Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Penyakit autoimmune Psoriasis dan SLE dilarang makan suplemen berasaskan Alfalfa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya banyak khasiat alfalfa jika diamalkan sebagai suplemen namun bagi sesetengah individu yang mempunyai masalah penyakit kulit mngkin sebaliknya.
 

Admin bercadang nak beli sebotol Alfalfa keluaran Shaklee kat Lazada. Kebetulan plak admin ada terbaca artikel dari seorang pengedar Shaklee yang melarang pesakit auto-imun seperti SLE dan Psoriasis untuk mengambil produk berasaskan Alfalfa. 

Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gatal dan adakala menyakitkan.

Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit Psoriasis masih belum diketahui, tetapi umumnya Psoriasis berkait dengan sistem imun dan genetik individu.



“Auto-immune diseases” such as multiple sclerosis (MS), lupus (systemic lupus erythematosus, SLE), rheumatoid arthritis (RA), or other conditions: Alfalfa might cause the immune system to become more active, and this could increase the symptoms of auto-immune diseases. If you have an auto-immune condition, it’s best to avoid using alfalfa until more is known.“


Tiada rawatan khusus untuk Psoriasis, namun anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Salah satunya ialah dengan mengelakkan makanan dari sumber Alfalfa. Untuk golongan yang tiada masalah kesihatan berkaitan, takde masalah pun nak ambil Alfalfa sebagai suplemen harian anda.


Kebaikan Alfalfa sebagai agen detox;
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau
Secara umum, alfalfa membantu;
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Merawat arthitis
  • Merawat Ulcer
  • Merawat athma
  • Mengurangkan Migrain melalui kombinasi Magnasium dan Calcium
  • Mengandungi bioflavonoid yang membantu radang lapisan perut
  • Sumber Vitamin K semulajadi untuk kuasa penyembuhan pendarahan gusi dan hidung
  • Mengurangkan pengekalan air berlebihan dalam pundi kencing
  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Menstabilkan Paras gula dalam darah
  • Membantu meningkatkan selera makan.
  • Mengatasi kesan sampingan kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser dengan meningkatkan sel darah putih untuk lawan penyakit.  

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca