Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Makanan Merendahkan Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum dan Slah Sejahtera.

Tekanan hidup,cara pemakanan dan cara hidup masakini memudahkan seseorang pelbagai penyakit kronik dan salah satunya penyakit hypertension atau tekanan darah tinggi. Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.Jadi sebelum adalah tergolong dalam golongan itu,mari mulakan denganmengamalkan pemakanan yang boleh mencegah kita dari menghidap penyakit darah tinggi.

Beberapa jenis makanan yang mampu mencegah tekanan darah tinggi dengan mengamalkan pengambilan beberapa jenis sumber makanan iaitu :-




1)Bayam
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu kandungan folat Ii dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan stroke.






2) Biji bunga Matahari

Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolestrol dalam tubuh. Kolestrol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tinggi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.

 

3) Kacang-kacangan
Kekacang seperti kacang tanah badam dan kacang merah mengandungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.




4) Pisang
Selain membuat tekanan darah lebih sihat pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi


5) Kacang Soya
Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah membantu menurunkan kolestrol jahat dan tekanan darah tinggi.



6) Kentang
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal kandungan mineral serat dan potassium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.






7) Coklat hitam
Kandungan flavonoid di dalam coklat dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan merangsang penghasilan nitrat oksida. Bahan ini membuat signal otot di sekitar pembuluh darah lebih relak dan menyebabkan aliran lancar.


Kesimpulannya,pemakan ini adalah sebahagian sahaja dalam rutin cara hidup sihat.Yang penting sekali adalah melakukan senaman secara aktif dapat menjamin kesihatan tubuh badan kita dari sebarang penyakit.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca