Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Apakah syarat untuk Bermain Pokemon Go Di Android dan iOS

Permainan Pokemon Go yang sedang diperbincangkan di media sosial ini ternyata memiliki daya tarikannya tersendiri. Admin sebagai pengguna game Clash Royale juga terpaut dengan cara permainan ini.Dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) dan wajib mengaktifkan GPS jika bermain Pokemon Go, nampak gaya kena ada powerband sentiasa di sisi.

Jika anda ingin bermain Pokemon Go ini perlu memiliki  bateri yang besar, untuk memberikan keselesaan dalam bermain permainan Pokemon Go ini. Selain itu, jaringan internet yang lancar juga perlu ada sebab permainan ini digunakan secara online.Syarat spesifikasi untuk bermain Pokemon Go juga harus diperhatikan  agar membuat permainan lancar tanpa gangguan(lag) ketika sedang bermain Pokemon Go. 


Spesifikasi Untuk Bermain Pokemon Go Di Android dan iOS

Adapun syarat spesifikasi untuk bermain Pokemon Go di Android dan Juga iOS, berikut Anda dapat membacanya dibawah ini.

Android : Pokemon Go Requirement System

    Jaringan : WiFi, 3G, 4G
    Sistem Operasi : Android versi 4.4 KitKat (lebih tinggi lebih baik)
    Layar : Resolusi 1280 x 720 pixel setara HD
    GPS : Yes

iOS : Pokemon Go Requirement System

    Jaringan : WiFi, 3G, 4G
    Sistem Operasi : iOS 8+ (lebih tinggi lebih baik)
    Perangkat : iPhone 5+
    GPS : Yes

Spesifikasi untuk bermain Pokemon Go diatas merupakan requirement system yang digunakan untuk smartphone  Anda, agar memberikan kenyamanan dan lancar dalam bermain permainan Pokemon Go.

Demikian informasi menganai syarat spesifikasi untuk bermain Pokemon Go. Aura permainan yang sedang hangat di pasaran.Tidak lama lagi Pokemon Go akan boleh di mainkan oleh pengguna Asia.Tidak sabar untuk menantikannya.

Permainan Clash Royale bakal tergugat kerana Permainan Pokemon Go mempunyai daya tarikan luar biasa

Bagi yang lahir tahun 90an,cerita kartun Pokemon memang tidak asing lagi bagi mereka.Kartun pokemon merupakan animasi yang menggunakan binatang sebagai  petarungnya. Kalau tidak salah kartun Pokemon masih lagi ditayangkan di tv tetapi admin tak pasti tv berapa?Kadang-kadang layan juga cerita Pokemon dengan anak-anak tengok cerita kartun ini.

Dalam cerita kartun Pokemon di mana Pokemon adalah berbagai jenis makhluk hidup dalam berbagai bentuk dan ukuran yang hidupnya di alam liar. Dan kebanyakan dari pokemon itu tidak dapat berbicara kecuali bersuara dengan menyebutkan namanya sendiri.

Pokemon Go ini adalah satu permainan sama macam cerita kartun di TV di mana manusia dapat menangkap haiwan liar dan dijadikan haiwan peliharaan dengan menggunakan kandang yang berbentuk seperti bola berwarna putih dan merah. Untuk game Pokemon GO dikeluarkan oleh Nintendo mengambil latar dunia nyata sebagai tempat para pemain atau disebut “trainer” untuk memulai pencariannya.



Dalam permainan Pokemon Go ini,haiwan pokemon akan muncul di dunia nyata dan hanya dapat dilihat melalui perangkat smartphone Android ataupun iPhone menggunakan teknologi Augmented-Reality.


Apa itu Augmented Reality? Augmented Reality adalah konsep game Pokemon GO yang membezakan game pokemon ini dengan game di komputer ataupun yang lainnya. Jika pada game komputer anda mencari pokemon hanya dengan menggerakan jari-jari anda sambil bersantai bersama keluarga.

Sebaliknya Pokemon Go, Anda harus bersaing di dunia nyata untuk mencari Pokemon favorit anda. haiwan Pokemon hanya dapat dilihat menggunakan smartphone android dan iPhone saja. Maknanya anda perlu bergerak dengan petunjuk yang ada untuk mencari haiwan pokemon tersebut. Pokemon yang anda dapatkan bisa anda latih dan bertarung dengan pokemon milik orang lain.

Game Pokemon GO adalah hasil kolaborasi antara Nintendo dan Niantic, iaitu gabungan antara teknologi Augmented Reality dan Pokemon. GPS dan  internet merupakan hal yang wajib dimilik seorang “trainer/pelatih” atau orang yang memainkan Pokemon GO. 


Nak tahu hambaran yang lebih jelas..jom kita layan video Pokemon Go ini

 

Penyakit autoimmune Psoriasis dan SLE dilarang makan suplemen berasaskan Alfalfa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya banyak khasiat alfalfa jika diamalkan sebagai suplemen namun bagi sesetengah individu yang mempunyai masalah penyakit kulit mngkin sebaliknya. 

Admin bercadang nak beli sebotol Alfalfa keluaran Shaklee kat Lazada. Kebetulan plak admin ada terbaca artikel dari seorang pengedar Shaklee yang melarang pesakit auto-imun seperti SLE dan Psoriasis untuk mengambil produk berasaskan Alfalfa. 

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.



“Auto-immune diseases” such as multiple sclerosis (MS), lupus (systemic lupus erythematosus, SLE), rheumatoid arthritis (RA), or other conditions: Alfalfa might cause the immune system to become more active, and this could increase the symptoms of auto-immune diseases. If you have an auto-immune condition, it’s best to avoid using alfalfa until more is known.“


Tiada rawatan khusus untuk Psoriasis, namun anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Salah satunya ialah dengan mengelakkan makanan dari sumber Alfalfa. Untuk golongan yang tiada masalah kesihatan berkaitan, takde masalah pun nak ambil Alfalfa sebagai suplemen harian anda.


Kebaikan Alfalfa sebagai agen detox;

  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau
Secara umum, alfalfa membantu;

  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Merawat arthitis
  • Merawat Ulcer
  • Merawat athma
  • Mengurangkan Migrain melalui kombinasi Magnasium dan Calcium
  • Mengandungi bioflavonoid yang membantu radang lapisan perut
  • Sumber Vitamin K semulajadi untuk kuasa penyembuhan pendarahan gusi dan hidung
  • Mengurangkan pengekalan air berlebihan dalam pundi kencing
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Menstabilkan Paras gula dalam darah
  • Membantu meningkatkan selera makan.
  • Mengatasi kesan sampingan kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser dengan meningkatkan sel darah putih untuk lawan penyakit.  

Pewangi kereta jenis gantung punca cermin depan kereta retak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin nak berkongsi pengalaman pakai pewangi kereta yang jenis gantung.Nampaknya nasib tidak menyebelahi admin.Waktu admin balik raya tempohari admin tak perasan ada retakan pada cermin depan kereta.maklumlah bila balik raya ni highway jem teruk dengan sikap pemandu yang suka cilok mencilok.Jadi fungsi breklah yang menjadi kunci utama mengelakkan kemalangan.

Selepas balik raya admin terkejut melihat keretakan pada cermin depan.Haishh..dahlah cermin tak cover insurans pon.kalau mau ganti dalam 450-600 jugalah cermin baru bagi 2 layer punya.Tetapi admin pelik rasanya sepanjang balik raya hari tuh tiada pun batu melantun kena cermin depan.Siasat punya siasatan barulah tahu bahawa keretakkan ini berpunca oleh botol perfume kereta.Memang tak nafikan sewaktu balik raya memang ada admin brek mengejut.Kemungkinan botol perfume kereta terhayun dengan kuat ke arah cermin.kalau sekali rasanya tak mungkin retak.Tapi kalau sudah banayak kali.hmmm..bila dapat tahu puncanya terus admin tanggal terus perfume tu.menyesal plak pakai yang jenis gantung.

Nampaknya kena bawa kereta jumpa Dr Cerminlah jawabnya...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca