Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Mengapa Harga Kereta di Malaysia Mahal Berbandng Negara Jiran

Cukai Kereta Import yang terlalu tinggi adalah dasar kerajaan Malaysia yang ingin melindungi Proton sehingga “memaksa” rakyat Malaysia hanya mampu membeli kereta keluaran Proton atau Perodua sahaja. Ini adalah akibat mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu memiliki kereta keluaran negara lain yang lebih bagus dari aspek keselamatan dan kualitinya disebabkan cukai-cukai yang tinggi yang dikenakan.
Berikut dipaparkan pada gambar-gambar di bawah, merupakan harga-harga kereta import Completely Built Up (CBU) dalam bentuk Cost, Insurance and Freight (CIF). Harga yang dipaparkan dalam dokumen dibawah merupakan harga semasa kereta import apabila sampai pelabuhan di Malaysia. 



Apa maksud CKD?


CKD bermaksud Completely Knocked Down – Kereta akan masuk dalam bentuk komponen-komponen dan akan dipasang balik dalam Malaysia. Cukai yang dikenakan adalah lebih rendah.


Berikut merupakan kadar cukai CKD sejak tahun 2006 :




Apa maksud CBU?


CBU bermaksud Completely Built-Up – Kereta import yang dibawa masuk, yang mana ianya telah dipasang siap di negara pengeluar apabila sampai ke Malaysia. Cukai dikenakan lebih tinggi daripada CKD.


Namun, sebelum itu, perlu diingatkan bahawa harga kereta import di dalam dokumen dibawah adalah tidak termasuk cukai import yang dikenakan serta nilai keuntungan yang diambil oleh pengedar utama, kepada syarikat penjual kereta, dan harga keuntungan salesman kereta.


Berikut merupakan kadar cukai CBU sejak tahun 2006 :





NOTA= DI : Duti import | DE : Duti Eksais | CJ : Cukai Jualan







Jika diperhatikan secara teliti, kita ambil contoh mudah di sini iaitu, katakan anda ingin membeli kereta Subaru Impreza WRX 2.0, harga CIF di yang dipaparkan pada imej di tas menunjukkan harga dari pengeluar termasuk kos penghantaran ke Malaysia adalah RM 60,291 sahaja. Namun, setelah dicampurkan dengan Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan Mengikut jadual cukai yang diberikan, harga kereta import ini terus melambung tinggi :



(30% +90% + 10% ) x Harga CIF Kereta (RM60,291)  
jumlahnya:(RM18,087.30 + RM54,261.90 + RM6,029.10) = RM 78,378.30

Harga cukai kereta import ini pula perlu ditambah kembali kepada harga CIF kereta tersebut iaitu RM 78,378.30 + RM 60,291 dan harga kereta Subaru Impreza WRX 2.0 untuk masuk ke Malaysia adalah kira-kira RM 138,669.30. Dan harga  ini belum lagi mengambil kira :

a) Harga keuntungan yang bakal diambil oleh pengedar utama dan harga keuntungan salesman.
b) Selain itu, jumlah ini belum lagi dicampur dengan insuran dan cukai jalan untuk membolehkan kereta ini berada di atas jalanraya di Malaysia.

Daripada contoh di atas, adakah anda nampak sebenarnya harga kereta yang cukup hebat dan gah itu, hanya murah sedikit daripada harga kereta Proton Waja? Dengan berbekalkan kuasa kuda dan tork  yang lebih hebat, Twin Airbags di depan serta di sisi, dibekalkan pula dengan sistem brek ABS dan aspek dalaman serta luaran yang lebih baik kualiti, ianya lebih baik serba-serbi daripada Proton Waja keluaran negara kita sendiri.
Kereta pada masa ini, bukanlah suatu yang asing. Malah ianya adalah satu kenderaan wajib atau asas keperluan keluarga. Mungkin satu masa dahulu, kereta hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada, namun begitu, pada zaman sekarang, kereta merupakan keperluan asas untuk bergerak kemana-mana.
Saya bukanlah ingin bersikap prejudis terhadap negara sendiri, namun apa yang cuba disampaikan adalah realiti yang berlaku hari ini dalam industri automatif negara. Sebenarnya, rakyat negara Malaysia sepatutnya diberikan hak dan kebebasan untuk memilih dan menerima barangan yang lebih baik kualitinya. Sekurang-kurangnya turunkan duit import yang boleh dikatakan agak menekan rakyat ataupun industri automatif negara itu sendiri dipertingkatkan yang melibatkan kereta Nasional.

Bukanlah mengatakan kereta keluaran Proton atau Perodua tidak bagus, tetapi sebenarnya kita telah membayar harga kereta Malaysia dengan kadar yang tinggi untuk kereta yang berada dalam kelas sebegitu. Sepatutnya, kereta Proton Waja misalnya tidak perlulah diletakkan harga terlalu mahal sehingga RM 64,000, sedangkan kereta-kereta lain yang berada di kelasnya, malah lebih lagi, hanya sekitar RM 62,000 sahaja.
“Cukai perlu tetapi biarlah munasabah”
Baru-baru ini, faedah bank untuk pinjaman kereta juga telah dinaikkan. Semestinya, pada waktu ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda membeli atau menukar kereta baru. Berikut adalah kadar terbaru faedah:
Kenaikan ini secara kasarnya adalah berada di dalam lingkungan RM 12-RM 15 sebulan. Namun begitu, jika diambil kira Rm 15 x 12 bulan x 9 tahun, jumlahnya adalah RM 1620. Satu jumlah yang kecil bagi sesetengah orang yang berpendapatan tinggi namun tidak, bagi ramai orang yang berpendapatan sederhana atau rendah.
Apa yang dikesalkan di sini adalah, Duti Eksais masih lagi tidak dikurangkan tetapi Faedah pula yang dinaikkan.
  • Wajarkah rakyat Malaysia golongan pertengahan dan berpendapatan rendah diperlakukan begini?
  • Mereka yang berpendapatan rendah mampu membeli kereta import ketika ini? Semestinya tidak
  • Jadi apa pilihan mereka?
  • Akhirnya….”dipaksa” membeli kereta yang kualitinya tidak setanding kereta keluaran negara lain pada harga yang lebih mahal malah tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik?
Kita sebagai pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat terhadap senario yang berlaku sekarang. Di mana kedudukan AFTA yang pernah dicanangkan lebih 10 tahun dulu? Sampai bilakah Kerajaan patut memberikan tongkat kepada Proton dan Perodua? Dan sampai bila rakyat Malaysia harus membeli produk rebadged dari pengeluar kenderaan lain harus berdepan cukai kereta importyang agak tinggi dan menekan rakyat bawahan.


Terlalu banyak persoalan yang boleh dibangkitkan. Namun penyelesaian mestilah dibuat secara ilmiah dan toleran. Adakah anda bersetuju sekiranya, kita sebagai pengguna, berhak menikmati kualiti dan keselamatan kereta yang lebih baik?
Petikan artikel :- http://beritasemasa.com

19 comments:

  1. Wira aku buatan 1997 rosak lagi. teringin sangat nak tukar baru. dapat saga baru pun dah bersyukur sangat tapi itu pun tak mampu aku nak beli. gaji paras hidung tak naik2. kos barang keperluan asyik naik. nasib baik sempat aku beli rumah untuk anak-anak kecil aku berteduh. itu pun hutang sampai umur 55. Proton, harga kereta kamu makin mahal.

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:23 AM

    aku pn sama dok pkai keta wira jer...teringin gak nk merasa kete yg lbih baik,brkualiti & selamat (kete import).Meleleh air liur aku tngok org Indon kt Indonesia pkai kete hebat2...murah plak tu.Vios pn diorg wt taxi jer.K'jaan patut bg pilihan kpd rkyat M'sia utk memiliki knderaan keluaran M'sia atau import.Cukai jgn melampau dan menekan rakyat.Jangan paksakan rkyat utk membeli apa yg rkyat tidak mahu miliki.Zalim namanya tu.Aku hrp pmbangkang terus desak k,jaan dlm isu ini smpai brjaya.Kpd Proton plak wt kete jgn sekadar melepaskan batuk d tangga.Contoh yg kita perlu tngok ialah design exora.Ntah hapa hapa yg diorg keluarkan pn aku tak tahu.Bnyk lg design2 hebat & lawa2 anak muda kita kt dlm proton tu lukis tapi tak d pilih.last2 yg buruk mcm kereta jenazah jer plak diorg keluarkan.Hampehhhhh.Korang ingat tak lagi proton Juara yg mcm "mesin basuh" tu? Diorg design & diorg keluarkan tapi smpai hari ni tak sorang pn pngurusan trtinggi proton snggup beli or drive kete tu.Pihak atasan proton plak pakai Estima,wish & mcm2 la kete import tapi kita d paksa tanpa dpt mmbuat pilihan yg adil...apa ni ? Juara Buruk beb nk kata mcm alphard nmpak mcm kartun transformer pn ada..washing machine ler jwbnya! Tahu pn diorg malu nk pakai kete mcm tu.Aku yakin yg kita sntiasa d perhambakan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:37 PM

    tu la dia..mcm pukimak sial hidop kt malaysia ni..kerajaan byk duit nk wat pe..sume bg kt najib tu..mcm sial la najib ni..nk kaya usaha la sendiri..xya la nk mkn duit rakyat..lau dye pkai kete mewah boleh aje,1sen pon xde charge..

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:24 AM

    cakap elok ckit bro..mu nak hidup d indon, thailand or myanmar..or yg maju lg jepun.jepun kalo malas n tau cakap jer...dok tp jln jer mu nanti... malaysia aman makmur n sebagai rakyat kiter perlu pilih pemimpin yg terbaik d kawasan kita.

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:15 PM

    Hmm...inilah manusia..

    Yang dikatakan Adil adalah apabila kerajaan dapat memenuhi kehendak rakyat..yang disebut, nafsu berkereta baru dan berjenama,gaji tinggi dan harga barang murah, rumah nak hebat..namun kerja nak kurang performance..semua perkara adalah nafsu..kemudian marahkan orang kerajaan kerana mengikut nafsu sendiri, sepatutnya mengikut nafsu rakyat..last2, dua-dua lingkup..negara dah colapse pastu kene overtake orang lain..maka, sejarah melaka berulang kembali..

    betullah firman Allah swt, andai sesebuah negeri itu manusianya tidak tahu bersyukur kepadaNya disebabkan kufur nikmat, maka Allah swt akan hancurkan bangsa itu lalu menggantikan dengan bangsa yang lain yang lebih baik dan tahu bersyukur..memang Melayu dasar lupa diri..kebanyakannya MUNAFIK kepada bangsa sendiri..

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:51 AM

    pakai ikot kemampuan lah kan...biar lah kreta impot mahal ke ape..kreta malaysia jual mahal pasal nak rolling untuk R&D pastu nak melabur utk beli teknologi terkini..kalau jual ikot harga kos je..smpai skang aku rase saga 1st edition je yg proton mampu buat...otak sumbat lah korg ni..cukai tu bkn kemane pon..support buku teks ank2 korg skolah..buat skolah..jalan raye .. highway bertingkat2..ingt pkai ape tu..taik idong?cukai utk menaikkan taraf kemajuan negara..kalau cukai mahal jalanraya kat malaysia ni bertanah merah bleh lah korg crita pemerintah songlap..ini dah hampir maju..kita bukan negara dunia ketiga lagi..dah upgrade hasil usaha pemerintah dan hasil cukai2 yg korg bayar tu..

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:22 AM

    ni mesti puak-puak makan komisen ni... biar kereta mahal sikit? proton jual kereta mahal untuk membantu pembangunan R&D? kepala otak hang!!! Bro, survey dulu harga proton kat arab saudi dgn Malaysia dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:23 PM

      Hang ni mesti bodo piang dasaq cium pungkuq.. Jual kat arab murah sebab terpaksa sebab saingan melampau dan dasar pemerintah yang tiada kenderaan national. Hang ingat buat keta macam buat kuih keria ke? Ingat kita untung ke jual murah? Sebab nak letak nama proton ditimur tengah kita buat macam tu. Kalau lebih kita untung kalau kurang proton tanggung. Ini namanya proses menyasarkan barangan. Dah ada peminat dan permintaan baru boleh naik harga ke tahap normal.

      Delete
  8. Anonymous9:09 AM

    lain negara,lain caranya..cuma kita je tgk dgn sebelah mata..klau harga kereta murah,cmne dgn bnda lain spt cukai jalan,insurans,petrol,servis kereta atau caj lain2 yang dikenakan..ade sesetengah negara walaupun harga keretanye murah,tp klau nk masuk bandar atau kawasan kepadatan tinggi akan dikenakan cukai!.. tu xtermasuk dengan bayaran parking lg tu....insurans memang mahal r kn,,kereta kn keluarkn asap..ade plak,cukai utk alam sekitar..ape,korang..igt harga kereta murah xde cukai tersembunyi ke dikenakan!!..jgn mimpi lar..

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:56 AM

    apa2 pun aku sokong dgn komen Anonymous 12. 51 AM kt atas tu..ukur baju dibadan sendiri..jgn ukur ikut badan org..nk pakai kereta ikutla kemampuan.. jgn pakai klu x mampu.. klu nk salahkn kerajaan mmg senang..tp tahukah kita, malaysia satu2nya negara dirantau ini yg masih lg mengekalkn pemberian subsibi utk semua sektor keperluan rakyat.. makanan, perubatan, perkhidmatan, pendidikan, pengangkutan, dan byk lg subsidi lain..subsidi2 ni semua kerajaan nk tanggung pakai duit apa..? korang pi hosp.kerajaan byr singgit je, tp dpt mcm2 jenis ubat, mcm2 warna ubat..anak skolah skrg semua dah free..smpila masuk universiti semua ada subsidi.. begitu jgk dgn kenderaan..kt malaysia keta luar mahal sbb pertama, kerajaan nk kena jaga dasar automotif negara yg perlu diutamakn adalah kereta tmpatan.. termasuk membuat pengawalan harga..klu tak kawal dah lama rasanya proton & produa ni melingkup dah..dasar automotif kt malaysia ni, korang ble pakai kenderaan smpi reput..x kiralah kenderaan apa pun..berpuluh tahun pun boleh pakai..kt jepun keta hanya ble pki paling lama pun 5 tahun je..lps tu kena tukar..rakyat malaysia mampu ke nk buat mcm ni.?yg kaya mngkin boleh la, tp klu yg miskin..?cnfirm xble..ikut statistik 60% rakyat malysia menggunakn kenderaan lebih dr 5 tahun..insuran kenderaan lg lama pakai, makin kurang insuran.. begitu jgk dgn cukai pndatpan, x semua rakyat malaysia yg byr cukai pndapatan pun..klu gaji bwh 3 ribu x perlu byr cukai pendapatn pun..tp sgala kemudahan2 yg kerajaan buat xde beza2kn yg byr cukai atau tak..semua merasa..tp rata2 kebanyakkn yg aku jmpa yg x byr cukai ni kdg2 yg lg kuat merungutnya drpd yg byr cukai..dan mcm2 komplennya dr yg byr cukai..yg mana kena byr pun ada dibagi pengecualian cukai oleh kerajaan dgn sbb2 tertentu..itu blum cite lg pasal benda lain..makanan, kesihatan, pendidikan, kemudahan & lain2 lg..aku x kata semua yg kerajaan buat tu betul, ada jgk yg aku x setuju dgn kerajaan..tp skurang2nya kita kena celikkan mata sedar bahawa negara kita ni xdela seteruk mana pun dr negara2 lain dirantau ini..perubahan & pmbangunan tlh byk dibuat..cuba tgk negara Greece apa dah jd..dah muflis dek kerana kerajaan dia x tau manage kewangan negara..
    Aku rasa kerajaan ble buat utk bg harga kenderaan murah, tp korang sanggup ke harga2 lain mahal.. makanan, perubatan, pendidikn & lain2..? org nk kena mkn hari2..tp org x beli kereta hari2.

    ReplyDelete
  10. Anonymous9:59 AM

    meme la beli kereta tak hari2.. tapi hari2 kene kerja sbb nak bayar bulan2.. kan best kete preve 30-40k jer.. keje 2-3 tahun bole beli cash ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:37 PM

      Kita best la tapi yang tanggung siapa kalau harga murah.. Bayangkan pergi hospital bayar rm 50,buku teks sebiji rm 10 anak belajar anak belajar 6 matapelajaran,tahun satu. Buku latihan lagi. Takkan duit tu kerajbn nak guna untuk turunkan harga kereta. Tapi kalau semua setuju kerajaan terpaksa turun harga kereta potong subsidi pendidikan,kesihatan,pertanian(tiada bantuan tanam semula),perikanan(tiada subsidi diesel),subsidi makananan dan dan pelbagai lagi subsidi yang diberikan tapi yang kita buat2 tak nampak dan tak pula reti2 nak bersyukur.

      Delete
  11. Anonymous11:55 AM

    Kereta akan susut nilai,napa jual mahal sgt sampai tak munasabah? so kenelah murah separuh harga dari harga sekarang. Bila harga kereta turun, ramai beli kereta, jadi harga spare part pun makin murah sebab permintaan tinggi. Production kilang sparepart boleh up, peluang kerja meningkat kat bengkel, kedai kereta, kilang spare part, sykt insurans. insuran kereta n kadar interest bank akan turun (or naik sikit je) sebab bnyk permintaan. diorang akan bersaing. kerajaan boleh jimat duit dari segi pemberian bantuan sebab rakyat dah boleh jimat banyak sebab bayar bulanan kereta separuh dari sekarang kan?. kesesakan jalan raya kurang sebab sykt pengangkutan awam akan improve gila2 nak tarik balik org naik transport awam spt kos tambang turun, perkhidmatan efisien.so org akan pilih transport awam g keje sebab ada duit lebih (bayar kereta separuh harga kan?) n efisien n lebih murah. kereta akan digunakan untuk shopping, travel n outing etc. so lebih banyak peluang keje di bidang pengangkutan. Bengkel, insuran, bank pun dpt lebih bnyk customer.industri pelancongan akan improve dan ekonomi runcit lebih untung sebab org ada duit lebih nak belanja n bersantai dgn keluarga. senang kata rakyat dan negara untunglah! cuma mahathir n kroni tak berapa untung sebab x leh amik duit kita lagi. Ngarut aje jalan makin sesaklah, ekonomi down lah etc. saja aje nak takutkan kita. negara lain boleh buat. ingat kita bodoh ke. so apa kata PRU13? tahun 2005 puas org membebel pasal harga kereta ni tapi BN buat derk je sampai isu ni dulu tenggelam. kali ni kita bagi diorang panas bontot.penatlah asik kene tipu aje.kat negara sendiri pun kene hanjing.dah la bwk masuk bnyk pekerja asing.sebab gaji murah tapi barang semua mahal.kita di negara sendiri mcm hamba dibuatnya.ni semua BN punya onar.semua jadi mahal.amanah tadbir negara yg kita bagi entah ke mana.rakyat makin susah.pastu cakap 'kami dah berjasa bagi pendidikan buat pembangunan, bagi bantuan etc'. hello, kita 'lantik untuk tadbir sumber negara' okay, so itu bukan jasa, tapi tugas yang diberi rakyat. gaji pun dari sumber negara okay.. bukan company persendirian yang punya.. cakap mcm negara ni syarikat sendirian berhad pulak? baik pecat diorang pru13 ni lantik PKR pulak.

    ReplyDelete
  12. Anonymous9:07 PM

    Proton ni jangan di support biarkan dia kene bail out dan dibeli oleh vw ke toyota ke honda ke jadi orang keje kat situ dapat terus cari makan, kita sebagai rakyat dapat kereta dengan kualiti dan teknologi yang jauh lebih baik dari Proton. Kerajaan pun dah tak payah nak subsidi Proton. Pegi jahanam Mahathir. Proton ni dia buat mcm syarikat dia sendiri. Korang x perasan ke?? Proton bukan kereta nasional! Kalau kereta nasional, harga n kualiti proton yang dijual kepada rakyat setanding proton yang dieksport! ini yang dieksport gred A harga separuh, yg diberi pada kita gred C harga 2x ganda! Nasional apa tu! Mcm sdn. bhd.! wayang je lebih si kutty tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:46 PM

      Mana engkau tahu gred c? Engk au kerja kat proton ke? Jangan menuduh dan menghancurkan apa yang rakyat usahakan. Engkau ni macam kutu,hidup nak menghisap darah aje tapi kalau kena berkorban untuk negara lari seperti anjing tercabut ekor. Prestasi proton dah ok harga dah murah. Fikir kereta kita untuk kita dan kereta mereka untuk mereka. Jangan mudah dijajah keinginan dan nafsu selepas kita dijajah secara fizikal zaman dahulu.

      Delete
    2. Anonymous9:18 AM

      Abis klu bkn gred c gred ape?gred d ke xde gred?pakai 2,3 ari power window rosak...pundek..beli mahal2 mcm tu je kualiti?xpdan nk tggung hutang smpai 9 thun...

      Delete
  13. Anonymous6:24 PM

    PROTON ADALAH SALAH SATU KEGAGALAN MALAYSIA...KERAJAAN JER YANG BYK TOLONG, KLU TAK DH LAMA MELINGKUP...

    ReplyDelete
  14. Anonymous12:35 AM

    negara lain keluarkan kereta sendiri jual dgn harga yg rendah untuk rakyat diorang...kita??? kereta buatan negara sendiri dijual mahal kepada rakyat sendiri..

    ReplyDelete
  15. Anonymous12:29 AM

    korang semua ni bodoh dan bangang la..melalak kt sini ingat kerajaan nk dengar ke kata2 bodoh korang ni..bahlol punya komen semua ni..buang masa je korang melalak kt sini..kerajaan dan pemimpin tetap hidop senang jgk walau pun korang2 dok bising kat sini..PERGILA BUAT REPOT KAT BIRO PENGADUAN AWAM TU!KERAJAAN DAH SEDIA KAN UNTUK ORANG MCM KORANG NI!buat aduan ape yang korang tak puas hati tu!bahlol punye rakyat..malu aku dgn rakyat malaysia skrg ni!otak letak kt tapak kaki!

    ReplyDelete

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca