Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"
Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"
Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"
Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"
Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"
Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"
Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"
Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"
Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"
Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"
Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"
Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"
Muin : "Hoh, layan suami je?"
Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"
"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam
sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga
anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"
Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"
Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh
paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."
"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."
Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"
Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud
atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji
kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan
tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"
"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"
"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"
"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau
isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan
duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya,
dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi
baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"
Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"
Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga.
Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut
apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu
baik"
"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam
isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan
anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan
suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami
tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang
asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"
"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat
cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat
Allah"
Muin : "Ooooo, baru aku tau"
Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa
mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk
nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau
semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak
dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la
membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang
pahala dan dapat dosa"
"Ingat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut
mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat
kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."
Berdasarkan dialog di atas admin bersetuju dengan komentar pembaca ini.
"Mmg kewajipan suami sediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan
nafkah. tapi takde la sampai makan pun kena suap. dey...jgn jual nama
islam boleh tak? makan bersuap tuh bini yg kena suap suami...
ciri2 diatas tuh dah jatuh level queen control...isteri tak hormat suami...
isteri malas susukan anak.?... bengkak beb...boleh kena kanser...yg
betul adalah suami kena carikan susu bila isteri dah kering susu.
melayan suami nih besar makna dia...jgn kecikkan skop atas katil jek.
memasak utk suami, menenangkan suami dirumah dgn membersihkan rumah juga
bermaksud melayan suami( bayangkan suami balik2 outstation seminggu
rumah mcm tongkang pecah - alasan tunggu suami kemaskan - tak bangang
alasan tuh), berhias utk suami, mengemas katil, baju2 suami juga maksud
melayan suami.
bila isteri masak...suami wajib jamah. kecuali ada benda2 yg merbahaya - sihir ka, racun ka...
kalau setakat kangkang je skop melayan suami...adalah lebih baik main perempuan je mcm kat barat tuh.
kat tanah arab pun isteri yg masak...tuangkan air...kemas rumah...adakah pak syeikh2 tanah arab tak ikut islam?
karangan diatas tuh wa rasa dikarang oleh bini yg takut suami dia kahwin
lain.suami dah bg alasan nak tambah cawangan sebab bini pemalas dan tak
dapat layanan. dan karangan diatas menjatuhkan maruah wanita sebagai
alat sex sahaja.
NAbi dulu pun bila balik berdakwah atau berdagang, baginda disambut oleh
isteri baginda, disediakan minuman, makanan utk baginda...
kahwin nih besar tanggungjawap dia ( dua2 pihak). bukan kangkang
sahaja...adalah lebih baik buat sketsa muin nih termenung nak kahwin dan
pak ngah adan nasihat persediaan kahwin dan selepas kahwin cara
islam...persediaan tempat tinggal, kewangan, tanggungjawap suami isteri,
pantang larang dlm rumah tangga,cara memahami psikologi suami dan
isteri, persediaan mendapat anak, tanggungjawap pada anak. masing2 kena
tahu tanggungjawap... kena ada give and take
CNP.- Lompatikan english1.cari.com.my/forum
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment