Wanita paling kerdil di dunia telah dimenangi oleh Jyoti Amge yang berusia 18 tahun dengan ketinggian cuma 61.95 sentimeter dan berat badan dalam 5.5 kg telah dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records pada 16 Disember 2011.
Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya Jyoti Amge yang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, Achondroplasia telah dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.
Dia layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.
"Saya berasa amat gembira untuk mendapatkan rekod ini," katanya yang menangis kegembiraan yang menurut bapanya dia bercita-cita untuk menjadi aktres Bollywood. Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness sambil disaksikan oleh bapanya, Kisan, 55, dan ibunya, Ranjana, 50.
Sebelum ini, rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter.
No comments:
Post a Comment