Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Mangsa Pertama Jemaah umrah meninggal dunia di Malaysia kerana Wabak East Respiratory Syndrome Coronavirus (Mers-CoV)

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kematian seorang lelaki pada 13 April lalu yang baru pulang daripada mengerjakan umrah akibat dijangkiti sindrom pernafasan "middle east respiratory syndrome coronavirus' (MERS-CoV), yang juga merupakan kes pertama dilaporkan di Asean.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) berkata hasil siasatan mendapati punca kematian adalah akibat "Pneumonia Secondary to MERS-CoV" yang teruk.Beliau berkata pihak kementerian sedang menjalankan aktiviti pencegahan serta kawalan termasuk pemantauan terhadap mereka yang pernah bersentuhan dan rapat dengan mangsa serta 15 anggota jemaah umrah yang turut pergi bersama-sama mangsa ke Tanah Suci.

"Untuk tujuan ini juga, orang awam yang menaiki penerbangan Turkish Airlines (TK93 dan TK60) bagi perjalanan dari Jeddah-Istanbul-Kuala Lumpur pada 29 Mac lalu adalah diminta menghubungi pihak kementerian bagi tujuan pemantauan," katanya.Lelaki Melayu berusia 54 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu pulang dari Tanah Suci pada 29 Mac lalu itu mengadu mengalami demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas selepas kira-kira 10 hari kemudian dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail pada 10 April dan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Subramaniam berkata buat masa ini punca jangkitan dan cara jangkitan bagi jangkitan MERS-CoV masih belum dapat dikenal pasti dan masih tiada vaksin untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan tersebut.
"Kami dimaklumkan bahawa mangsa yang menghidap penyakit kencing manis itu pergi melawat ternakan unta di sana namun tidak dapat dipastikan lagi sama ada virus itu dijangkiti disebabkan oleh binatang tersebut," katanya.

Beliau menasihati orang ramai yang mengerjakan umrah di Tanah Suci atau membuat lawatan di mana-mana negara di rantau Timur Tengah agar mengambil langkah-langkah berwaspada."Adalah diminta agar mereka yang akan ke sana untuk sentiasa mencuci tangan, membawa penutup hidung dan mengelakkan makan makanan mentah serta mengelakkan dari membuat lawatan ke ladang ternakan walaupun masih tiada bukti mengenainya tapi ia sebagai antara langkah pencegahan," katanya. 

Menteri itu berkata mereka yang pulang dari negara rantau Timur Tengah dengan mengalami gejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung dan menjaga kebersihan diri."Mereka juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya terus tidak sihat serta memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor yang merawat," katanya. – Bernama, 16 April, 2014.



Info dari media Facebook
Dari Dr Syamirullah

Jangkitan MERS-CoV, singkatan kepada Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus, adalah sejenis penyakit baru bawaan virus yang baru sahaja dikesan pada tahun 2012.Tak banyak yang diketahui dari asal usul virus ini. Ada kajian yang mengatakan dari unta, dari kelawar gua dsb.

Ianya mula dikesan di Arab Saudi pada tahun 2012. Seterusnya ianya tersebar, dipercayai melalui jangkitan individu-individu hampir sama seperti demam selesema, khususnya pada musim haji.Penyakit berbahaya ini, sehingga sekarang, dikesan telah menjangkiti 238 pesakit di seluruh dunia, dengan 92 pesakit telah meninggal dunia. Bermaksud, mortality rate bagi penyakit ini mencecah 40%, boleh dikatakan dari 10 orang dijangkiti, 4 meninggal dunia.

Dari segi virulence, ianya sangat virulence malah dilaporkan lebih virulence berbanding SARS. Virulence bermaksud betapa mudah ianya menjangkiti orang yang sihat.Pengalaman saya encounter kes MERS-CoV adalah sekitar hujung tahun lepas, seorang pesakit yang baru pulang dari umrah, disyaki dijangkiti MERS.
Akibatnya, pesakit ini diletakkan seorang diri di bangunan wad isolasi, manakala semua pesakit2 asal isolasi seperti TB dipindahkan ke bangunan lain. Bayangkan, bangunan wad yang boleh memuatkan 30 pesakit itu, dikosongkan untuk diletakkan beliau seorang sahaja.



Hanya dua petugas kesihatan dibenarkan menjaga pesakit ini. Setiap kali ingin masuk memberi ubat atau mengambil bacaan tekanan darah dsb, petugas ini perlu memakai pakaian PPE (personal protective equipment) yang seperti angkasawan lagaknya.Ini kerana, masih belum jelas bagaimana penyakit ini tersebar. Mungkin dari titisan wap hembusan nafas. Mungkin dari air liur. Mungkin dari sentuhan kulit. Ianya strongly suggestive for respiratory component.

Dan pelawat, sama sekali tidak dibenarkan. Ini baru hanya DISYAKI mendapat MERS-CoV. Syukurlah hasil kajian kuman mendapati beliau bebas dari jangkitan tersebut.Dan pada hari ini...akhirnya, penyakit ini sudahpun tiba di Malaysia, dengan kematian pertama kita.Buat masa sekarang, belum ada penawar/ubat dijumpai bagi jangkitan MERS CoV ini.


No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca