Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Tanggungjawab siapa nak masak dan membasuh dalam rumahtangga?

Saya nak tanya isteri2 yang ada di sini,masak tu tanggungjawab isteri ke? Membasuh pakaian pun tanggungjawab isteri ke? Kalaulah tanggungjawab isteri membasuh,jika satu hari mesin basuh rosak..pun tanggungjawab isteri ke nak hantar repair? BUKAN.Kalau isteri pula bekerja,suami pula membongkang tidur,jadi tanggungjawab siapa nak masak dan membasuh?

Sanggup ke suami bangun2 perut pulak lapar,tak kan nak tunggu isteri balik masak.Sebab suami fikir "Oh, masak kan tugas isteri,aku tunggu dia baliklah".Sanggup pulak tu berlapar.Jadi di sini saya nak tegaskan memasak,membasuh dan kerja2 lain itu bukan tanggungjawab isteri TETAPI tanggungjawab suami dan isteri BERSAMA.

Naya pulak lepas ni kalau ada bini tak nak masak..."Kata bukan tanggungjawab".Faham betul2.Kalau dua2 pulak bekerja dan bagi yang mampu wajib ambil pembantu rumah.Untuk menolong isteri juga.Ingat pembantu rumah..bukan pekerja.Pembantu bukan khadam.Saya tengok sekarang ini pembantu rumah tidak dilayan dengan sepatutnya.Ada isteri tu mentang2lah ada pembantu rumah,asyik terperap je dalam bilik.Tu belum lagi kes majikan mendera pembantu.

Saya sendiri ada 2 pembantu rumah.Saya dan isteri balik je dari pasar,isteri terus masuk dapur.Bila saya kata kan dah ada pembantu,biarlah diorang masak.Isteri jawab "Takpalah biar saya yang masak".Kadang2 dia yang lagi sibuk di dapur berbanding pembantu rumah.Time makan pulak,saya ajak sekali pembantu makan satu hidang satu meja.Duduk sekali makan.Kadang2 diorang pula yang malu.Kenapa nak letak taraf kita tinggi sangat.Kita pun sama juga macam dia,manusia.Jangan menghina manusia sesama manusia.

Ada satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w.Diceritakan ada seorang khadam kepada majikannya yang kaya-raya.Dia didera membuat kerja berat.Dah lah penat,makan pulak tak cukup,perut pun laparlah.Masa waktu rehat dia pun mencuri-curi keluar.Untuk apa?Dia mencuri kambing untuk dijual bagi menukarkan dengan makanan.Akhirnya perkara ini diketahui oleh pembesar negeri.Pembesar ini pun mencari majikan kepada khadam ini."Kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh khadam kamu hari ini?Siapa salah kalau dia lapar?Agak2 tangan siapa patut dipotong?Tangan kamu yang aku potong.Bukan dia.Kamu perlu tau dan faham tanggungjawab kamu sebagai majikan!".

Berbalik pada tanggungjawab isteri tadi.Kalau anda mengambil pembantu rumah,siapa yang patut bayar?Walaupun isteri yang perlukan pembantu,suami yang perlu bayar.Kalau isteri yang bayar,JAHIL.Itu tanggungjawab suami.Bagi suami yang tidak bekerja,isteri pulak bekerja.Dah lah isteri yang keluarkan duit,suami tak bagi nafkah.Suami wajib bayar balik duit yang telah isteri keluarkan.Kiralah berapa kali,berapa lama...hari..minggu..bulan..tahun sekalipun.

Berapa banyak pula tanggungjawab isteri kepada suami?
Hanya 2 saja yang Allah perintahkan.Apa dia?

  1. Hormat
  2. Taat
1.Hormat->Islam hargai isteri yang hormat suami.Hormat ada 2 cara;
  • a)Dari segi perkataan
  • b)Dari segi perbuatan
a)Perkataan->Terbahagi pula kepada 3;
  1. Gaya bahasa
  2. Nada suara
  3. Dalam keadaan2 tertentu-jumlah bilangan perkataan
1.Gaya bahasa
Apa dia gaya bahasa tu?Maknanya jangan panggil suami dengan namanya.Kalau nama suami Azman,jangan isteri panggil Man...Oh Man.Saya nak kongsikan kisah ini sebagai teladan.Kita semua tau Rasulullah s.a.w pernah berkahwin dengan ramai wanita yang terpilih oleh Allah s.w.t.Tetapi tidak semua tau dalam sejarah perkahwinan baginda pernah bercerai 2 kali.Salah seorangnya ialah Umrah binti Yazid al-Kilabiyan.Umrah diceraikan...kenapa?Dia sombong dan bongkak.Setiap kali baginda bersuara dan memanggil isterinya,Umrah tidak mahu datang kepada baginda."Aku datang daripada keluarga bangsawan,keturunan kau di bawah aku dan kau yang patut datang kepadaku".Maka diceraikanlah baginda dan dipulangkan semula kepada keluarganya.

Ada juga isteri yang panggil suami Pak Hang.Boleh pulak suami tu angguk kepala...itu JAHIL.Mentang2 pulak suami gemuk,ada ke patut dipanggilnya Doraemon.Bila isteri panggil "Doraemon sayang"...suami pulak menyahut "Ye sayang"...hah,itu Doraemon jahil.Ada pulak tu di Kelantan,suaminya kurus kering dipanggilnya Popeye depan orang ramai.Pun ada yang panggil Abang Bon..konon manjalah bunyinya.Si suami yang perut buncit ni pun nyahut...itu pun Jahil.Ada juga suami isteri bahasa gelarannya aku-kau-awak,itu biadap,jahil.Dengan kawan bolehlah kau,aku.Cubalah guna gelaran yang romantik.Kalau suami tu kerja driver...cubalah panggil abang drebar.Kalau pangkat Kernel pulak..abang Kernel.Hah,yang prebet polis...abang prebet.Jangan pulak suami yang kerja angkut sampah,isteri panggil abang sampah...melampau tu.Jadi hati2 semasa memilih perkataan dalam hubungan suami isteri.

2.Nada suara
Islam tidak membenarkan seorang isteri tinggikan suara.Cakap slow2 lah."Abang baru balik ye,nak minum apa?".Ini tak,suami baru je sampai depan pintu,stoking pun tak sempat buka "Baru tau nak balik,ni dah makan luarlah tu".Terus terencat si suami.Elok2 nak makan di rumah,terus dia makan kat luar.Tapi kalau ditakdirkan volume isteri macam guruh,nak buat macam mana kan.Kontrollah sendiri volume tu.Ataupun volume suami dah rosak,pendengaran tak berapa nak jelas.Itu barulah boleh isteri kuatkan sikit suara.

3.Dalam keadaan tertentu-jumlah bilangan perkataan
Jangan bercakap banyak daripada percakapan suami.Ini tak saya tengok hari ni ramai isteri join Joyah Fan Club.Pot..pet..pot..pet.Suami cakap sikit aje tapi isteri Masyaallah.Contoh;suami tengok isteri dah siap berhias.Suami tanya "Nak ke ma na?"(4 patah perkataan ikut jari).Isteri pula jawab "Su ka ha ti lah sa ya nak ke ma na"(hah cuba kira dah berapa patah tu).Ini dah dikira nusyuz.
Ingat!Jangan bercakap banyak,tapi tengoklah juga situasinya.Buatnya masa tu mood isteri tengah baik,rajin lak dia masak sampai penuh satu meja.Agak2 macam mana isteri nak jawab kalau suami tanya?Itu elok lagilah isteri masak.Buatnya dia betul2 tak nak cakap banyak lebih dari suami.Silap hari bulan bila suami tanya "Ma sak a pa?"."Sar din".Hah..dah tu kata tak boleh cakap lebih dari suami,tiap2 hari masak sardinlah.Itu contoh je,jangan pulak isteri2 di sini start kumpul stok sardin.

Tadi saya juga sudah terangkan tanggungjawab isteri untuk hormat dari segi perkataan.Hormat seterusnya ialah:

b)Dari segi perbuatan 
Katalah suami penat,baru je balik kerja,letih nak tidur.Ada ke patut bila suami minta bantal..ZAP..dicampaknya macam piring terbang.Itu biadap ye Puan2.Ada juga bila suami balik kerja dan lapar.Memang sungguh dia hidang tapi pap...pap...dihumbannya semua lauk dalam satu pinggan dengan nasi(ala-carte lah konon) dengan segelas air.Pulak tu menonong dia lepak tengok tv,kesian suami sorang2.Anda semua ada ke buat macam tu kat suami?Ke ada yang lagi teruk?Jangan,ingat,itu biadap namanya.Kalau ada isteri bercakap dengan nada lembut,tak biadap dan tidak cakap lebih daripada suami..sejuk hati suami.

Apalagi tanggunjawab isteri kepada suami selepas Hormat?

2.Taat->Apa maksud taat.Ada 3;
  • a)Buat apa yang suami suruh
  • b)Jangan buat apa yang suami tak suka
  • c)Tunaikan apa yang suami mahu
a)Buat apa yang suami suruh
Kalaulah suami suruh garu belakang,isteri pula cakap "Alah orang tua ni,tu ada paku kat dinding..sentallah sendiri".Ada ke patut.Amboi,dulu masa baru kawin tak terlarat nak garu!Ingat tu,nusyuz.Inilah benda2 kecil yang kita tak perasan,itulah punca penceraian.Lain di suruh lain yang dibuat.
Suami teringin makan kari,dia dah kata nak makan KARI.Dia pun pergilah kerja.Yang si isteri ni pulak boleh terkebil-kebil di dapur,apalah aku nak masak hari ni.Bongkar fridge santan pulak takda,takpa lagi stok santan serbuk ada lagi.Rempah kari pulak takda tapi tu lah 'main' nya nak masak kari.Isteri pun godek2 lah fridge akhirnya dia pun masak jelah sup.
Suami pun balik...makan..memang habis nasi dia makan."Sedap bang?"-"Alhamdulillah sedap".Tapi apa yang suami nak tadi..kari!Nusyuz dah tu.Inilah bila lain diminta lain dibuat.Cubalah minta maaf dan explain "Maaf ye bang,tadi bahan habis".Atau guna alternatif lain,kalau malas nak beli bahan,beli jelah kari kat kedai mamak.

b)Jangan buat apa yang suami tak suka 
Anda isteri2 kat sini langsir rumah color apa?Pink,biru,ungu?Katakanlah langsir merah satu rumah,agak2 suami suka ke?Dikisahkan Saiditina Aisyah r.a beli kain langsir baru.Selepas dijahitnya dengan cantik,Aisyah r.a pun terus pasang langsir.Rumah Rasulullah cuma ada 1 pintu.Di situlah dipasangnya langsir.Bila baginda balik je "Langsir baru ya,baru buat..tapi kenapa ada gambar burung?".Aisyah r.a barulah perasan dan tau baginda tidak suka,cepat2 diturunkan langsir itu.Cuba kalau sekarang ni nak2 lagi time raya,isteri dah penat menjahit dan pasang langsir baru,suami pula banyak songeh dan komplen.Rasa2 apa tindakan isteri?Dia nak turunkan ke atau dihumbannya langsir tu kat suami?Satu lagi..kalau suami larang pergi mana2,jangan pergi.Ini tak..petang2 dah tak sabar nak mesyuarat tingkap.Dah suami kata jangan..janganlah.Buat juga...nusyuz.

c)Tunaikan apa yang suami mahu 
Apa yang suami nak...alah..dia nak tu aje.Bagi jelah.Ingat..tunaikan hajat suami walaupun di belakang unta.Tapi agak2 lah suami pun.Tengok isteri bersedia ke tak.Ada juga suami manjang nak.Sampaikan ada isteri kata dia lagi sanggup duduk dengan harimau dari Hari-hari Mau.Ada juga time bergaduh...fuh mak datuk..merajuk tak ingat.Bila suami nak,ditolaknya permintaan suami.Ingat!Malaikat laknat sampai keesokan pagi.Bila suami himpit2 "Apa ni..buang tebiat ke apa".Suami juga ada perasaan.Kalau suami tu baik dan kuat iman,alhamdulillah.Kalau suami jahat,dia makan luar.Kan isteri juga bersubahat.Ingat semua..suami dan isteri sama2 jalankan peranan dan tanggungjawab bersama.

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca