Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara mengetahui samaada mesej dalam group whatsapp telah dibaca oleh ahli atau tidak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salah satu penambahbaikkan oleh Whatsapp ialah memperkenalkan penanda biru 2 kali bagi membawa maksud mesej yang kita hantar kepada penerima telah dibaca oleh penerima.Walaubagaimanapun tidakan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan oleh segenlintir pengguna whatsapp yang tidak menyukai ciri-ciri ini atas sebab tertentu.

Tetapi bagi admin, penambaikan pihak whatsapp dengan penanda biru ini amat baik sekali bagi menjelaskan maksud setiap mesej yang dihantar telah dibaca.Ini amat memudahkan bagi pihak penghantar untuk mengetahui supaya mesej yang dihantar sampai ke pengetahuan penerima walaupun tiada respon atau maklumbalas si penerima.

Macamana pula dengan "group whatsapp"? Sebenarnya kita boleh mengetahui sama ada mesej yang kita hantar dalam group kita dibaca atau tidak oleh ahli group.Mungkin dalam group kita ada hantar satu mesej penting namun tiada respon dari ahli ahli group.Kegagalan untuk respon dari mesej yang dihantar mungkin pelbagai sebab yang yang ada yang menggagalkan ahli-ahli untuk merespon mesej anda.Itu tiada masalah sebenarnya yang pasti kita tahu mesej yang penting itu telah dibaca oleh ahli group.

Bagaimana caranya?

1. Tekanan lama-lama mesej yang anda hantar di dalam group sehingga keluar seperti dibawah. 

2. Klik pada anak panah yang ditunjukkan seperti gambar di bawah.



3. Akhirnya anda akan nampak jumlah ahli sudah baca mesej  dan juga yang belum baca seperti gambar di bawah.

 



 Sekian.Terima kasih.

Testimoni guna Mini Travel Steamer.Sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin nak berkongsi plak pasal steamer iron.Ini gara-gara terbeli baju kemeja yang kain dia mudah kedut dan susah nak iorn dengan iron biasa.

Jadi terdetiklah nak beli steamer iron yang kononnya boleh menghilangkan kedutan dengan mudah.So admin terbeli kat lelong.com.my harga dalam RM 40 sekali kos pos.Ternyata pembelian mini travel steamer adalah satu pembelian yang bijak? Hahahahaha. Jom kita lihat apa sebenarnya mini travel steamer dan fungsinya.

STEAMER IRON (as seen on tv) adalah :
>> selamat untuk digunakan pada pelbagai jenis pakaian
>> Ia dapat menghilangkan kedutan pada pakaian
>> boleh digunakan untuk cucian kering (mcm hantar kat kedai dobi)

Sesuai untuk:
> Pakaian & Garments
> Langsir & sheers
> Alas tempat tidur
> Tirai pancuran Kain
> Perabot kerusi rehat
> Permaidani

Ciri-ciri :
> Menghilangkan kedutan , lipatan dan bau dari pakaian
> Steamer iron pelbagai guna bagi menghapuskan kedutan , lipatan & bau dari pakaian
> Selamat untuk digunakan pada pelbagai jenis bahan & kain
> Steamer iron hanya dipanaskan dalam beberapa saat untuk kegunaan yang cepat & mudah
> Kecil & mudah alih, sesuai untuk kegunaan di rumah dan untuk perjalanan

 Kesimpulannya, testimoni dari admin sendiri guna.Admin hanya guna 2 kali sahaja.Selepas itu simpan atas almari.Kenapa? Kegunaannya cukup leceh dan memenatkan.Pada pandangan admin sterika biasa adalah lebih jimat masa dan tenaga.Itu yang admin simpulkan dari 2 kali guna mini travel steamer ke atas baju dan seluar kerja admin bagi kegunaan 5 hari.Kalau nak beli dicadangkan beli yang yang besar punya mungkin lebih berbaloi kot.Hehehehe..

Lirik Lagu jiwang kisah si dia terlalu ego untuk mengakui kesilapan diri - Kemarau Kasih Spring

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak bermula program Gegar Vaganza dengan menampilkan otai-otai penyanyi zaman 90 an bersaing untuk sesama mereka merebut kejuaraan.Lagu-lagu lama zaman 90 an kembali mendapat tempat di hati admin. Kembali memutarkan lagu-lagu era 90 an. yang sememangnya lagu-lagu zaman itu memang tidak dinafikan ada jiwa dan setiap bait bait lirik menceritakan apa yang berlaku sama ada dalam alam percintaaan ataupun tengah putus cinta hanya dalam satu lagu.

Salah satu lagu yang admin akan putar ulang selama 45 minit setiap memandu ke tempat kerja adalah lagu nyanyian kumpulan Spring bertajuk Kemarau Kasih.Jom kita hayati setiap bait bait lirik lagu.


 KEMARAU KASIH- SPRING

Engkau yang tidak mengerti
Tak pernah cuba memahami
Perasaan hati ini
Yang sedang membakar diri

Bukan ku rayu simpati
Tapi sekadar membela
Hak dan kemanusian
Agar aku tidak engkau persia-siakan

Jika kau merasa aku bersalah
Maafkanlah diriku ( kumohon maaf dirimu)
Tapi jika engkau bersalah
Mengapa kau tak terima
Dimanakah keadilan dihatimu

Kemesraan yang pernah dijalinkan
Janganlah diretakkan
Kita sesama manusia
Punya hati dan perasaan
Janganlah kau perlakukan sesuka mu

Kuhulurkan tangan ku ini
Sebagai tanda perdamaian
Ku luaskan pintu hatiku tanda kasih
Lembutkanlah hati mu sayang
Menerima kemesraan
Jangan dibiarkan
Kemarau kasih berpanjangan
Dan beri rindu kesenian di telaga asmara

Ku hulurkan... sebagai tanda perdamaian
Ku luaskan pintu hati ku tanda kasih
Lembutkanlah... menerima kemesraan
Jangan dibiarkan kemarau berpanjangan


Cubaan spesis Lotong menculik kanak-kanak berusia 2-3 tahun berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung

Gambar Hiasan
Alor Gajah: Dua beradik berdepan detik mencemaskan apabila cuba dilarikan tiga ekor lotong ketika bermain di halaman rumah mereka di Kampung Hailam, Pengkalan Balak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua beradik terbabit, Norzainatul Zulaikha Mohd Azizan, 2, dan abangnya, Mohd Zaf Zakuan Mohd Azizan, 3, bermain sebelum muncul tiga ekor haiwan liar itu.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu mangsa, Siti Ain Sharfinaz Zainoldin, 24, berada dalam rumah bersama sepupunya, Norfadila Othman, 30, sebelum terdengar suara jirannya menjerit sebelum dia keluar dan mendapati dua anaknya itu menangis.

Siti Ain berkata, dia bersama dua anaknya ke rumah saudaranya itu pada petang kejadian, meluangkan masa untuk bersembang di ruang tamu dengan meninggalkan anaknya bermain di luar bersama rakan sebaya yang lain.

“Selepas beberapa minit, saya terdengar jeritan kuat dari luar rumah dan tangisan anak saya semakin kuat sebelum saya keluar melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila kelihatan tiga ekor lotong berlari sambil memanjat pokok mempelam di hadapan rumah.

“Saya mendapatkan kedua-dua anak saya sebelum dimaklumkan jiran bahawa mereka (anak) bermain bersama tiga ekor lotong di halaman rumah sehinggalah lotong menarik tangan anak saya ke arah semak.

“Jiran itu bertindak menghalau lotong itu dengan membaling selipar ke arah haiwan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur anak bongsunya hanya mengalami calar di tangan kiri akibat dicakar haiwan berkenaan.

Seorang penduduk, Zamry Mohd Ani, 32, ketika ditemui berkata, kampung itu sebelum ini bebas daripada ancaman haiwan liar namun sejak tiga minggu lalu, dua ekor lotong sesat muncul di sekitar kampung berkenaan.

“Tiga minggu lalu dua ekor lotong jantan entah dari mana datangnya, berkeliaran di kampung ini, dipercayai tertarik kepada beberapa pokok mempelam yang ditanam penduduk kampung yang buahnya sedang masak ranum di kawasan berkenaan.

“Dua minggu kemudian, seekor lagi lotong jantan muncul menjadikan jumlahnya tiga ekor dan keadaan itu amat membimbangkan sebelum saya membuat aduan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),” katanya.

Pengarah PERHILITAN Negeri Melaka, Noor Zakiah Anum Mohd Noh berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada penduduk kampung berkenaan mengenai kehadiran lotong sejak beberapa minggu yang lalu.

“Kami akan menyiasat perkara ini kerana kehadiran lotong tidak membahayakan ini dibimbangi mengancam keselamatan penduduk terutama kanak-kanan dan tindakan selanjutnya akan dilakukan secepat mungkin,” katanya.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/24737#....BM7IkjY6.dpuf

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29


Seperti yang sedia maklum, malam tadi 18 Januari 2015 telah berlangsung satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 jam 9.00 malam.

Program ini akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9:00 malam. Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. 

Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
 
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga

Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta

Agak janggal bagi admin untuk menerima hakikat Juara AJL 29 ini dimenangi oleh Joe Flizzo dengan tajuk lagu Apa Khabar.Apa-apa pun itulah adalah pilihan Juri Profesional.Mereka lebih tahu.Walaupun admin lebih nampak lagu Di Pintu Syurga lebih menyelah dari segi lirik dan gubahan muzik.Mungkin juri nak angkat elemen muzik barat sebagai juara AJL tahun ini.Apa apa pun tahniah Joe Flizzo.

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 29


1. Masih Aku Cinta    Shila Amzah
2. Di Pintu Syurga    Dayang Nurfaizah
3. Romancinta    Mojo
4. Gilalah    Stacy
5. Percayalah    Indah Ruhaila
6. Gadis Jolobu    Dato Hattan dan Waris
7. Matahari    Hafiz Suip
8. Rentak Laguku    Bunkface dan Amy Search
9. Sesal Separuh Nyawa    Alyah
10. Lelaki    Yuna
11. Apa Khabar    Joe Flizzow dan Sonaone
12. Malaikat    Hazama

Bertuahnya rambut beruban / grey hair di usia muda

Rambut beruban pastinya akan merasa risih apatah lagi bila beruban ketika umur 20an. Pelbagai usaha seperti mencabut dan menwarna rambut dengan inai bagi menutupi rambut uban sudah jadi satu kemestian.

 Ini kerana kebanyakan kita menganggap bahawa yang beruban itu tanda sudah tua atau satu tanda seseorang itu hidup dalam keadaan stress. Kini rambut beruban juga terjadi di kalangan budak sekolah selain orang dewasa yang memiliki uban.

Ada yang berkata bahawa uban adalah cahaya pada hari kiamat, benarkah demikian?

Diriwayatkan dari Fudhalah bin Ubaid r.a bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang beruban rambutnya dalam Islam, nescaya uban itu akan menjadi cahayanya pada hari kiamat."

Ketika itu ada seseorang berkata kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, "Sesungguhnya ada orang-orang yang mencabut uban mereka." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda, "Barangsiapa yang ingin melakukannya bererti hendak mencabut cahayanya." [HR. Al Bazzar, Ath-Thabrani dan dihasankan Al-Albani dalam shahih At-Targhib wat Tarhib (2092)]

Di antara keutamaan membiarkan uban dan tidak mencabutnya ialah pada hari kiamat kelak pemiliknya akan diberikan empat hal penting, yaitu cahaya di atas Shirat, setiap rambut putih dibalas satu kebaikan, dihapus darinya satu keburukan, dan Allah mengangkat satu darjat dari rambut itu.

Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin

Al Baihaqi membawakan sebuah pasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة
Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban –walaupun sehelai- dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan derajatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah -yang lebih dikenal dengan Ibnu Hibban- dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahwa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.” Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة
Janganlah mencabut uban karena uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu derajat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

Onexox RM 10 tempoh aktif 28 bulan vs Celcom Extend Expired RM 50 tempoh aktif 24 bulan.Mana lebih berbaloi?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya kalau  4-5 tahun dulu kalau nak bertukar telco sudah pasti nombor lama akan hangus begitu sahaja lebih-lebih lagi kalau nombor cantik plak tuh contoh  Celcom 019-1234123.

Memang menyesal gila kalau nak bertukar ke mana telco seperti Maxis,Digi dan lain lain. Itu dah satu masalah pastu satu masalah lagi timbul nak maklum pasa setiap kawan-kawan dan saudara mara  tentang nombor baru.Modal lagi keluar untuk beli topup semata-mata nak sms semua  contact list kita tentang nombor baru.Faktor-faktor ini yang menyebabkan ramai orang malas nak bertukar.

Kini dunia sudah berubah, kini ianya bukan satu masalah yang besar kerana kita boleh bawa nombor yang lama ke mana rangkaian telco nombor Celcom ke Maxis,Digi,Altel dan lain-lain.Pada entri post admin yang lalu bagaimana admin nekad beralih arah ke telco Onexox dengan mengekalkan nombor Celcom.Serius pada mulanya admin amat ragu-ragu juga kerana memikirkan mungkin ada masalah nak topup dan coverage.Akhirnya semua keraguan itu satu persatu hilang.

Sebenarnaya cukup senang nak dapatkan topup bagi Onexox.Kat bawah adalah senarai pusat tambah nilai Onexox.


Masalah coverage plak.Untuk makluman anda semua, telco Onexox ini tumpang line Celcom.Jadi apa masalahnya?Anda mesti sedia maklumkan bahawa Ceclom kan salah satu penyedia rangkaian terbesar di Malaysia yang meliputi semua kawasan ceruk sekalipun mesti ada punya line.Jadi di mana ada Celcom di situlah Onexox.Selesai lagi satu keraguan.

Masalah jimat ke pakai Onexox prepaid?

Kalau dulu admin jenis suka beli masa lanjutan setahun bernilai RM 30. Selepas itu barulah admin beli topup ikut keperluan kadangkala beli topup RM 10 ada juga RM 30 kerana nak langgan internet.dulu nak langgan internet sebulan dan masa panggilan sahaja.Kini sejak bertukar ke Onexox dengan nilai kos bersih RM 5 sebenarnya,admin dapat masa aktif 28 bulan.Lepas itu setiap kali admin topup masa aktif akan menjadi lebih panjang mengkiut nilai RM 1 bersamaan satu hari.Jadilah tidak hairan kalau anda tengok masa aktif pengguna oenxox panjang-panjang belaka.Hahahaha cuba tengok kat bawah.Masa aktif sehingga tahun 2020.


Rasanya jimat tak?Tak perlu nak risau nak beli topup tiap minggu nak lanjutkan masa aktif? Memang sesuai untuk mereka yang ada anak di asrama patut bertukar ke Onexox.Jadi berdasarkan tajuk post di atas anda boleh nilai sendirikan.Mana yang lebih berbaloi.

Admin tawarkan kepada pembaca blog admin..sekiranya berminat nak bertukar ke Onexox,Bolehlah wassap admin di nombor 0195464747,Admin berbesar hari untuk bantu anda untuk berjimat.

Mengetahui hikmah di sebalik musibah banjir besar di Malaysia

Akhir 2014 yang penuh airmata. Selebat hujan yang turun sama lebat dengan airmata yang mengalir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Takziah dan simpati untuk saudara yang kehilangan harta benda dilanda musibah banjir terburuk dalam sejarah negara. Kelantan paling teruk dilanda banjir.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca