Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Credit Card Caj 8.88% Setahun Untuk Cikgu Saja? Penjawat awam lain macamana?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Baru baru ini admin  dengan abang-abang Bank Simpanan Nasional ada terlibat dengan program Out Reach bersama Jabatan Pendidikan Daerah Hulu Perak di RPS Kemar,Gerik Perak. Sepanjang satu hari itu,En. Kamarul Zaman selaku wakil Bank Simpanan Nasional cawangan Kuala Kangsar membuat promosi kad kredit BSN khusus untuk para guru yang berkelayakan. Bila admin  baca pamplet kad kredit itu...mau panas telinga admin dengan caj terendah iaitu 8.88% setahun dan tiada yuran tahunan seumur hidup hanyalah untuk penjawat awam yang bernama Guru sahaja. rendah betul caj interest tahunan. kalau biasa kad kredit dalam 17% setahun. Untung betul la para cikgu sekarang ini.

Tetapi kad kredit BSN ada juga untuk penjawat awam tapi caj tahunan tinggilah sikit. Dalam hati ini tidak adil-tidak adil bagiku..terngiang-ngiang lagu Yuna waktu tuh. Tapi apa kan daya... maklumlah persatuan guru ini kuat memperjuangkan nasib dan menjaga kebajikan para guru sebab itu ada pakej-pakej khas untuk cikgu seumpamanya.Beberapa keping gambar ketika program Out Reach Pendidikan Hulu Perak 201.

Perjalanan ke RPS kemar

Sampai Pulau Pendidikan Tasik Banding



Pembukaan akaun simpanan

Serba sedikit maklumat tentang kad kredit ini di mana YAYASAN Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kad kredit 1 TeachersCard yang menawarkan caj kewangan paling rendah di pasaran di samping pelbagai ganjaran serta keistimewaan yang menarik. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Mejar (B) Wan Munadi Wan Mamat, kad kredit ini eksklusif untuk guru, pegawai serta kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi ahli YGMB.


"Walau bagaimanapun, guru atau kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi belum menjadi ahli YGMB boleh memohon kad kredit ini."YGMB akan memberikan keahlian automatik dengan pengecualian yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10 kepada mereka," jelasnya.


Pemegang kad ini bakal menikmati caj Kewangan atau fi Kemudahan serendah 8.88 peratus setahun dan yuran tahunan percuma seumur hidup, tanpa sebarang syarat.Selain itu, kemudahan dan keistimewaan lain yang dapat dinikmati oleh pemegang Kad Kredit 1 TeachersCard adalah Program Pindahan Baki kosong peratus, Pelan ansuran BSN EasyPay kosong peratus, BSN EasyCash, Insuran Perjalanan dan Kesulitan Percuma sehingga RM500,000.


Kad ini turut memberi mata ganjaran yang tiada tarikh luput sebanyak satu mata untuk setiap seringgit bagi perbelanjaan runcit di dalam negara dan dua mata bagi setiap seringgit untuk perbelanjaan runcit di luar negara.Permohonan untuk kad kredit jenis Emas MasterCard yang ditawarkan dengan pilihan Kad Islamik atau Konvensional ini juga dibuka kepada guru yang baru tamat kursus perguruan dengan syarat perlu menyertakan salinan surat penempatan mengajar.


Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah salinan kad pengenalan, penyata gaji terkini dan salinan pas pekerja.Untuk memohon kad kredit 1 TeachersCard, dapatkan borang permohonan di cawangan BSN, layari laman www.mybsn.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-1900. Bagi pertanyaan mengenai manfaat keahlian YGMB, sila hubungi 03-41058679 atau layari www.ygmb.com.my.


Kisah Lubang Hidung dan Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masalah jerebu bagaikan satu pesta tahunan bagi rakyat Malaysia. Punca jerebu yang sinonim adalah pembakaran hutan bagi tujuan pertanian semula di negara jiran. Yang pasti rakyat Malaysia seolah-olah redha dengan apa yang berlaku. 

Nampaknya sampai bila masalah jerebu ini akan mneghantui kita dan di manakah fungsi kerajaan dalam mengatasi masalah ini. Yang pastinya penutup mulut akan menjadi pisang goreng apabila permintaannya akan meningkat secara mendadak akibat fenomena jerebu ini. 
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :- 

NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

 
Keadaan Jerebu

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA?
Itu memang satu kepastian bagi soalan di atas. Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Pakai Mask bila Keluar rumah


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : www.moh.gov.my

Misai Kucing Berkesan Rawat Kencing Manis,Darah Tinggi dan Gout

 Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin ingin sentuh satu pokok herba yang bagus untuk merawat penyakit kronik.Amalan pokok-pokok herba adalah lebih baik dari memakan ubatan berasaskan dadah di farmasi dan sebagainya yang hanya dapat menahan kesakitan tanpa memulihkan penyakit yang dialami. Pokok misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse / Lamiaceae / Labiatae.

Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.





Pokok Misai Kucing

   KEBAIKAN + KHASIAT MISAI KUCING
  •     Merawat penyakit buah pinggan
  •     Batu pundi kencing
  •     Jangkitan saluran kencing
  •     Hati dan masalah pundi kencing
  •     Kencing manis
  •     Sakit sendi
  •     Batu karang
  •     Gout
  •     Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  •     Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  •     Nephritis
  •     Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  •     Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA-CARA PENGGUNAAN MISAI KUCING

  •     Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
  •     minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  atau
  •     Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil atau dikoyak-koyakkan
  •     Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
  •     Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca