satu tips yang berguna untuk memudahkan anda menyalin atau memindahkan fail² anda dalam komputer… Tak perlu lagi anda membuka beberapa Windows Explorer semata² untuk menyusun fail² komputer anda…

Seperti yang anda lihat, gambar di atas telah merumuskan bahawa kita akan menambahkan fungsi “Copy To Folder” dan “Move To Folder” ke dalam fungsi arahan pada Windows… Dari situ ia akan memudahkan anda untuk copy atau move fail² yang anda kehendaki… Jom kita tengok caranya…

1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…

2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…

3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut: {C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

Selesai tutorial untuk kali ini… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca