Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kisah Kubur ibu tunggal Bercahaya Adalah Satu Pembohongan ?

Dari sumber-sumber yang tidak rasmi, jenazah adalah seorang ibu tunggal berusia 35 tahun bernama Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin). Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat kanser payu dara yang dihidapi.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi. Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) selamat dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Sejauh manakah kebenaran kubur bercahaya ini.Mari kita lihat fakta-kata di bawah dan sama-sama kita fikirkan.

Sumber Pertama - Dari saudara terdekat arwah



 Sumber Kedua - Dari kawan si Arwah





Apa yang pasti bagi pandang admin sendiri,admin akan lebih mempercayai dakwaan sumber kawan si arwah berdasarkan gambar yang sedia ada dilihat pada kedudukan cahaya matahari. Apa apa pun niat mereka itu hanyalah tuhan saja yang mengetahui.Kita yang masih hidup ini  adalah lebih baik kita sedekah kan Al-Fatihah untuk arwah.Memandangkan arwah merupakan ibu tunggal, mana-mana pihak budiman ingin bersedekah untuk anak-anak si arwah adalah dialu-alukan.

Smartphone 5MP Front Camera Untuk Kaki Berselfie Dengan Harga Termurah di pasaran

http://www.iphonefaq.org/images/archives/selfie.jpg
Trend bergambar di Internet sekarang adalah #selfie. Saya pasti anda juga seorang 'kaki selfie'. Even PM kita  Dato Najid pun berselfie dengan PM Amerika Syarikat yang mengadakan lawatan ke Malaysia baru-baru ini. Namun begitu, berselfie secara manual itu menyusahkan.Sudahlah kena posing beberapa kali untuk dapatkan gambar paling 'best', kadang-kadang blur pula tu. Betul tak?

 Lagi sedih bila tangan kita tak cukup panjang nak ke depan untuk berselfie dengan kawan-kawan sekumpulan dan sanggup mengeluarkan wang untuk beli monopod.Akan tetapi yang paling sedih sekali jika smartphone camera anda hanya mempunyai camera depan 0.3MP sahaja untuk berselfie.Sesuatu yang menyedihkan apabila kekurangan smartphone anda menghalang anda untuk berselfie dengan lebih baik.

Dulu smartphone dengan camera depan 1-2 MP berharga tidak  kurang RM 1000 ke atas.Sudah tentu faktor kemampuan dari segi kewangan  menjadi penghalang.Namun dengan kehadiran smartphone baru bakal mengubah mode berselfie anda.

Dengan hadir camera depan 5MP dengan ciri auto beauty dan juga smile capture tentunya mencari minat anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dan yang pastinya anda boleh dapatkan smartphone ini dengan harga RM 499. Ya suatu yang sukar dipercayai bukan !!! Tetapi Huawei berjaya melakukannya demi anda iaitu Huawei Honor 3C dilancarkan untuk kaki selfie yang ingin kualiti camera yang setanding yang mahal tetapi anda boleh dapatkannya dengan harga bawah RM 500.






Dapatkan segera di kedai agent Huawei terdekat.

Huawei Honor 3C 8MP + 5MP camera selfie and 2GB RAM dilancarkan pada harga RM499 di Malaysia

Huawei Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan salah satu telefon pintar terbaru untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Honor 3C. Menariknya mengenai peranti ini adalah ia membawakan spesifikasi telefon yang agak baik, dan menawarkannya pada harga hanya RM499.

Huawei Honor 3C membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz Mediatek , dilengkapi memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, serta menyertakan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.Disamping itu ia juga mempunyai sokongan dwi-sim dan kad MikroSD.

Bersama-sama dengan pengenalan Huawei Honor 3C, pihak Huawei turut melancarkan VMall Malaysia, yang mana merupakan kedai atas-talian untuk produk-produk Huawei.

Spefikasi  Huawei Honor 3C :
  •     1.3GHz quad-core processor
  •     2GB RAM
  •     8GB storage + up to 32GB microSD
  •     5-inch LPTS display (1280 x 720 pixel resolution)
  •     8MP rear camera (BSI camera sensor, LED flash, F/2.0 aperture, Blue Glass filter) + 5MP front camera (CMOS, f/2.4 aperture)
  •     supports Dual-SIM,
  •     139.5 x 71.4 x 9.2mm | 140g
  •     2300 mAh battery
  •     EmotionUI + Android 4.2

surat perjanjian sewa rumah (Tenancy Agreement) tanpa matikan setem tidak sah undang-undang

Kali ini saya kongsikan pengetahuan saya tentang penseteman dokumen.Dokumentasi surat perjanjian ialah untuk mengemukakan dan membuktikan apa yang telah dipersetujui. Jadi, mengapa perlu setem hasil?

Keperluan penseteman wujud dibawah Akta Setem 1949. Dibawah Akta ini, penseteman dokumen dilakukan bagi tujuan:
“bagi membolehkan dokumen-dokumen berkenaan diterima sebagai keterangan di mahkamah, terutama semasa dikemukakan sebagai keterangan dalam tindakan sivil (terutama menuntut gantirugi) diantara pihak-pihak. Ini penting kerana menurut peruntukan seksyen 52 Akta Setem 1949, suratcara yang tidak disetemkan sewajarnya tidak boleh diterima sebagai keterangan (kecuali didalam kes-kes jenayah, atau apabila suratcara atau dokumen berkenaan disetemkan kemudiannya setelah membayar penalti).”

Ringkasnya, jika berlaku masalah pertikaian dan tuntutan ganti rugi surat perjanjian yang ada setem hasil akan digunapakai dalam undang-undang. Sebaliknya, surat perjanjian yang tiada hasil setem tidak diterima.

Selepas anda selesai mengisikan form tersebut bolehlah di bawa ke mana-mana pejabat lembaga hasil dalam negeri (lhdn) untuk dimatikan setem supaya perjanjian ni menjadi sah (legal). Atau sekiranya anda telah mengetahui nilai duti setem anda, hanya perlu beli setem hasil dari mana-mana pejabat pos dan kemudian pergi ke mana-mana pesuruhjaya sumpah untuk matikan setem tersebut.

Sedikit rujukan untuk anda mengira jumlah duti setem:

Harga duti setem = (sewa setahun - RM2,400)/250 x a

A = 1 (jika 1 tahun perjanjian)
A = 2 (jika 2-3 tahun perjanjian)
A = 3 (jika > 3 tahun perjanjian)

Contoh Pengiraan duti setem : 
Sewa bulanan RM450 untuk 2 tahun

Jadi, RM 450 x setahun(12 bulan)  = RM5400

Harga duti setem = [(RM5400 - RM2400)/250] x 2(jika 2-3 tahun perjanjian) = RM24

Malaysia Sambut Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama Meriah Bagaikan Menerima Menantu

Presiden Amerika Syarikat (AS) akhirnya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia selepas kedatangan Presiden Amerika Syarikat terdahulu iaitu Lyndon B Johnson pada tahun 1966 iaitu genap 48 tahun. Kedatangan Barack Obama, pemimpin kuasa besar dunia itu ke Malaysia dilihat disambut luar biasa meriah bagaikan Malaysia bakal menerima menantu, dan ianya tidak  seperti kedatangan pemimpin negara lain.

Kedatangannya telah dikawal ketat mengalahkan Perdana Menteri dari negara lain begitu juga dengan Putera William dan Puteri Kate. Sehingga mengundang ketidakpuasan hati serta keluhan dari rakyat Malaysia melalui laman sosial Facebook kerana aktivti tergendala gara-gara kedatangan Presiden barrack Obama. Malah, kedatangan Presiden Obama dilakukan pula secara langsung di beberapa stesen televisyen.







Kedatangan  beliau disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet serta pemimpin lain di Dataran Parlimen, semalam.

Sebelum kedatangan Presiden Obama lagi sudah mengundang persoalan dari rakyat Malaysia berkenaan dengan tujuan kedatangannya ke Malaysia. Rata-rata, ramai di kalangan kita yang memberi persepsi atau pendapat yang negatif berkenaan dengan tujuan kedatangan Presiden Obama.Bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi pemimpin dan bekas pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamed juga ada sedikit kebimbangan mengenai tujuan tersirat lawatan Obama ke negara kita.Pastinya kebimbangan utama berkisar kepada rundingan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang sedang berlangsung kini.

Walaupun sedikit gusar dengan tujuan sebenarnya kedatangan beliau ke Malaysia,namun kita seeloknya bersangka baik tujuan yang dilakukan oleh Obama ke Malaysia iaitu atas dasar lawatan negara/kerja sama seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang lain seluruh dunia iaitu mengeratkan lagi hubungan 2 hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Di samping itu, mengukuhkan lagi kerjasama antara ekonomi bersama antara Amerika Syarikat dan Malaysia.

Sama ada kes Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA). dibawa dalam perbincangan nanti ataupun tidak, saya yakin Malaysia tidak akan menandatangani suatu perjanjian yang akan membawa keburukan kepada Malaysia apatah lagi mengenepikan perniagaan bumiputera sendiri.



Kesimpulannya,jangan kerana keghairahan dengan kehadiran pemimpin besar kuasa terkuat dunia sehinggakan pemimpin kerajaan Malaysia menjadi kembang hidung sehingga menjadi zombie denagn agenda tersirat kuasa besar itu.





Penerima BR1M 2013 tidak layak terima BR1M 2014 dengan 34 alasan kenapa tidak diluluskan

Assalamualaikum dan salah Sejahtera.

BR1M merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan baik. Kita boleh beri BR1M kerana berjaya memastikan ekonomi terus berkembang, peniaga sama ada kecil dan besar berjaya menambah keuntungan.

Jika anda penerima BR1M 2013 akan tetapi bagi tahun 2014 anda didapati tidak layak menerima. Anda pasti akan terkejut.Ada 34 sebab mengapa tidak diluluskan.

Jangan bimbang jika BR1M 2014 anda  tidak lulus, anda boleh membuat rayuan bermula dari sekarang ( April 2014) di Pejabat LHDN di mana-mana cawangan.

Di surat tersebut ada dinyatakan 34 alasan kenapa tidak diluluskan, sila semak di bawah,
  1. No pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Perdaftaran.
  2. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  3. No pengenalan pemohon tidak wujud di UGAT/PDRM.
  4. Nama pemohon berbeza dengan data UGAT/PGRM.
  5. Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi 4,000 ringgit.
  6. Semakan data agensi/borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi 2,000 ringgit.
  7. Pemohon telah menerima baucar buku.
  8. Semakan data agensi mendapati had kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat.
  9. Semakan data agensi mendapati had kemampuan suami/isteri memiliki kenderaan  melebihi syarat.
  10. Semakan data agensi mendapati had kemampuan tangunggan memiliki kenderaan melebihi syarat.
  11. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.
  12. Pemohon berstatus kahwin, tetapi maklumat pasangan tidak lengkap
  13. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  14. Pendapatan kasar bulanan isi rumah di borang melebihi rm 4,000.
  15. Pendapatan kasar bulanan isi rumah di borang melebihi rm 2,000.
  16. Pemohon tidak melepasi kelayakan umur.
  17. Permohonan lebih 1 kali.
  18. Pemohon wujud sebagai suami/isteri permohonan lain
  19. Pemohon wujud sebagai tanggungan permohonan lain.
  20. Suami/Isteri telah membuat permohonan.
  21. Suami/Isteri wujud sebagai suami/isteri pemohon lain
  22. Suami/Isteri wujud sebagai tanggungan lain.
  23. Tanggungan telah membuat permohonan lain.
  24. Tanggungan wujud sebagai suami/isteri pemohon lain.
  25. Tanggungan wujud sebagai tanggungan pemohon lain.
  26. Percubaan memohon sebagai pasangan lebih daripada 4 kali.
  27. No pengenalan pasangan/tanggungan tidak wujud di JPN.
  28. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data JPN.
  29. No pasangan/tanggungan tidak wujud di PDRM.
  30. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data PDRM.
  31. No pasangan/tanggungan tidak wujud di UGAT
  32. Nama pasangan/tanggungan berbeza dengan data UGAT
  33. Maklumat pasangan perlu pengesahan.
  34. Maklumat tanggungan perlu pengesahan.
Untuk kesenangan pemohon, dinasihatkan supaya pastikan kod alasan terlebih dahulu dengan cara menalipon atau pergi ke Pejabat LHDN terdekat. Kalau dah dapat kod alasan tanya petugas tersebut, dokumen yang perlu dibawa untuk tujuan rayuan. Borang rayuan ada disediakan di Pejabat LHDN.
Untuk kesenangan, bawa segala dokumen, ic, ic anak, surat nikah, slip gaji, paspot. Kalau tak bawak, nanti susah nak kena ulang alik ke pejabat.



Kesimpulannya, Bantuan Rakyat 1 Malaysia adalah satu bantuan yang dijenamakan. Jenama tersebut adalah BR1M. Tak kira lah nama apa pun , br1m,brim,brum,bram atau bm1m,bmim,bantuan lesen dan sewaktu dengan nya.Dan sememangnya sebagai Kerajaan yang mendapat mandat perlu memberikan pelbagai bantuan untuk rakyat. Siapa pun jadi kerajaan pasti kena berusaha untuk bantu rakyat.

Tips elak hamil : Bilakah kontrasepsi darurat diperlukan?

Kontrasepsi darurat adalah satu cara untuk membantu seseorang wanita mengelakkan diri daripada hamil selepas hubungan seks tanpa perlindungan.Dalam kata lain, ia diperlukan apabila pasangan suami isteri mengadakan hubungan kelamin tetapi tidak mengamalkan sebarang bentuk pengawalan mengandung sebelumnya.

Ia sebenarnya telah wujud sejak tiga puluh tahun yang lalu dan selamat digunakan serta dianggap sebagai satu rahsia perancangan keluarga yang telah disimpan dengan baik.Penggunaannya tidak meluas di negara kita. Satu daripada sebab utamanya ialah kurangnya pengetahuan mengenai kontrasepsi darurat ini.Di Amerika Syarikat, statistik dari tahun 1994 hingga 2000 menunjukkan penggunaan kontrasepsi darurat telah mengurangkan jumlah kes menggugurkan kandungan yang tidak dikehendaki sebanyak 43 peratus.

Bilakah kontrasepsi darurat diperlukan?

Seseorang wanita itu memerlukan kontrasepsi darurat apabila:

- Kondom bocor atau terlucut dan berlaku pancutan air mani ke dalam faraj

- Lupa untuk makan dua atau lebih pil perancangan keluarga (untuk tujuh pil yang pertama pada pek tersebut)

- Salah kira waktu selamat

- Dipaksa melakukan seks seperti kes rogol

- Pasangan gagal mengeluarkan zakarnya dan terpancut air mani ke dalam faraj.

Kemungkinan mengandung selepas sekali hubungan seks tanpa perlindungan

Secara purata, 8 peratus tanpa mengira waktu pada sesuatu kitaran haid (lapan daripada 100 wanita akan hamil)

- 0 peratus sewaktu dua hari pertama haid

- 33 peratus pada hari ovulasi

- 10 peratus lima hari selepas ovulasi

- 1 peratus pada hari ke-25 haid

Bagaimanakah kontrasepsi darurat mencegah kehamilan?

Kontraseptif darurat bertindak dengan cara:

1. Melambatkan atau mengelakkan ovulasi (pelepasan ovum dari ovari)

2. Mengurangkan kemungkinan persenyawaan dengan mengganggu pergerakan ovum dan sperma

3. Membuatkan selaput dalam rahim (endometrium) tidak sesuai untuk implantasi (penyematan) Jadi, kontrasepsi darurat tidak menyebabkan keguguran kerana ia bertindak sebelum implantasi. Dari sudut perubatan, kehamilan dianggap berlaku selepas implantasi.

Smartphone Selfier Terbaik di Dunia Dengan 5-MegaPixel Front-Facing Camera

Selfie atau “ambil gambar sendiri” menggunakan kamera sendiri atau handphone berkamera sendiri merupakan perkataan baru yang sudah diterima pakai dan dimasukkan ke dalam kamus. Ini merupakan perkataan baru yang mana, nenek-nenek kita tak pernah dengar pun perkataan ni dulu.

Ini bukan telefon pintar biasa. sebuah produk smartphone selfie  terbaik dunia dengan kamera hadapan 5MP yang luar biasa dan 8MP kamera belakang. Kamera Huawei Ascend P6 depan 5MP membolehkan anda mengambil gambar selfie yang terbaik dalam mode 'potret diri' dengan auto muka kecantikan.

 Dengan Ascend P6 anda boleh menangkap imej seperti gambar hidup walaupun dalam keadaan waktu senja atau keadaan pencahayaan yang suram dengan Enjin IMAGESmart itu. Huawei Ascend P6 juga merupakan "telefon pintar paling nipis di dunia" dan Ascend P6 hanya 6.18mm nipis.
 

Self Portrait Mode


Fotografi makro

Mengambil gambar pada objek yang kecil menjadi lebih mudah dengan kamera 8-Megapiksel Ascend P6 ini. Anda boleh ambil gambar objek dengan jarak rakaman 4cm itu. Huawei Ascend P6 direka untuk anda. Ambil gambar anda dan rakan-rakan anda dengan imej terperinci yang luar biasa pada bila-bila masa dengan kamera depan 5-Megapiksel. Mudah menjadikan gambar anda ke dalam potret sempurna dengan ciri beauty efeks yang ada pada P6 ini.

Auto Scene Recognition

Dalam mod Pengiktirafan Adegan Auto dikuasakan oleh IMAGESmart ENJIN, telefon anda secara automatik menyesuaikan Sebaliknya, warna, dan pencahayaan bagi berpuluh-puluh adegan yang berbeza termasuk: mendung, backlit, cerah, dalam rumah dan banyak lagi. Membantu anda mengenal pasti dan menangani situasi gambar rumit - untuk gambar yang hebat dalam semua persekitaran.

CONTOH GAMBAR MENGGUNAKAN KAMERA DEPAN  HUAWEI ASCEND P6 MENGGUNAKAN BEAUTIFYING EFEKS

  
5MP Kamera Depan Sebelum Beauty effect

5MP Kamera Depan Selepas Beauty effect





Bentuk punggung paling seksi di dunia menjadi kegilaan para suami,jejaka bujang.


Punggung bulat yang penuh pasti membuat mata lelaki tidak bisa berpaling. Ada yang kata, punggung besar memudahkan wanita untuk bersalin dan mantap kala melakukan seks bersama suami.

Betul ke? Justeru, ramai beranggapan semakin besar punggung semakin menarik wanita tersebut. Zaman dahulu wanita berusaha keras membuat punggungnya terlihat semakin besar supaya mudah memikat hati lelaki. Tetapi berbeza pada hari ini kerana punggung yang besar dikaitkan dengan masalah kegemukan. Jadi terpulanglah kepada persepsi masing-masing.

Wanita ini mempunyai ramai peminat hanya kerana punggungnya yang seksi. Jen yang juga merupakan perunding kecergasan mempunyai pengikut lebih 1.5 juta di Instagram, lebih 500,000 di Facebook dan lebih 100,000 di Twitter. Disebabkan punggungnya yang seksi, dia mempunyai ramai peminat/pengikut.

Punggungnya dikatakan sangat mantap dan jarang dimiliki wanita lain.Jen selalu memuat naik gambar selfie berserta punggungnya menyebabkan ramai yang meminati untuk follow di laman media sosial. Ini bermakna punggung paling seksi bukanlah milik Jennifer Lopez atau Kim Kardashian tetapi milik Jen Selter.Jen selalu memuat naik gambar selfie berserta punggungnya menyebabkan ramai yang meminati untuk follow di laman media sosial.

Apakah rahsia  wanita ini dalam mendapatkan bentuk punggung sepejal dan sebulat ini ?


 Bagaimana wanita ini mendapatkan punggung yang seksi di dunia.Ikutlah cara senaman yang diamalkannya.



Menteri Komunikasi dan Multimedia Jadi Wira Disanjung Jika berjaya Membuat syarikat telekomunikasi menurunkan harga caj penggunaan telefon

Plan Celcom X2
Apabila pihak Celcom telah menamatkan plan X2 pada Julai 2013 iaitu panggilan suara 28 sen 10 minit dan 1 sen SMS telah menerima bantahan  banyak pengguna Celcom melalui media maya kerana plan baru yang menggantikan X2 didapati tidak menguntungkan pengguna berbanding plan X2. 

Dengan plan Xpax terbaru iaitu panggilan suara 28 sen 3 minit dan 2 sen SMS maka tidak hairanlah jika Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta pihak syarikat telekomunikasi menilai kembali plan mereka.Admin sendiri yang juga pengguna tegar Celcom agak terkilan dengan situasi ini.Sepatutnya kadar plan panggilan sepatutnya lebih rendah begitu juga dengan plan internet yang dilihat masih tinggi berbanding negara luar. 

Adalah menghairankan  bagaimana  artikel di bawah pihak celcom memberi maklumbalas bahawa mereka amat prihatin tentang itu dan sentiasa menawarkan plan terendah.Akan tetapi anda lihatlah sendiri bagaimana plan X2 yang dilihat cukup berbaloi untuk  pengguna digantikan dengan plan yang tidak lagi berbaloi malah dilihat merugikan pengguna tegar Celcom.

Plan X24 mengantikan Plan X2

Gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ini sepatutnya dilihat secara serius demi rakyat kerana menteri-menteri yang memberi respon tentang isu rakyat kebanyakan memusuhi rakyat dengan kenyataan tidak masuk akal malah bersifat bodoh barangkali.Admin harap sesuatu yang positif hasil gesaan menteri ini.Kalau pihak syarikat telekomunikasi enggan,tamatkan sahaja lesen mereka dan gantikan dengan syarikat yang sanggup.Itu barulah dikatakn menteri berjiwa rakyat,berkhidmat untuk rakyat dan bukannya menteri syok sendiri.

Berikut di bawah adalah artikel yang dipetik dari Sinarharian.

Gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.

Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.

“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama.

Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti dimaksudkan Ahmad Shabery?

Memang besar, jika mengambil contoh tiga syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis Bhd, Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi). Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion.

Ketiga-tiga syarikat ini secara purata mengenakan caj panggilan suara 15 sen seminit dan 5 sen bagi setiap SMS. Celcom menjelaskan syarikat itu sentiasa menawarkan pelan telekomunikasi pada harga terendah kepada pelanggannya terutama melalui pelan prabayar.

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin sebelum ini berkata, Celcom sentiasa prihatin terhadap isu semasa terutama membabitkan kenaikan kos sara hidup. Katanya, menerusi pelbagai pakej prabayar, Celcom adalah syarikat telekomunikasi yang menawarkan pelan prabayar termurah berbanding syarikat telekomunikasi lain.

Usaha mendapatkan maklum balas daripada Maxis dan Digi berhubung isu ini tidak berjaya setakat ini.

Pendaftaran Semakan E-Kasih Online 2014 dan Syarat kelayakan PGK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ada membuat carian google berkaitan pendaftaran ekasih. Hasil carian mendapati banyak post dari blogger atau webmaster memberi maklumat salah tentang ekasih. Terdapat banyak kekeliruan maklumat artikel di internet berkaitan e-kasih yang menyatakan e-kasih ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk itu admin telah melayari laman web ekasih dan mendapati kandungan maklumat tidak menyatakan bahawa ekasih di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).   Agak pelik apabila pendaftaran ekasih dikaitkan dengan JKM. Oleh yang demikian, Admin ingin berkongsi dengan anda serba sedikit maklumat yang ada dalam web ekasih ini bagi memberi pemahaman sebenar tentang program ekasih dan syarat-syaratnya.

Apakah eKasih ?

Sebenarnya Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

  Bilakah eKasih diwujudkan? 

Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU Jabatan Perdana Menteri dan mula digunakan pada Jun 2008.

Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih? 

Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2012.



Bagaimana individu boleh mendaftar dalam eKasih? 

Melalui mekanisme pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).


Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih?  

Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan
Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit 
Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau
alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.  

Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, layakkah saya dapat sebarang bantuan ?

 Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada
 keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan 
masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar
 layak berasaskan kepada profil terkini peserta
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007 dan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 1 November 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008. Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verifikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih 2. Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,300 sebulan. Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU di peringkat negeri. Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP –Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

Sumber: Info – Pendaftaran Online E-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah | arieon.my

Family Planning : Pil Yasmin VS Pil Postinor 2 ? Mana pilihan terbaik

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera.

Perancang keluarga adalah kaedah yang diamalkan isteri ataupun suami yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata atau, bagi mereka yang telah menimang cahaya mata tetapi ingin pula menjarakkan kelahiran anak. Ada pelbagai cara untuk merancang keluarga termasuk secara natural ataupun menggunakan kaedah perubatan moden.

Tips kuruskan badan:Psyillium Husk pembersih usus termurah dan dijamin berkesan cegah penyakit kronik

Serbuk psyllium, juga dikenali sebagai 'isabgol' adalah berasal dari India, dan berasal dari benih tumbuhan dikenali sebagai Plantago ovata. Ia amat kaya dengan serat, menyediakan sehingga 71g serat setiap pertiga daripada cawan. Ia adalah makanan tambahan larut air, tetapi dicerna, yang menjadikan ia berguna untuk menggalakkan usus yang sihat dan lain-lain fungsi gastrousus. Ia juga telah menunjukkan manfaat kepada orang-orang yang mempunyai kolesterol yang tinggi dan kencing manis, dan membantu dengan mengawal obesiti dan mencapai penurunan berat badan. 

Dianggap sebagai julap pukal dan amat berkesan untuk merawat sembelit. Apabila ia dimakan, ia menyerap banyak air dalam saluran pencernaan dan berkembang membentuk bahan seperti gel. Jumlah yang semakin meningkat membantu untuk menolak keluar bahan buangan dari kolon dan mencetuskan pergerakan usus. Selain itu,  melembutkan najis dan mempunyai kesan pelincir pada pergerakan usus. Oleh itu, ia memudahkan laluan  najis. Ia boleh diambil dengan selamat, digunakan oleh orang-orang yang mempunyai pergerakan usus yang keras, kolitis, buasir dan rekahan dubur.



Psyllium Husk berkesan untuk menyerap kolesterol, bertindak sebagai laksatif membersih usus dan memudahkan pembuangan air besar. Juga berperanan untuk menseimbangkan kandungan gula dalam badan dan merawat kencing manis serta mengawal berat badan.

Psyllium Husk amat baik diambil pada waktu pagi sebelum sarapan agar semua kolesterol yang terkandung dalam makanan yang dimakan pada waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dapat diserap oleh Psyllium Husk.

Sesungguhnya, Psyllium Husk telah lama dikenali berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah. Seawal tahun 1998, the FDA telah mengesahkan kegunaan Psyllium Husk baik dari segi kesihatan.


 Manafat Serbuk  Psyllium
  • Ia berfungsi besar untuk sembelit. Ia melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan buasir.
  • Ia membantu untuk menurunkan paras gula darah pada pesakit yang didiagnosis dengan diabetes.
  • Ia memainkan peranan pelincir.
  • Ia berkesan membersihkan kolon.
  • Ia membantu anda untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang normal.
  • Ia mengurangkan kembung dan angin.
  • Ia dianggap sebagai julap semulajadi yang selamat.
  • Ia berfungsi besar bagi ulser perut dan usus.
  • Ia digunakan untuk merawat pedih ulu hati.
  • Ia membantu dalam penurunan berat badan semula jadi.
  • Ia dianggap sebagai ubat terbaik bagi kes-kes yang ringan dan sederhana cirit-birit.
  • Ia membantu mengurangkan kolesterol. Menurut pakar Makanan dan Dadah AS (FDA), pengambilan sekurang-kurangnya 3 - 12 gram serat boleh membantu mengurangkan kolesterol LDL serta tahap jumlah kolesterol.

Mangsa Pertama Jemaah umrah meninggal dunia di Malaysia kerana Wabak East Respiratory Syndrome Coronavirus (Mers-CoV)

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian seorang lelaki pada 13 April lalu yang baru pulang daripada mengerjakan umrah akibat dijangkiti sindrom pernafasan "middle east respiratory syndrome coronavirus' (MERS-CoV), yang juga merupakan kes pertama dilaporkan di Asean.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) berkata hasil siasatan mendapati punca kematian adalah akibat "Pneumonia Secondary to MERS-CoV" yang teruk.Beliau berkata pihak kementerian sedang menjalankan aktiviti pencegahan serta kawalan termasuk pemantauan terhadap mereka yang pernah bersentuhan dan rapat dengan mangsa serta 15 anggota jemaah umrah yang turut pergi bersama-sama mangsa ke Tanah Suci.

"Untuk tujuan ini juga, orang awam yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lalu adalah diminta menghubungi pihak kementerian bagi tujuan pemantauan," katanya.Lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu pulang dari Tanah Suci pada 29 Mac lalu itu mengadu mengalami demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas selepas kira-kira 10 hari kemudian dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail pada 10 April dan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Subramaniam berkata buat masa ini punca jangkitan dan cara jangkitan bagi jangkitan MERS-CoV masih belum dapat dikenal pasti dan masih tiada vaksin untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan tersebut.
"Kami dimaklumkan bahawa mangsa yang menghidap penyakit kencing manis itu pergi melawat ternakan unta di sana namun tidak dapat dipastikan lagi sama ada virus itu dijangkiti disebabkan oleh binatang tersebut," katanya.

Beliau menasihati orang ramai yang mengerjakan umrah di Tanah Suci atau membuat lawatan di mana-mana negara di rantau Timur Tengah agar mengambil langkah-langkah berwaspada."Adalah diminta agar mereka yang akan ke sana untuk sentiasa mencuci tangan, membawa penutup hidung dan mengelakkan makan makanan mentah serta mengelakkan dari membuat lawatan ke ladang ternakan walaupun masih tiada bukti mengenainya tapi ia sebagai antara langkah pencegahan," katanya. 

Menteri itu berkata mereka yang pulang dari negara rantau Timur Tengah dengan mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung dan menjaga kebersihan diri."Mereka juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya terus tidak sihat serta memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat," katanya. – Bernama, 16 April, 2014.



Info dari media Facebook
Dari Dr Syamirullah

Jangkitan MERS-CoV, singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus, adalah sejenis penyakit baru bawaan virus yang baru sahaja dikesan pada tahun 2012.Tak banyak yang diketahui dari asal usul virus ini. Ada kajian yang mengatakan dari unta, dari kelawar gua dsb.

Ianya mula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012. Seterusnya ianya tersebar, dipercayai melalui jangkitan individu-individu hampir sama seperti demam selesema, khususnya pada musim haji.Penyakit berbahaya ini, sehingga sekarang, dikesan telah menjangkiti 238 pesakit di seluruh dunia, dengan 92 pesakit telah meninggal dunia. Bermaksud, mortality rate bagi penyakit ini mencecah 40%, boleh dikatakan dari 10 orang dijangkiti, 4 meninggal dunia.

Dari segi virulence, ianya sangat virulence malah dilaporkan lebih virulence berbanding SARS. Virulence bermaksud betapa mudah ianya menjangkiti orang yang sihat.Pengalaman saya encounter kes MERS-CoV adalah sekitar hujung tahun lepas, seorang pesakit yang baru pulang dari umrah, disyaki dijangkiti MERS.
Akibatnya, pesakit ini diletakkan seorang diri di bangunan wad isolasi, manakala semua pesakit2 asal isolasi seperti TB dipindahkan ke bangunan lain. Bayangkan, bangunan wad yang boleh memuatkan 30 pesakit itu, dikosongkan untuk diletakkan beliau seorang sahaja.



Hanya dua petugas kesihatan dibenarkan menjaga pesakit ini. Setiap kali ingin masuk memberi ubat atau mengambil bacaan tekanan darah dsb, petugas ini perlu memakai pakaian PPE (personal protective equipment) yang seperti angkasawan lagaknya.Ini kerana, masih belum jelas bagaimana penyakit ini tersebar. Mungkin dari titisan wap hembusan nafas. Mungkin dari air liur. Mungkin dari sentuhan kulit. Ianya strongly suggestive for respiratory component.

Dan pelawat, sama sekali tidak dibenarkan. Ini baru hanya DISYAKI mendapat MERS-CoV. Syukurlah hasil kajian kuman mendapati beliau bebas dari jangkitan tersebut.Dan pada hari ini...akhirnya, penyakit ini sudahpun tiba di Malaysia, dengan kematian pertama kita.Buat masa sekarang, belum ada penawar/ubat dijumpai bagi jangkitan MERS CoV ini.


Tanggungjawab siapa nak masak dan membasuh dalam rumahtangga?

Saya nak tanya isteri2 yang ada di sini,masak tu tanggungjawab isteri ke? Membasuh pakaian pun tanggungjawab isteri ke? Kalaulah tanggungjawab isteri membasuh,jika satu hari mesin basuh rosak..pun tanggungjawab isteri ke nak hantar repair? BUKAN.Kalau isteri pula bekerja,suami pula membongkang tidur,jadi tanggungjawab siapa nak masak dan membasuh?

Sanggup ke suami bangun2 perut pulak lapar,tak kan nak tunggu isteri balik masak.Sebab suami fikir "Oh, masak kan tugas isteri,aku tunggu dia baliklah".Sanggup pulak tu berlapar.Jadi di sini saya nak tegaskan memasak,membasuh dan kerja2 lain itu bukan tanggungjawab isteri TETAPI tanggungjawab suami dan isteri BERSAMA.

Naya pulak lepas ni kalau ada bini tak nak masak..."Kata bukan tanggungjawab".Faham betul2.Kalau dua2 pulak bekerja dan bagi yang mampu wajib ambil pembantu rumah.Untuk menolong isteri juga.Ingat pembantu rumah..bukan pekerja.Pembantu bukan khadam.Saya tengok sekarang ini pembantu rumah tidak dilayan dengan sepatutnya.Ada isteri tu mentang2lah ada pembantu rumah,asyik terperap je dalam bilik.Tu belum lagi kes majikan mendera pembantu.

Saya sendiri ada 2 pembantu rumah.Saya dan isteri balik je dari pasar,isteri terus masuk dapur.Bila saya kata kan dah ada pembantu,biarlah diorang masak.Isteri jawab "Takpalah biar saya yang masak".Kadang2 dia yang lagi sibuk di dapur berbanding pembantu rumah.Time makan pulak,saya ajak sekali pembantu makan satu hidang satu meja.Duduk sekali makan.Kadang2 diorang pula yang malu.Kenapa nak letak taraf kita tinggi sangat.Kita pun sama juga macam dia,manusia.Jangan menghina manusia sesama manusia.

Ada satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w.Diceritakan ada seorang khadam kepada majikannya yang kaya-raya.Dia didera membuat kerja berat.Dah lah penat,makan pulak tak cukup,perut pun laparlah.Masa waktu rehat dia pun mencuri-curi keluar.Untuk apa?Dia mencuri kambing untuk dijual bagi menukarkan dengan makanan.Akhirnya perkara ini diketahui oleh pembesar negeri.Pembesar ini pun mencari majikan kepada khadam ini."Kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh khadam kamu hari ini?Siapa salah kalau dia lapar?Agak2 tangan siapa patut dipotong?Tangan kamu yang aku potong.Bukan dia.Kamu perlu tau dan faham tanggungjawab kamu sebagai majikan!".

Berbalik pada tanggungjawab isteri tadi.Kalau anda mengambil pembantu rumah,siapa yang patut bayar?Walaupun isteri yang perlukan pembantu,suami yang perlu bayar.Kalau isteri yang bayar,JAHIL.Itu tanggungjawab suami.Bagi suami yang tidak bekerja,isteri pulak bekerja.Dah lah isteri yang keluarkan duit,suami tak bagi nafkah.Suami wajib bayar balik duit yang telah isteri keluarkan.Kiralah berapa kali,berapa lama...hari..minggu..bulan..tahun sekalipun.

Berapa banyak pula tanggungjawab isteri kepada suami?
Hanya 2 saja yang Allah perintahkan.Apa dia?

  1. Hormat
  2. Taat
1.Hormat->Islam hargai isteri yang hormat suami.Hormat ada 2 cara;
  • a)Dari segi perkataan
  • b)Dari segi perbuatan
a)Perkataan->Terbahagi pula kepada 3;
  1. Gaya bahasa
  2. Nada suara
  3. Dalam keadaan2 tertentu-jumlah bilangan perkataan
1.Gaya bahasa
Apa dia gaya bahasa tu?Maknanya jangan panggil suami dengan namanya.Kalau nama suami Azman,jangan isteri panggil Man...Oh Man.Saya nak kongsikan kisah ini sebagai teladan.Kita semua tau Rasulullah s.a.w pernah berkahwin dengan ramai wanita yang terpilih oleh Allah s.w.t.Tetapi tidak semua tau dalam sejarah perkahwinan baginda pernah bercerai 2 kali.Salah seorangnya ialah Umrah binti Yazid al-Kilabiyan.Umrah diceraikan...kenapa?Dia sombong dan bongkak.Setiap kali baginda bersuara dan memanggil isterinya,Umrah tidak mahu datang kepada baginda."Aku datang daripada keluarga bangsawan,keturunan kau di bawah aku dan kau yang patut datang kepadaku".Maka diceraikanlah baginda dan dipulangkan semula kepada keluarganya.

Ada juga isteri yang panggil suami Pak Hang.Boleh pulak suami tu angguk kepala...itu JAHIL.Mentang2 pulak suami gemuk,ada ke patut dipanggilnya Doraemon.Bila isteri panggil "Doraemon sayang"...suami pulak menyahut "Ye sayang"...hah,itu Doraemon jahil.Ada pulak tu di Kelantan,suaminya kurus kering dipanggilnya Popeye depan orang ramai.Pun ada yang panggil Abang Bon..konon manjalah bunyinya.Si suami yang perut buncit ni pun nyahut...itu pun Jahil.Ada juga suami isteri bahasa gelarannya aku-kau-awak,itu biadap,jahil.Dengan kawan bolehlah kau,aku.Cubalah guna gelaran yang romantik.Kalau suami tu kerja driver...cubalah panggil abang drebar.Kalau pangkat Kernel pulak..abang Kernel.Hah,yang prebet polis...abang prebet.Jangan pulak suami yang kerja angkut sampah,isteri panggil abang sampah...melampau tu.Jadi hati2 semasa memilih perkataan dalam hubungan suami isteri.

2.Nada suara
Islam tidak membenarkan seorang isteri tinggikan suara.Cakap slow2 lah."Abang baru balik ye,nak minum apa?".Ini tak,suami baru je sampai depan pintu,stoking pun tak sempat buka "Baru tau nak balik,ni dah makan luarlah tu".Terus terencat si suami.Elok2 nak makan di rumah,terus dia makan kat luar.Tapi kalau ditakdirkan volume isteri macam guruh,nak buat macam mana kan.Kontrollah sendiri volume tu.Ataupun volume suami dah rosak,pendengaran tak berapa nak jelas.Itu barulah boleh isteri kuatkan sikit suara.

3.Dalam keadaan tertentu-jumlah bilangan perkataan
Jangan bercakap banyak daripada percakapan suami.Ini tak saya tengok hari ni ramai isteri join Joyah Fan Club.Pot..pet..pot..pet.Suami cakap sikit aje tapi isteri Masyaallah.Contoh;suami tengok isteri dah siap berhias.Suami tanya "Nak ke ma na?"(4 patah perkataan ikut jari).Isteri pula jawab "Su ka ha ti lah sa ya nak ke ma na"(hah cuba kira dah berapa patah tu).Ini dah dikira nusyuz.
Ingat!Jangan bercakap banyak,tapi tengoklah juga situasinya.Buatnya masa tu mood isteri tengah baik,rajin lak dia masak sampai penuh satu meja.Agak2 macam mana isteri nak jawab kalau suami tanya?Itu elok lagilah isteri masak.Buatnya dia betul2 tak nak cakap banyak lebih dari suami.Silap hari bulan bila suami tanya "Ma sak a pa?"."Sar din".Hah..dah tu kata tak boleh cakap lebih dari suami,tiap2 hari masak sardinlah.Itu contoh je,jangan pulak isteri2 di sini start kumpul stok sardin.

Tadi saya juga sudah terangkan tanggungjawab isteri untuk hormat dari segi perkataan.Hormat seterusnya ialah:

b)Dari segi perbuatan 
Katalah suami penat,baru je balik kerja,letih nak tidur.Ada ke patut bila suami minta bantal..ZAP..dicampaknya macam piring terbang.Itu biadap ye Puan2.Ada juga bila suami balik kerja dan lapar.Memang sungguh dia hidang tapi pap...pap...dihumbannya semua lauk dalam satu pinggan dengan nasi(ala-carte lah konon) dengan segelas air.Pulak tu menonong dia lepak tengok tv,kesian suami sorang2.Anda semua ada ke buat macam tu kat suami?Ke ada yang lagi teruk?Jangan,ingat,itu biadap namanya.Kalau ada isteri bercakap dengan nada lembut,tak biadap dan tidak cakap lebih daripada suami..sejuk hati suami.

Apalagi tanggunjawab isteri kepada suami selepas Hormat?

2.Taat->Apa maksud taat.Ada 3;
  • a)Buat apa yang suami suruh
  • b)Jangan buat apa yang suami tak suka
  • c)Tunaikan apa yang suami mahu
a)Buat apa yang suami suruh
Kalaulah suami suruh garu belakang,isteri pula cakap "Alah orang tua ni,tu ada paku kat dinding..sentallah sendiri".Ada ke patut.Amboi,dulu masa baru kawin tak terlarat nak garu!Ingat tu,nusyuz.Inilah benda2 kecil yang kita tak perasan,itulah punca penceraian.Lain di suruh lain yang dibuat.
Suami teringin makan kari,dia dah kata nak makan KARI.Dia pun pergilah kerja.Yang si isteri ni pulak boleh terkebil-kebil di dapur,apalah aku nak masak hari ni.Bongkar fridge santan pulak takda,takpa lagi stok santan serbuk ada lagi.Rempah kari pulak takda tapi tu lah 'main' nya nak masak kari.Isteri pun godek2 lah fridge akhirnya dia pun masak jelah sup.
Suami pun balik...makan..memang habis nasi dia makan."Sedap bang?"-"Alhamdulillah sedap".Tapi apa yang suami nak tadi..kari!Nusyuz dah tu.Inilah bila lain diminta lain dibuat.Cubalah minta maaf dan explain "Maaf ye bang,tadi bahan habis".Atau guna alternatif lain,kalau malas nak beli bahan,beli jelah kari kat kedai mamak.

b)Jangan buat apa yang suami tak suka 
Anda isteri2 kat sini langsir rumah color apa?Pink,biru,ungu?Katakanlah langsir merah satu rumah,agak2 suami suka ke?Dikisahkan Saiditina Aisyah r.a beli kain langsir baru.Selepas dijahitnya dengan cantik,Aisyah r.a pun terus pasang langsir.Rumah Rasulullah cuma ada 1 pintu.Di situlah dipasangnya langsir.Bila baginda balik je "Langsir baru ya,baru buat..tapi kenapa ada gambar burung?".Aisyah r.a barulah perasan dan tau baginda tidak suka,cepat2 diturunkan langsir itu.Cuba kalau sekarang ni nak2 lagi time raya,isteri dah penat menjahit dan pasang langsir baru,suami pula banyak songeh dan komplen.Rasa2 apa tindakan isteri?Dia nak turunkan ke atau dihumbannya langsir tu kat suami?Satu lagi..kalau suami larang pergi mana2,jangan pergi.Ini tak..petang2 dah tak sabar nak mesyuarat tingkap.Dah suami kata jangan..janganlah.Buat juga...nusyuz.

c)Tunaikan apa yang suami mahu 
Apa yang suami nak...alah..dia nak tu aje.Bagi jelah.Ingat..tunaikan hajat suami walaupun di belakang unta.Tapi agak2 lah suami pun.Tengok isteri bersedia ke tak.Ada juga suami manjang nak.Sampaikan ada isteri kata dia lagi sanggup duduk dengan harimau dari Hari-hari Mau.Ada juga time bergaduh...fuh mak datuk..merajuk tak ingat.Bila suami nak,ditolaknya permintaan suami.Ingat!Malaikat laknat sampai keesokan pagi.Bila suami himpit2 "Apa ni..buang tebiat ke apa".Suami juga ada perasaan.Kalau suami tu baik dan kuat iman,alhamdulillah.Kalau suami jahat,dia makan luar.Kan isteri juga bersubahat.Ingat semua..suami dan isteri sama2 jalankan peranan dan tanggungjawab bersama.

Karpal Singh maut dalam kemalangan Edisi Gambar 2014

Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada pada 17 April 2014 kira-kira pukul 1.30 pagi ini.Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelummemulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978. Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.

Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.


Kemalangan berlaku apabila kereta serbaguna Toyota Alphard yang dinaiki oleh Karpal Singh bersama-sama pembantu peribadi, pembantu rumah dan anak lelakinya, cuba mengelak sebuah lori yang menukar haluan secara tiba-tiba. Kemalangan ngeri itu telah membunuh Karpal Singh secara serta-merta di tempat kejadian. Turut terbunuh adalah pembantu peribadinya, Michael Cornandez.Pemandu, pembantu rumah dan anak lelakinya, Ram bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.









Admin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Karpal Singh.

Isteri Ugut Suami Bahawa Kerja Rumah Bukan Tanggungjawabnya

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Bacaaan Merdu Surah Yusuf oleh Juruteknik Filipina ketika menguji sistem audio di masjid Arab Saudi

Lelaki warga Filipina ini seorang juruteknik yang ditugaskan untuk memasang dan menguji sistem pembesar suara di masjid tersebut.Tetapi siapa sangka sewaktu dia hendak menguji sistem audio di masjid berkenaan, lelaki tu telah mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu syahdu sekali.

Dia membaca Surah Yusuf- ayat 12 yang bermaksud;

” Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang nyata (dari Allah).  Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al-Qur’an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya. “



Susulan selepas itu ada video beliau diupload oleh saudara islam di sana dengan bacaan surah Yusof dengan audio yang lebih baik.


 

Alhamdulillah Cek Pertama dari Program Google Adsense

Sebenarnya admin sudah lama nak buat post pasal terima cek google adsense.Bayagngkan 8 tahun menunggu untuk keluarkan duit Google Adsense  di mana akhirya pada bulan Mac 2014 pendapatan adsense admin sudah mencapai target USD100 iaitu syarat minimum untuk keluarkan duit ini.

Begi mereka yang baru nak kenal apa itu Google Adsense secara ringkasnya adalah jana pendapatan pengiklanan dari google (iklan Google Adwords) di blog kita. Bila iklan google muncul di blog kita, dan pembaca atau pelawat blog kita klik iklan tersebut, kita akan dapat bayaran. Bayaran adalah berbeza mengikut ‘harga’ sesuatu iklan. Ada yang 1 klik kita dapat 10 sen, ada juga yang 1 klik kita dibayar sehingga USD2 atau pun lebih.

Admin mula berjinak-jinak program buat duit dengan Google Adsense ini sejak tahun 2006 lagi. Bersandarkan 2 blog yang admin hasilkan iaitu blog 8vertising dalam bahasa Melayu dan FMS On Line dalam bahasa Inggeris. Setelah penantian selama 8 tahun akhirnya minggu lepas admin dapat cek pertama admin dari Google Adsense. Cek yang pertama adalah cek yang sekian lama saya nantikan. Cek pendapatan saya dari Google Adsense! Cek dari Google Adsense ini berjumlah USD102.57.

Pada peringkat awal, kadang-kadang tiada pendapatan langsung, kadang-kadang hanya dua tiga sen. Akan tetapi, sekarang sudah meningkat sedikit. Paling tinggi pendapatan saya dari Adsense untuk sebulan ialah USD10 lebih.Itulah, sabar itu separuh dari iman. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sehari dua tiga sen, akhirnya cecah juga USD102.57 walaupun ambil masa bertahun lamanya. Syukur Alhamdulillah.

 
Kesimpulannya masih banyak lagi yang admin perlu belajar dalam program adsense ini. Tetapi dengan kehadiran cek ini mungkin membakar semangat saya lagi untuk terus gigih dalam program adsense.Bukan senang nak wang tanpa disertakan dengan sedikit usaha. Yang penting sabar dalam melakukan sesuatu.Insyaallah mungkin perlu personel training dari Otai Adsense contohnya Encik Zazali or Encik Shahrul Amri mungkin dapat membantu meningkatkan pendapatan admin melalui program adsense ini.Tapi sudikah mereka?

Broadband Celcom,Digi,Maxis Jadi Portable Wifi Murah dengan TP-Link TL-MR3020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda apabila anda on 3G melalui handphone anda untuk berinternet akan membuat kuasa bateri anda menyusut dengan banyaknya. Bagi anda yang di luar sana yang mempunyai broadband sendiri tetapi ingin kongsikan dengan kawan-kawan yang tiada internet untuk berfacebook ataupun games on-line.

Walaupun handphone anda boleh jadi Wifi tetapi menyebabkan bateri handphone anda dengan cepat habis kerana signal 3G.Oleh yang demikian, bagi mengelakkan bateri anda terus kekeringan kerana signal 3G maka  alat ini adalah jawapan kepada masalah anda.Admin sendiri telah beli alat ini di Lelong.com.my dengan harga RM 60. Hanya pasang dan cukup broadband sahaja terus jadi wifi.Sangat sesuai kegunaan semasa balik kampung.

TL-MR3020 adalah ultraportable wayarles-n router, yang boleh beroperasi dalam tiga mod iaitu:
  • sebagai router 3G (apabila digabungkan dengan USB-berkaitan 3G modem yang serasi), 
  • sebagai wayarles pembekal khidmat internet (Unting) pelanggan (WISP), atau 
  • sebagai pusat akses wayarles mudah.(AP Mode)
Reka bentuk adalah mudah, dengan dilabelkan dengan jelas mod suis di sebelah (3G, WISP atau AP), dan satu butang yang berfungsi sebagai Wi-Fi Protected Setup (WPS) dan menetapkan semula. Empat LED status disusun sepanjang satu kelebihan: kuasa, internet, Wi-Fi dan Ethernet.
Satu termasuk 'Pemasangan Pantas Panduan', yang lipatan turun ke hanya yang melebihi saiz perniagaan kad, membuat persediaan dalam mana-mana mod pandangan yang semudah mungkin. Ia termasuk semua kilang-mungkir (alamat IP, nama pengguna, kata laluan) yang anda perlu di jalan raya.

 
Seluruh pakej - adapter, kabel dan router bersama-sama - berat hanya 160 gram, kira-kira berat purata telefon pintar. Penggunaan utama bagi peralatan tersebut adalah untuk berkongsi internet yang disediakan oleh 3G 'USB melekat'. Ini membolehkan beberapa peranti untuk berkongsi internet 3G melalui Wi-Fi.
Yang MR3020 juga menawarkan lebih daripada sekadar fungsi 3G perkongsian. Sebagai contoh, anda boleh menyambung MR3020 untuk bilik hotel anda, pejabat kecil atau rangkaian berwayar rakan melalui port 10/100Mbps Ethernet, dan mewujudkan pusat akses wayarles yang selamat anda sendiri untuk komputer riba anda, tablet, telefon pintar dan peranti internet yang dibolehkan lain. Memandangkan bilangan hotel yang menyediakan hanya internet berwayar atau perkhidmatan tanpa wayar tidak mencukupi, penggunaan ini sahaja menjadikan MR3020 yang mesti mempunyai peranti untuk pelancong perniagaan.
Prestasi kelajuan akan bergantung sepenuhnya kepada sumber  internet - sama ada 3G, Unting atau Ethernet.


Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca