Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Mengapa Harga Kereta di Malaysia Mahal Berbandng Negara Jiran

Cukai Kereta Import yang terlalu tinggi adalah dasar kerajaan Malaysia yang ingin melindungi Proton sehingga “memaksa” rakyat Malaysia hanya mampu membeli kereta keluaran Proton atau Perodua sahaja. Ini adalah akibat mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu memiliki kereta keluaran negara lain yang lebih bagus dari aspek keselamatan dan kualitinya disebabkan cukai-cukai yang tinggi yang dikenakan.
Berikut dipaparkan pada gambar-gambar di bawah, merupakan harga-harga kereta import Completely Built Up (CBU) dalam bentuk Cost, Insurance and Freight (CIF). Harga yang dipaparkan dalam dokumen dibawah merupakan harga semasa kereta import apabila sampai pelabuhan di Malaysia. 



Apa maksud CKD?


CKD bermaksud Completely Knocked Down – Kereta akan masuk dalam bentuk komponen-komponen dan akan dipasang balik dalam Malaysia. Cukai yang dikenakan adalah lebih rendah.


Berikut merupakan kadar cukai CKD sejak tahun 2006 :




Apa maksud CBU?


CBU bermaksud Completely Built-Up – Kereta import yang dibawa masuk, yang mana ianya telah dipasang siap di negara pengeluar apabila sampai ke Malaysia. Cukai dikenakan lebih tinggi daripada CKD.


Namun, sebelum itu, perlu diingatkan bahawa harga kereta import di dalam dokumen dibawah adalah tidak termasuk cukai import yang dikenakan serta nilai keuntungan yang diambil oleh pengedar utama, kepada syarikat penjual kereta, dan harga keuntungan salesman kereta.


Berikut merupakan kadar cukai CBU sejak tahun 2006 :





NOTA= DI : Duti import | DE : Duti Eksais | CJ : Cukai Jualan







Jika diperhatikan secara teliti, kita ambil contoh mudah di sini iaitu, katakan anda ingin membeli kereta Subaru Impreza WRX 2.0, harga CIF di yang dipaparkan pada imej di tas menunjukkan harga dari pengeluar termasuk kos penghantaran ke Malaysia adalah RM 60,291 sahaja. Namun, setelah dicampurkan dengan Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan Mengikut jadual cukai yang diberikan, harga kereta import ini terus melambung tinggi :



(30% +90% + 10% ) x Harga CIF Kereta (RM60,291)  
jumlahnya:(RM18,087.30 + RM54,261.90 + RM6,029.10) = RM 78,378.30

Harga cukai kereta import ini pula perlu ditambah kembali kepada harga CIF kereta tersebut iaitu RM 78,378.30 + RM 60,291 dan harga kereta Subaru Impreza WRX 2.0 untuk masuk ke Malaysia adalah kira-kira RM 138,669.30. Dan harga  ini belum lagi mengambil kira :

a) Harga keuntungan yang bakal diambil oleh pengedar utama dan harga keuntungan salesman.
b) Selain itu, jumlah ini belum lagi dicampur dengan insuran dan cukai jalan untuk membolehkan kereta ini berada di atas jalanraya di Malaysia.

Daripada contoh di atas, adakah anda nampak sebenarnya harga kereta yang cukup hebat dan gah itu, hanya murah sedikit daripada harga kereta Proton Waja? Dengan berbekalkan kuasa kuda dan tork  yang lebih hebat, Twin Airbags di depan serta di sisi, dibekalkan pula dengan sistem brek ABS dan aspek dalaman serta luaran yang lebih baik kualiti, ianya lebih baik serba-serbi daripada Proton Waja keluaran negara kita sendiri.
Kereta pada masa ini, bukanlah suatu yang asing. Malah ianya adalah satu kenderaan wajib atau asas keperluan keluarga. Mungkin satu masa dahulu, kereta hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada, namun begitu, pada zaman sekarang, kereta merupakan keperluan asas untuk bergerak kemana-mana.
Saya bukanlah ingin bersikap prejudis terhadap negara sendiri, namun apa yang cuba disampaikan adalah realiti yang berlaku hari ini dalam industri automatif negara. Sebenarnya, rakyat negara Malaysia sepatutnya diberikan hak dan kebebasan untuk memilih dan menerima barangan yang lebih baik kualitinya. Sekurang-kurangnya turunkan duit import yang boleh dikatakan agak menekan rakyat ataupun industri automatif negara itu sendiri dipertingkatkan yang melibatkan kereta Nasional.

Bukanlah mengatakan kereta keluaran Proton atau Perodua tidak bagus, tetapi sebenarnya kita telah membayar harga kereta Malaysia dengan kadar yang tinggi untuk kereta yang berada dalam kelas sebegitu. Sepatutnya, kereta Proton Waja misalnya tidak perlulah diletakkan harga terlalu mahal sehingga RM 64,000, sedangkan kereta-kereta lain yang berada di kelasnya, malah lebih lagi, hanya sekitar RM 62,000 sahaja.
“Cukai perlu tetapi biarlah munasabah”
Baru-baru ini, faedah bank untuk pinjaman kereta juga telah dinaikkan. Semestinya, pada waktu ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda membeli atau menukar kereta baru. Berikut adalah kadar terbaru faedah:
Kenaikan ini secara kasarnya adalah berada di dalam lingkungan RM 12-RM 15 sebulan. Namun begitu, jika diambil kira Rm 15 x 12 bulan x 9 tahun, jumlahnya adalah RM 1620. Satu jumlah yang kecil bagi sesetengah orang yang berpendapatan tinggi namun tidak, bagi ramai orang yang berpendapatan sederhana atau rendah.
Apa yang dikesalkan di sini adalah, Duti Eksais masih lagi tidak dikurangkan tetapi Faedah pula yang dinaikkan.
  • Wajarkah rakyat Malaysia golongan pertengahan dan berpendapatan rendah diperlakukan begini?
  • Mereka yang berpendapatan rendah mampu membeli kereta import ketika ini? Semestinya tidak
  • Jadi apa pilihan mereka?
  • Akhirnya….”dipaksa” membeli kereta yang kualitinya tidak setanding kereta keluaran negara lain pada harga yang lebih mahal malah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik?
Kita sebagai pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat terhadap senario yang berlaku sekarang. Di mana kedudukan AFTA yang pernah dicanangkan lebih 10 tahun dulu? Sampai bilakah Kerajaan patut memberikan tongkat kepada Proton dan Perodua? Dan sampai bila rakyat Malaysia harus membeli produk rebadged dari pengeluar kenderaan lain harus berdepan cukai kereta importyang agak tinggi dan menekan rakyat bawahan.


Terlalu banyak persoalan yang boleh dibangkitkan. Namun penyelesaian mestilah dibuat secara ilmiah dan toleran. Adakah anda bersetuju sekiranya, kita sebagai pengguna, berhak menikmati kualiti dan keselamatan kereta yang lebih baik?
Petikan artikel :- http://beritasemasa.com

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca