Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar Ketika Musafir



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pasti ramai antara kita yang pulang ke kampung untuk berjumpa ibu dan ayah serta saudara mara untuk menjalinkan hubungan silaturahim setiap kali cuti panjang. Jika anda pulang ke kampung yang jauhnya lebih dari 90 km dari rumah anda, maka anda dikira sebagai bermusafir. Allah SWT telah memudahkan kita untuk melakukan solat fardhu ketika bermusafir.
 
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Solat fardhu ketika anda sedang bermusafir ialah  melakukan sembahyang Jamak dan Qasar. Makna Jamak bermaksud dihimpunkan manakala makna Qasar bermaksud dipendekkan.

Solat Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu dinamakan Jamak Takdim. Di mana lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang Asar  ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".

Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir. Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar sebelum habis waktu zuhur. Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang asar ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk sembahyang zuhur ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu Zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Kita boleh juga jamakkan maghrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu maghrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang Isyak dalam waktu Magrib itu dinamakan jamak takdim.

Niat untuk sembahyang magrib ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Taala".


Niat untuk sembahyang isyak ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Taala".


Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
Iaitu melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak Takhir.
Tapi jangan lupa niatkan
nak jamakkan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak sebelum waktu magrib berakhi.

Niat untuk sembahyang isyak ialah :-

"Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Taala".


Niat untuk sembahyang magrib ialah :-
"Sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak Takhir kerana Allah Taala".

Sekian, semoga bermanfaat insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca