Sebenarnya admin sudah lama nak buat post pasal terima cek google adsense.Bayagngkan 8 tahun menunggu untuk keluarkan duit Google Adsense di mana akhirya pada bulan Mac 2014 pendapatan adsense admin sudah mencapai target USD100 iaitu syarat minimum untuk keluarkan duit ini.
Begi mereka yang baru nak kenal apa itu Google Adsense secara ringkasnya adalah jana pendapatan pengiklanan dari google
(iklan Google Adwords) di blog kita. Bila iklan google muncul di blog
kita, dan pembaca atau pelawat blog kita klik iklan tersebut, kita akan
dapat bayaran. Bayaran adalah berbeza mengikut ‘harga’ sesuatu iklan.
Ada yang 1 klik kita dapat 10 sen, ada juga yang 1 klik kita dibayar
sehingga USD2 atau pun lebih.
Admin mula berjinak-jinak program buat duit dengan Google Adsense ini sejak tahun 2006 lagi. Bersandarkan 2 blog yang admin hasilkan iaitu blog 8vertising dalam bahasa Melayu dan FMS On Line dalam bahasa Inggeris. Setelah penantian selama 8 tahun akhirnya minggu lepas admin dapat cek pertama admin dari Google Adsense. Cek yang pertama adalah cek yang sekian
lama saya nantikan. Cek pendapatan saya dari Google Adsense! Cek dari
Google Adsense ini berjumlah USD102.57.
Pada peringkat awal, kadang-kadang tiada pendapatan
langsung, kadang-kadang hanya dua tiga sen. Akan tetapi, sekarang sudah
meningkat sedikit. Paling tinggi pendapatan saya dari Adsense untuk
sebulan ialah USD10 lebih.Itulah, sabar itu separuh dari iman. Sikit-sikit
lama-lama jadi bukit. Sehari dua tiga sen, akhirnya cecah juga USD102.57 walaupun ambil masa bertahun lamanya.
Syukur Alhamdulillah.
Kesimpulannya masih banyak lagi yang admin perlu belajar dalam program adsense ini. Tetapi dengan kehadiran cek ini mungkin membakar semangat saya lagi untuk terus gigih dalam program adsense.Bukan senang nak wang tanpa disertakan dengan sedikit usaha. Yang penting sabar dalam melakukan sesuatu.Insyaallah mungkin perlu personel training dari Otai Adsense contohnya Encik Zazali or Encik Shahrul Amri mungkin dapat membantu meningkatkan pendapatan admin melalui program adsense ini.Tapi sudikah mereka?
Carian Dalam Blog
|
|
Post Popular Hari Ini
Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir
Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...
Post Paling Popular Minggu Ini
-
Salam Sejahtera Admin hari ini ingin berkongsi tentang seorang kenalan yang mengalami masalah jerawat.Pelbagai produk pencuci muka dari ...
-
Sering gatal di celah kelangkang ? Jangan digaru! Ketahui cara untuk mencegah serta merawat gatal celah kelangkang. Kegatalan merupakan s...
-
Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram p...
-
Dunia seni hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian seorang lagi penyanyi "Cinta Melankolia" yang popular sekitar tahun 80...
-
Daun Rerama yang kini semakin popular dipercayai mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER atau BARAH serta sakit-sakit ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca
Penafian
Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.
Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.
No comments:
Post a Comment