Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar Ketika Musafir



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pasti ramai antara kita yang pulang ke kampung untuk berjumpa ibu dan ayah serta saudara mara untuk menjalinkan hubungan silaturahim setiap kali cuti panjang. Jika anda pulang ke kampung yang jauhnya lebih dari 90 km dari rumah anda, maka anda dikira sebagai bermusafir. Allah SWT telah memudahkan kita untuk melakukan solat fardhu ketika bermusafir.
 
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Solat fardhu ketika anda sedang bermusafir ialah  melakukan sembahyang Jamak dan Qasar. Makna Jamak bermaksud dihimpunkan manakala makna Qasar bermaksud dipendekkan.

Solat Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu dinamakan Jamak Takdim. Di mana lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang Asar  ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar sebelum habis waktu zuhur. Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Kita boleh juga jamakkan maghrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu maghrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang Isyak dalam waktu Magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".


Niat untuk sembahyang isyak ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".


Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak Takhir.
Tapi jangan lupa niatkan
nak jamakkan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak sebelum waktu magrib berakhi.

Niat untuk sembahyang isyak ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".


Niat untuk sembahyang magrib ialah :-
"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak Takhir kerana Allah Taala".

Sekian, semoga bermanfaat insyaAllah

Bahaya Korek Telinga Dengan Putik Kapas



Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita. Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.

Biasa kita lihat ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan tahi telinga anak-anak. Tetapi, sedarkah anda tindakan tersebut boleh mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan putik kapas akan tertinggal di dalam telinga atau kulit telinga akan terluka.

Agak sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga. Ia sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Apa pun alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak kemudian hari.

Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, pastinya kita kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat.


Umpan terbaik kaki pancing ikan Lampam dan Ikan Kaloi



ikan kaloi
Khusus kaki pancing yang giat memburu ikan air tawar seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi. 

Jozan Tidak Layak Juara Maharaja Lawak Mega 2 / 2012

Pada malam tadi, seperti yang dijangka, Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 telah melabuhkan tirainya dengan menobatkan kumpulan Jozan sebagai juara, yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru. Mereka telah berentap di gelanggang MLM 2012 selama sembilan minggu yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (134) sejak bermula 16 November 2012.

Untuk malam tadi, para peserta telah diadili oleh juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura).Dengan sistem pemarkahan Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 yang mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah. Dengan mengekalkan konsep bebas dan komedi muzikal iaitu tema yang sama seperti musim lalu dengan membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia..

Jozan mengungguli dengan markah tertinggi malam tadi berdasarkan juri tetap dan juri awam, sekaligus menghampakan empat lagi finalis lain yang bersaing iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi mengejar gelaran juara.

Kemenangan Jozan ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula, milik kumpulan Jambu dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi. Bagi tempat ketiga Kumpulan Shiro menerima hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Sementara kumpulan Boboi terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saywho di tempat kelima dan menerima RM15,000 berserta trofi.

Sang Juara JoZan MLM 2012

 PS : Nasib baik Johan ada pada malam final,risau gak admin kalau Johan tak ada.Kalau tidak mati akal Zizan buat komedi sesorang. Bukan senang sebenarnya buat komedi seorang diri tengoklah Nabil kali ini join kumpulan Boboi. Tahniah admin ucapkan buat Jozan dan semua finalis Maharaja Lawak Mega Musim Kedua.





Rahsia Vitamin Untuk Kulit Cantik

Kulit yang sihat perlulah dijaga dari dalam. Kita selalu sibuk nak cari krim kecantikan ataupun pencuci muka yang terbaik malah harganya sampai ratusan ringgit demi mendapatkan hasil yang terbaik tetapi  kita terlupa bahawa pemakanan juga penting dalam menjaga kesihatan kulit kita. Selain pengambilan vitamin dari sumber makanan namun ianya tidak mencukupi melainkan kita mendapatkannya dari produk suppliment vitamin yang boleh di dapati di farmasi. Mari kita lihat vitamin-vitamin yang perlu untuk kulit yang sihat.

1. Vitamin C
Antara penemuan baru dermatologi yang paling penting adalah kuasa vitamin C untuk menangani kesan daripada pendedahan cahaya matahari. Ia berfungsi dengan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, hasil sampingan yang merbahaya cahaya matahari, asap, dan pencemaran. Radikal bebas menelan kolagen dan elastin, serat yang menyokong struktur kulit, menyebabkan kedut dan tanda-tanda penuaan.
Pastikan diet anda termasuk banyak makanan kaya vitamin C (sitrus dan sayur-sayuran, antara lain), yang boleh menggantikan kehilangan vitamin melalui kulit. Anda juga boleh mengambil vitamin C tambahan, sehingga 500 hingga 1,000 miligram per hari. Digabungkan dengan vitamin E  dan vitamin C  juga boleh melindungi kulit daripada sinar matahari.


2. Vitamin E. 
Penyelidikan menunjukkan bahawa, seperti vitamin C, antioksida yang kuat ini membantu mengurangkan kesan yang merbahaya matahari pada kulit. Menurut kajian yang diterbitkan oleh AAD, dengan mengambil 400 unit vitamin E setiap hari untuk mengurangkan risiko kerosakan matahari untuk sel-sel serta mengurangkan pengeluaran sel-sel kanser. Beberapa kajian menunjukkan bahawa apabila vitamin E dan A diambil bersama-sama, menunjukkan pengurangan 70% dalam karsinoma sel basal, bentuk lazim bagi kanser kulit.

Vitamin E juga boleh membantu mengurangkan kedutan dan menjadikan kulit anda kelihatan dan berasa lebih licin. (Berhati-hati, walaupun, beberapa kajian baru-baru ini memberi amaran bahawa dos vitamin E yang terlalu banyak boleh membahayakan. Makan 400 unit antarabangsa sehari atau kurang anda berada di zon selamat.) Digunakan dalam krim, losyen, atau bentuk serum, vitamin E dapat menenangkan kering, kulit kasar. Apabila digabungkan dengan vitamin C dalam losyen, ia amat melindungi daripada sinaran matahari, berkata AAD.


3. Vitamin A
Jika anda mendapat cukup vitamin A daripada makanan anda, tiada gunanya anda mengambil tambahan vitamin A kerana ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada kulit anda. Tetapi jika vitamin A kurang walaupun sedikit dalam badan anda, ia akan menunjukkan kesan seperti kulit kering dan menggelupas. Ia adalah kerana vitamin A adalah perlu bagi penyenggaraan dan pembaikan tisu kulit. Tanpanya, anda akan merasakan perbezaannya. Buah-buahan dan sayur-sayuran sarat dengan vitamin A.

Topikal vitamin A adalah bentuk yang membuat perbezaan sebenar dalam kulit anda. Kajian perubatan menunjukkan pengurangan dalam garis dan kedutan, kawalan jerawat yang baik, dan melegakan psoriasis, semua menggunakan krim yang mengandungi nutrien ini. Preskripsi rawatan yang dipanggil Retin A, dan ia digunakan terutamanya sebagai rawatan untuk jerawat. Kurang mujarab, rumusan over-the-kaunter dijual sebagai retinols dan digunakan sebagai rawatan anti-penuaan.


4.Vitamin B Kompleks. 
Vitamin B yang paling penting untuk kulit adalah Biotin, nutrien yang membentuk asas sel-sel kulit, kuku dan rambut. Tanpa jumlah yang mencukupi, anda mungkin mengalami dermatitis (tindakbalas kulit yang gatal, bersisik) atau kadangkala keguguran rambut. Malah kekurangan yang sedikit juga menyebabkan gejala. Badan anda membuat banyak Biotin, dan nutrien ini adalah juga banyak terdapat dalam makanan termasuk pisang, telur, oat dan beras.

Krim yang mengandungi vitamin B boleh menjadikan kulit bersinar dan sihat manakala menghidratkan sel-sel dan meningkatkan tona kulit keseluruhan pada masa yang sama. Niasin, vitamin B tertentu, membantu kulit mengekalkan kelembapan, jadi kulit anda kelihatan lebih berisi dan kelihatan lebih muda dalam masa enam hari. Ia juga mempunyai sifat anti-keradangan untuk melegakan kering, kulit yang terengsa. Dalam kepekatan yang lebih tinggi, ia boleh bertindak sebagai agen pencerah untuk tona kulit yang bernoda kotor.

Nokia Lumia 620 Harga Handphone Murah Pasti Memukau Sesiapa Sahaja

Nokia secara rasminya memperkenalkan Lumia 620 kepada umum, yang mana membawakan peranti mampu milik bersama-sama Windows Phone 8. Ia turut dilancarkan untuk pasaran Malaysia secara rasminya.Untuk pasaran Malaysia, ia akan mula dijual secara rasminya di mana pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada para pengedar tempatan pada harga RM799.

Lumia 620 membawakan skrin bersaiz 3.8-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz Qualcomm Snapdragon S4, memori sebanyak 512MB RAM, kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan beberapa sokongan lain termasuk NFC dan juga kebolehan menambah ruangan storan melalui kad mikro-SD.



Walaupun satu telefon bajet untuk Nokia Lumia 620 ini, tetapi aplikasi lokasi seperti Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia Pengangkutan adalah terbaik dari Nokia. Terdapat Nokia Music untuk penstriman trek iklan percuma tanpa pendaftaran atau langganan dan memuat turun senarai untuk anda mendengar secara  offline.
Lumia 620 menyokong NFC dengan Speaker JBL PlayUp Portable untuk Nokia, berjalan Windows 8, anda boleh melaraskan Live Tiles, melihat kenalan di People Hub, daftar masuk ke lokasi anda dengan Me Tile, serta kemaskini pos, dan melihat Facebook, LinkedIn dan Twitter .

Pelbagai warna pilihan


Anda boleh bermain permainan pada Xbox Live, dan sunting fail Microsoft Office. Anda boleh melayari web menggunakan Explorer 10 dan menyimpan fail dalam 7GB SkyDrive cloud server.Nokia Lumia 620 datang dalam pelbagai pilihan warna seperti hijau limau, jingga, magenta, kuning, cyan, putih dan hitam. Ia akan mula dijual pada Januari 2013 di Asia, Eropah dan Timur Tengah dan tempat-tempat lain.
 
SpesifikasiNokia Lumia 620 :-
  • Dual-Core 1 GHz Krait processors
  • 3.8 inch display WVGA resolution, clear Black LCD
  • Windows 8 powered
  • 5 Megapixel rear camera
  • Front facing VGA camera
  • Adreno 305 GPU
  • 512 mb RAM
  • 8GB internal storage
  • expandable micro SD slot
  • Wi-Fi connectivity
  • NFC
  • Bluetooth v3.0

Pengambilan Kopi, Teh dan Coklat Mengganggu Penyerapan Vitamin Dalam Badan



secawan kopi panas
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Anda pengemar kopi/teh/nescafe? Tahukah anda bahawa Minum minuman disebutkan tadi mengandungi kafein yang boleh menganggu penyerapan vitamin ke dalam tubuh kita dengan sempurna. Minuman berkafein tinggi seperti kopi, teh, minuman berkarbonat dan coklat adalah makanan harian biasa yang mempunyai kafein. Sesetengah ubat-ubatan dan suplemen juga mempunyai kafien. Oleh itu,jika ada sedang mengambil suplimen vitamin pastikan minuman berkafein dielakkan dalam masa beberapa jam selepas vitamin.Ini bagi memastikan penyerapan vitamin oleh badan berlaku dengan sempurna bagi mengelakkan pembaziran berlaku.Di sini beberapa kesan kafein ke atas vitamin-vitamin adalah seperti berikut :-

Zat Besi

Kafein sebenarnya mengurangkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Kopi dan teh mempunyai polyphenols, unsur kimia yang hanya didapati di dalam tumbuhan. Walaupun polyphenols adalah sejenis antioksida yang bagus, tetapi ia akan mengikat dirinya ke molekul zat besi itu sendiri, menyebabkan kesukaran kepada proses penyerapan.

Kalsium

Kafein akan menyebabkan kalsium untuk dikumuhkan sekali di dalam air kencing. Kafein juga boleh menganggu penyerapan kalsium di dalam usus, sekaligus mengurangkan kalsium di dalam tulang.

Vitamin B

Kafein bersifat diuretic, iaitu menyebabkan seseorang selalu membuang air kecil. Vitamin larut air seperti vitamin B di dalam badan boleh berkurangan kerana is juga terkandung di dalam air kencing. Semakin kerap seseorang itu membuang air kencing, semakin banyaklah vitamin B yang akan dikeluarkan di dalam tubuh.

Vitamin D

Pengambilan kafein yang tinggi juga boleh mengakibatkan kemerosotan reseptor sel untuk Vitamin D di dalam tubuh untuk wanita berusia/menghampiri menopause'**. Jika ini berlaku, seseorang mudah mendapat penyakit tulang rapuh/osteoporosis kerana vitamin D amat penting untuk penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang.

**(November 2001 issue of the "American Journal of Clinical Nutrition)

Ingin Membeli Handphone Harga Termurah Secara Online?



Masih memakai handphone ketinggalan zaman? Masih pakai midi ringtone? Teringin nak pakai smartphone tetapi harga pulak mahal? Di mana nak beli handphone dengan harga yang murah?  Bukan handphone terpakai atau seludup, tetapi handphone original.  Ada sesiapa yang tahu?

Hari ini masa tengah google mencari pengganti handphone admin yang rosak iaitu Nokia N8. Admin terklik satu banner yang tengah promosikan handphone-handphone dengan harga murah.  Memang betul-betul murah. Potongan harga diskaun hingga RM100 ke atas. Murah bukan? Layarilah selalu web lazada untuk mendapatkan promosi diskaun terkini bagi pelbagai barangan dengan harga hebat.

Kalau anda tercari-cari di mana nak dapatkan handphone dengan harga murah, anda boleh ke laman web ini Kedai ini datang dengan ciri-ciri unik termasuk penghantaran percuma di seluruh negara untuk Timur dan Barat Malaysia, pulangan 14-hari dan dasar pertukaran, dan wang tunai atas perkhidmatan penghantaran untuk Lembah Klang, perkhidmatan tidak pernah sebelum ini ditawarkan di Malaysia.

Pada masa ini, LAZADA menawarkan 16.000 produk merentasi pelbagai kategori dengan jenama besar seperti Samsung, Nikon, Sony, Nokia, Philips, Yonex, Dunlop, Wilson, Carlton, Cornell, Huggies, Hello Kitty, One Drop Perfume dan banyak lagi di bawah sayap.

Namun admin masih lagi mencari pengganti Nokia N8 dengan budget yang agak ciput.Admin bukan gila adroid ataupun Apple tetapi admin mencari handphone yang mampu memberikan kualiti gambar setaraf kamaera digital dalam apa jua suasana.Setakat ini masih belum ketemui.Handphone yang mempunyai xenon flash susah dijumpai berbanding LED flash.Kenapa admin memilih handphone xenon flash kerana hanya xenon flash mempunyai keupayaan untuk memegun gambar bergerak dengan baik sekali atau mengambil gambar dalam keadaan gelap.Apa-apa pun laman Lazada mungkin tempatnya bagi admin untuk mencari budget phone idaman.



Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca