Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kisah seorang wanita masuk neraka hanya kerana membunuh kucing.

Di dalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak  perkembangan islam. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diletak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.


Hukum membunuh kucing

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:


Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang wanita disiksa karena mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka karenanya, yaitu karena ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah. (Shahih Muslim No.4160) dan Dalam syariat Islam, seorang muslim diperintahkan untuk tidak menyakiti atau bahkan membunuh kucing, berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari kisah Abdullah bin Umar[1] dan Abu Hurairah.[2]

Cara pakai minyak wangi / perfume yang betul supaya tahan lebih lama

Admin ingin mempertengahkan satu topik yang menarik iatu berkaitan minyak wangi. Memang ramai yang tahu membeli minyak wangi, tapi berapa ramaikah yang tahu mengguna & memakainya dengan cara yang betul ? 

Datuk Ali Mamak Yang Popular Lagu Apa dah Jadi Telah Meninggal Dunia

Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman meninggal dunia bertarikh 27.3.2014 pada jam 4.20 pagi tadi akibat Leukimia.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Al-Fatihah.

Coklat Pepero Lotte Langkawi Disahkan Tiada Status Halal

Apabila cuti sekolah bermula sudah pasti tempat tempat pelancongan menjadi tumpuan.Salah satu tempat yang jadi tumpuan adalah Langkawi. Di Langkawi jikalau melancong ke sana,salah tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah kedai coklat. Coklat Pepero, salah satu coklat yang pasti diborong jika ke Langkawi samaada bercuti atau sewaktu berkursus.

 Admin juga salah seorang yang pernah memakan coklat ini yang dihadiahkan oleh kawan-kawan yang baru balik ketika bercuti di Langkawi sebelum ini.Semua sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini untuk hadiah kepada sanak saudara mahupun rakan sepejabat.
Semua sedia maklum, Lotte Pepero merupakan biskut berperisa coklat yang diimport dari Korea. Ia juga menjadi antara coklat popular yang dijual di pulau bebas cukai Langkawi. Setiap pelancong tempatan yang pergi ke Langkawi, pasti akan borong coklat Pepero ini - See more at: http://azfar9897.blogspot.com/2014/03/status-halal-letto-pepero.html#sthash.a3p1x62q.dpuf

Kali ini admin agak terkejut apabila dapat tahu bahawa status coklat Pepero ini diragui kerana tiada sijil halal sedangkan berepa banyak orang Melayu membeli benda ini sebagai buah tangan.Isu halal haram makanan amat sensitif bagi orang Islam. Isu Halal dan Haram Coklat Pepero ini timbul bila rakan blogger meragui dengan kandungan yang ada dalam coklat pepero iaitu Whey Powder, Glycerin, Sodium Prostate dan Shortening. Bahan-bahan ini memang terkenal terhasil dari sumber haiwan, dan juga tumbuhan maka status pengesahan ini penting jika ianya sumber dari haiwan yang kebiasaanya diambil  dari babi.



Berdasarkan makluat terdapat blogger yang prihatin tentang hal ini dan  cuba mendapatkan penjelasan dari pihak berkaitan untuk dapatkan kepastian status halal ini.

Seorang Blogger Shakido telah bertanya kepada pihak yang jaga halal haram di negara kita iaitu JAKIM tentang Status Halal Haram Coklat Pepero.

  
Seorang lagi rakyat Malaysia yang cuba mendapatkan kepastian tentang isu halal Coklat Pepero. Adalah menyedihkan apabila juga didapati  tidak ada sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) dan Korea Halal Association (KHA).



Lebih menyedihkan apabila kedai coklat popular di Langkawi yang menjual pelbagai coklat termasuklah coklat Papero ini berkata sedang menunggu jawapan status halal dari pihak Korea setelah isu halal ini dibangkitkan oleh pihak umum.

Status Halal Coklat Pepero – Jawapan Balas dari Haji Ismail Group Langkawi



Agak menyedihkan apabila orang Melayu meyakini 100% kepada pihak HIG yang menjual barangan halal memandangkan ianya syarikat Melayu Islam seolah-olah memberi jawapan melepaskan diri apabila orang ramai bertanya tentang status halal coklat Papero.Dengan jawapannya itu, pada pandangan admin kelihatan agak angkuh. Isu status halal ini baru timbulkan oleh orang ramai sedangkan penjualan Papero ini sudah berlaku sejak tahun 2010 lagi.     ( hasil cari google).
Pepero tidak ada sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) dan Korea Halal Association (KHA). J - See more at: http://azfar9897.blogspot.com/2014/03/status-halal-letto-pepero.html#sthash.a3p1x62q.dpuf
Coklat Pepero, itulah salah satu coklat yang pasti diborong jika ke Langkawi. Aku juga salah seorang yang pernah memborong coklat ini ketika bercuti di Langkawi sebelum ini.
Kali ini aku dapat tahu bahawa status coklat Pepero ini diragui kerana tiada sijil halal, sudah semestinya bab halal haram ini pasti dipandang serius sebagai seorang yang beragama Islam. - See more at: http://mindasyukri.blogspot.com/2014/03/jangan-beli-coklat-pepero-tak-halal.html#sthash.hARbLgVW.dpuf

Ke Pintu Syurga / On heaven's door - MH370 Tribute Song

Admin ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga para penumpang dan krew pesawat MH370 yang masih hilang. Semoga ahli keluarga mangsa terus tabah hati dan berdoa agar Allah SWT mempermudahkan mereka dalam menghadapi kesedihan ini.

Selepas lebih  dua minggu seluruh dunia dan  rakyat Malaysia  khasnya berdoa serta berharap agar penumpang dan anak kapal MH370 untuk pulang dengan selamat, akhirnya  kita   redha dan kesedihan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata di mana  tragedi pesawat tersebut yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi.

Admin tujukan lagu ini khas buat seluruh keluarga mangsa MH 370. Semoga  mereka terus tabah menerima dugaan ini.



Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah

Segalanya kaku
Everything is rigidity
Hati terus menangis
There's a cry in my heart
Bila mengenangkan
Cause I've been missing you
Dirimu telah tiada
The day you went away

Kau pergi tanpa pesan
You left without saying goodbye
Tinggal aku sendiri
left me lonely
Menghitung hari
Counting the days
Tiada daya
My helpless
Hilanglah sepi
Suffering from loneliness

(Korus)
Duhai kekasih hati
Oh my sweetheart
Katakanlah padaku
Tell Me Something Good
Bahawa semua ini
Cause all this
Hanya igauan mimpi
it's only a bad dream,

Aku tak sanggup kasih
I cannot stand no more my love
Kehilangan dirimu
mising you forever
Walau sedetik rindu mencengkam
Every minute that you're gone
Terasa pedih
It hurts my heart

Ulang Korus

Doaku kasih kita bersua
I'm praying to see you again
Di pintu syurga
On heaven's door

Komposer: Tam Spider
Lirik: Iman Imran

* Admin mohon maaf sekiranya maksud lirik dalam bahasa english tidak menepati maksud dalam bahasa Melayu.Admin sudah cuba yang terbaik.

Ps: Cadangan untuk penambahbaikan lirik dalam bahasa inggeris dialu-alukan..sila tinggal di ruang komen.

Harga model baru Xiaomi Redmi Note 5.5 in, Octa Core 1.7,1/2 gb RAM,13.0 Mpx Camera hanya RM 430

Xiaomi telah mengesahkan mereka akan memasuki pasaran Malaysia di dalam masa terdekat mungkin April 2014. Sebelum ini Xiaomi telah melancarkan produk sulung iaitu smartphone Redmi dengan harga RM 477 di Singapura dan kemudian Xiaomi mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan memperkenalkan Redmi Note jenis phablet secara rasmi baru-baru ini  membawakan spesifikasi kelas pertengahan dengan skrin bersaiz 5.5 inci.

Phablet terbaru milik Xiaomi ini didatangkan dalam dua versi yang berbeza mengikut kelajuan prosessor iaitu versi 1.4GHz dan juga 1.7GHz.

 Redmi Note akan ditawarkan pada harga yang amat berpatutan dan sangat rendah bagi model phablet. Di mana  versi dengan pemproses berkelajuan 1.4GHz dengan 1GB RAM akan dijual pada harga $ 130 sekitar RM 430 manakala versi dengan pemproses 1.7GHz dengan 2GB RAM akan dijual pada harga $160 sekitar RM 530.

Kedua model ini akan hadir dengan pemproses MediaTek MTK6592. Ciri lain yang disertakan adalah, UI MIUI yang disertakan dengan Android Jelly Bean, skrin paparan IPS berukuruan 5.5-inci dengan 720 x 1280 piksel, dwi-SIM, slot microSD, kamera belakang 13MP, kamera hadapan 5MP dan bateri berkapasiti 3,200mAh.


Spesifikasi ringkas yang ditawarkan oleh Redmi Note  :

- 5.5-inch 720p IPS display + OGS technology
- 1.4GHz / 1.7GHz octa-core MediaTek MT6592 processor
- 1GB (1.4GHz) / 2GB Ram (1.7GHz)
- 13MP + LED
- 5MP kamera bahagian hadapan
- 8GB internal memori + sokongan sdcard
- Android 4.2 Jelly bean (MIUI Rom)
- Dual-sim
- 3,200 mAh battery

Elak minyak wangi dirampas sebelum naik pesawat dengan Travel Perfume Atomizer Spray Bottle

Banyak barang yang tidak dianggap merbahaya pada mata penumpang tetapi masih dirampas kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan penumpang tentang barang yang dilarang di bawa ke atas pesawat

Antara garis panduan yang telah ditetapkan oleh International Air Transport Association (IATA) atau Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa mengenai barang yang dilarang dibawa oleh penumpang ke atas pesawat.

Tin/alat penyembur aerosol.
Penyembur rambut / badan, deodorant, racun serangga, tin isian pemetik api, penyembur lada (pepper spray) dan semua jenis alat penyembur tidak dibenarkan dibawa naik kerana alat penyembur aerosol biasanya mengandungi gas yang boleh menyebabkan kebakaran dan mudah meletup akibat suhu panas tetapi boleh dibawa melalui bagasi besar.

Cecair.
Cecair yang mudah terbakar seperti minyak, cat, thinner dan cecair pemetik api dilarang dibawa naik ke atas pesawat. Anda juga tidak boleh membawa cecair yang berlebihan ke atas pesawat. Semua jenis cecair dan gel yang tidak merbahaya mestilah didalam bekas tidak melebihi 100ml kemudian dibungkus di dalam beg plastik transparent yang boleh di seal. Maksimum jumlah yang dibenarkan ialah 1 liter. Terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan lebih dari had seperti ubat, susu / makanan bayi dan menu diet special dengan priskripsi doktor.

 Khususnya kepada minyak wangi kerana minyak wangi adalah satu keperluan setiap manusia. Jadi untuk elak minyak wangi anda yang original dan berharga ratusan ringgit dari dirampas oleh pihak berkuasa sebelum menaiki pesawat. Tips yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan Travel Perfume Atomizer Spray Bottle.Berfungi sebagai botol mudah alih yang mengisi minyak wangi anda untuk tujuan melancong sahaja.

Penyembur Perfume mudah alih menjadikannya anda mudah untuk mempunyai bau kegemaran anda bersama anda bila-bila masa dan di mana sahaja. Pada hanya saiz 3 inci dan kandungannya untuk 0,136  oz dan  reka bentuk anggun ini adalah sesuai untuk lelaki atau wanitaa. Kemampuan semburan sehingga 50 kali semburan dan diluluskan oleh syarikat penerbangan dan TSA

Cara Mengisi Minyak Wangi

Raja Bomoh VVIP Sedunia bengang dituduh bomoh permaidani ajaib oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin

Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.
Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.
“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.
“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.
Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.
“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.
Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.
“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.
“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.
Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.
“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.
“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.
Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang. - 14/3/14 [Suara TV] 
 
 

MH370 hilang menjadi misteri,timbul MH370 menambahkan misteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin ingin berkongsi pandangan tentang kejadian kehilangan MH370 yang kini memasuki hari ke 3-4 dan tiada sebarang tanda-tanda di mana kelibat kapal terbang itu berada. Admin sempat menonton klip video di Youtube iaitu satu temubual  oleh TV3 bersama Kapten Ahmad Nurudin Abd Majid berhubung kehilangan pesawat MH370.

Difahamkan Kapt. Ahmad Nurudin adalah antara juruterbang  yang membawa masuk pesawat Boeing 777-200 balik ke Malaysia dan mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengendalikan pesawat tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila ditanya apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat MH370, jawapannya tegas iaitu hilang. Beliau turut menolak teori pesawat tersebut dirampas oleh 2 orang individu yang dikatakan  memiliki pasport palsu.

Sebagai orang islam, katanya kita perlu percaya dengan kehendak Pencipta alam ini dan kita juga kena terima apa yang telah ditentukanNya. Mungkin sukar bagi sebuah pesawat yang besar boleh hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak atau petunjuk, tetapi itulah hakikat yang harus ditelan.
Ketika ditanya andai betul pesawat tersebut hilang, bagaimana kita boleh dapatkannya kembali? Jawabnya, kembali kepada Maha Pencipta, doa daripada orang-orang yang soleh yang dekat dengan Tuhan dan juga doa daripada ahli keluarga.


Mungkinkah apa yang berlaku ini adalah salah satu mesej ketuhanan daripada Allah kepada makhlukNya?
Jika difikirkan semula ada benarnya apa yang diperkatakannya itu. Andai sains moden masih gagal untuk mengesan di mana MH370 berada  kenapa tidak kita kembali kepada Tuhan Pencipta sains dan juga Pemilik seisi alam.

Admin dalam google carian maklumat terkini MH370,agak tertarik dengan satu post dalam blog yang memberi gambaran bahawa kapal terbang itu akan ditemui kelak.

http://militaryofmalaysia.net/2014/03/mh703-bersedia-untuk-menerima-ketakjuban/
Print skrin blog
Memandangkan terdapat exceed limit ke atas blog ini maka admin copy paste saja kandungan di sini untuk tatapan anda.

MH370 : BERSEDIA UNTUK MENERIMA KETAKJUBAN
1. Penat saya membuat pelbagai teori dan spekulasi dari pelbagai sudut ilmu, sejarah dan kes-kes berkaitan dengan penerbangan dan ketenteraan apabila apa yang saya terima benar-benar mencabar minda logikal saya.

2. Saya merupakan antara orang pertama yang membuat status bahawa pesawat tersebut sudah musnah akibat satu letupan yang saya syaki bom di muncung pesawat (saya update status saya di Facebook bahawa pesawat sudah berada di dalam lautan/musnah bertentangan dengan idea majoriti orang lain yang percaya pesawat sedang ditawan)

3. Saya juga antara orang pertama dari segelintir orang yang melihat bahawa pesawat sudah pun berada di dalam lautan.

4. Saya antara orang yang menolak pendapat bahawa pesawat sudah dirampas dan kononnya di bawa ke lokasi rahsia, saya juga menolak teori kemungkinan juruterbang telah membuat satu tindakan yang membahayakan orang.

5. Yang saya tidak tolak ialah pesawat mungkin dibom dari dalam dan saya juga tidak mengambil ringan hipotesis kemungkinan pesawat sebenarnya ditembak oleh peluru berpandu dari udara ke bumi kerana kemampuan seperti itu dimiliki oleh Vietnam melalui S300 buatan Russia.

6. Senjata misil jarak jauh seperti ini sehingga boleh memintas peluru berpandu balistik juga dimiliki oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS).

7. Semua itu rupa-rupanya tidak ada kaitan langsung.

HILANG MENJADI MISTERI, TIMBUL MENAMBAHKAN MISTERI

8. Akhirnya dengan peluang yang ada, saya dilaporkan bahawa kapal terbang malang tersebut berada di dalam lautan yang gelap, lebih kurang 300 meter.

9. Pesawat berada di dalam keadaan baik, 100 peratus atau 90 peratus dalam bentuk asal tanpa kecacatan yang ketara.

10.Semua penumpang berada di dalam pesawat, terikat di tempat duduk masing-masing dan berada dalam keadaan yang baik walaupun sudah berhari-hari di dalam laut.

KEJADIAN TIMBUL

11.Pesawat akan timbul menurut kiraan saya di antara Jumaat/malam Sabtu atau hari Ahad ini, genap tujuh atau lapan hari ia hilang.

12.Ia akan timbul dalam perairan di sebelah Vietnam

13.Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.

14.Pihak berkuasa boleh mengambil barang-barang dan tubuh-tubuh mangsa yang saya rasa berada dalam keadaan yang masih elok.

15.Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri.

16.Tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.

17.Saya juga menjadi orang pertama yang mengumumkan berita ini “pelik tapi benar”, tak payah tuduh kerajaan atau TUDM, TLDM, ATM, LLN, TNB tahu kisah ini kerana semua orang hatta teknologi tercanggih milih kuasa besar pun pening…

NOTA PENULIS : SAYA TIDAK PAKSA ANDA PERCAYA, TUNGGU AJELAH, TAK LAMA PUN, TINGGAL 3-4 HARI SAHAJA LAGI/KALAU TIDAK BETUL, ANGGAP JELAH SEBAGAI ANGIN LALU

Sumber Asal

Juruterbang pesawat ke Tokyo akui dapat berhubung pesawat MH370 sesaat sebelum pesawat itu menghilang

Kabar terbaru yang dapat memberi petunjuk penting bagi keberadaan pesawat Malaysia Airlines dengan nomor penerbangan MH370 yang hilang pada Sabtu (8/3/2014) baru saja diterima. New Straits Times Malaysia melaporkan, seorang pilot pesawat Boeing 777  yang terbang 30 menit lebih awal dari MH370 memberitahu bahwa dia berkomunikasi dengan awak pesawat MH370 sesaat sebelum pesawat itu menghilang.

Pilot yang meminta identitasnya dirahasiakan itu mengatakan, dia diminta oleh petugas air traffic control Vietnam untuk mencoba menghubungi MH370, karena otoritas setempat tidak bisa menghubungi pesawat itu. "Otoritas mengalami kesulitan menghubungi mereka, pesawat saya sudah berada di atas wilayah udara Vietnam dan saya diminta membantu menghubungi".

Pilot yang sedang menuju ke Bandara Narita, Tokyo itu mengaku berhasil berkomunikasi dengan MH 370 sekitar pukul 01.30 Sabtu dini hari. Pilot itu menanyakan, apakah MH370 sudah memasuki wilayah udara Vietnam atau belum.

"Saya yakin itu suara co-pilot antara Kapten Zaharie atau Kapten Fariq, namun suara relatif statis, ada banyak interference, dan mumbling (bergumam)".

Setelah itu, komunikasi hilang. Pilot itu meyakini bahwa suara itu bahkan dapat didengar oleh kapal-kapal di laut di bawah mereka. Dia mengira tidak ada masalah serius, mengingat kehilangan kontak adalah hal biasa.

"Jika Kapten Zahari mengalami kesulitan, pastilah dia akan mengeluarkan panggilan MayDay. Namun saya tidak mendengar apapun sama seperti yang lain".
- KOMPAS.COM -

Saksi melihat pesawat disyaki MH370 terbang rendah pada jam 1.30 pagi

 Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu.

Azid Ibrahim, 55, berkata dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, dia sedang memancing bersama seorang rakan apabila jelas dapat melihat pesawat terbabit terbang di bawah awan, tidak seperti biasa.

“Kami pelik kerana biasanya, pesawat tak terbang serendah itu. Kami takut ia terhempas, tapi pesawat terbabit terus terbang rendah menuju arah utara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid berkata, dia menonton televisyen kelmarin dan terkejut apabila mengetahui kehilangan pesawat MH370 bersama 227 penumpang dan 12 kru sebelum rakan yang bersamanya ke laut, bercerita kisah mereka melihat sebuah pesawat terbang rendah kepada penduduk lain.

“Pagi tadi (semalam), beberapa anggota polis datang ke rumah mengambil keterangan bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu. Saya kemudian diminta ke balai polis untuk buat laporan selain menunjukkan lokasi terakhir melihat pesawat terbabit,” kata bapa lima anak itu yang membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa.

Ditanya sama sama ada melihat asap atau api dari pesawat itu, Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.- Berita Harian 2014/03/10 - 05:44:29 AM

Pesawat carian Singapura temui objek terapung berhampiran lokasi kemalangan MH370

Pihak berkuasa Singapura memberitahu penyelamat Vietnam pada jam  02:40 pm bahawa pesawat carian mereka telah menemui objek mencurigakan terapung 100km selatan barat daya-of Tho Chu Pulau Vietnam, menurut akhbar Tuoi Tre yang mempunyai pemberita mengiringi operasi penyelamat.

Bulatan merah menunjukkan lokasi sesuatu objek terapung yang tidak dikenali berhampiran lokasi kemalangan berupa sebagai Malaysia Airlines penerbangan MH370 itu.

Vietnam baru sahaja mengarahkan helikopter dan sebuah kapal pengawal pantai tergesa-gesa kepada kawasan yang berhampiran lokasi kemalangan yang dilaporkan Malaysia Airlines MH370 penerbangan mana pesawat carian Singapura telah mengesan satu objek terapung yang tidak dikenali pada petang Ahad.

Pihak berkuasa Singapura memberitahu penyelamat Vietnam di 02:40 bahawa pesawat carian mereka telah menemui objek mencurigakan terapung 100km selatan barat daya-of Tho Chu Pulau Vietnam, menurut akhbar Tuoi Tre yang mempunyai pemberita mengiringi penyelamat.

Malaysia Airlines pesawat MH370 telah dilaporkan berlanggar 53 batu nautika (275km) dari pulau tersebut, yang terletak 85 batu nautika (153km) dari Ca Mau - wilayah selatan Vietnam.

A Vietnam Mi 171 helikopter telah dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti objek, berkata Tuoi Tre. Leftenan Jeneral Vo Van Tuan, seorang pegawai tentera Vietnam yang sedang mengikuti carian Vietnam untuk pesawat dari satu jawatankuasa penyelamat negara, telah mengarahkan CSB 2003 pengawal pantai kapal untuk mempercepatkan ke arah mana berada objek.

Updated: 2014/03/09 16:46 GMT + 7 
http://tuoitrenews.vn/society/18185/floating-object-found-near-reported-mh370-crash-site

Telefon bimbit penumpang MH370 dapat dihubungi namun tiada jawapan menjadi misteri

Laporan media Cina yang beberapa keluarga telah dapat menghubungi telefon bimbit orang tersayang mereka yang menaiki MH370, tetapi tiada panggilan dijawab.Keluarga seorang penumpang di hilang Malaysia Airlines penerbangan berjaya berdering telefon bimbitnya - tetapi tiada siapa yang menjawab.Video ini menunjukkan saudara-mara saat seorang lelaki Cina di kalangan 239 orang dikhuatiri mati selepas jet penumpang hilang secara misteri di mana telefon beliau masih hidup berdering di televisyen.

Sumber



Walking Wings ajar cara anak bawah satu tahun cepat berjalan sendiri

Pasangan suami isteri yang baru dikurniakan anak lazimnya berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat bayi mereka pandai berjalan.Mereka sudah pasti berbangga memberitahu rakan-rakan bahawa bayi mereka yang comel sudah mula bertatih dan berjalan jatuh.

Berjalan ada kaitannya dengan keseimbangan dan perkembangan motor. Bagi sebahagian kanak-kanak, mampu berdiri adalah satu pencapaian, manakala melangkah setapak demi setapak adalah satu matlamat yang mesti dicapai tanpa merasai penat.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak belajar berjalan.Sebagai contoh, galakkan mereka berdiri dan berpegang pada perabot untuk menambah kestabilan dan membantunya belajar mengimbangkan diri dengan betul. Apabila anak lebih yakin, dia akan lebih suka bergerak di sekeliling perabot itu untuk mendapatkan mainan kegemarannya.

Walking Wings adalah cara yang lebih selamat untuk menyokong bayi untuk berlatih berjalan. Berbanding cara kuno oleh ibubapa mengajar anak berjalan di mana kanak-kanak boleh tercedera apabila anda memegang satu tangan.





 Tips untuk melatih baby berjalan.

1.  Kurangkan letak anak dalam baby walker. Bila dah lebih 10 bulan, rajin-rajin letak baby kat bawah dan biar dia main / berusaha untuk bangun sendiri bila nak bergerak. Kalau selalu sangat dalam walker akan menyebabkan baby malas dan tiada keyakinan.

2.  Masa ajar anak berjalan, biarkan kaki baby tanpa stokin / kasut. Ni untuk memudahkan baby kita menyeimbangkan badan dan mengawal pergerakan. Lagipun baby boleh rasa jari-jari dia sentuh lantai dan dia akan lebih yakin bertatih.

3. 
Bayi akan lebih cepat berjalan apabila dibantu oleh ibubapa mereka. Ibubapa boleh menggalakkan anak berjalan dengan dengan berlutut di hadapan anak, sambil memegang tangannya semasa dia berjalan. Rajin-rajin lah bawa anak tatih keliling satu rumah. Mula-mula main bertatih 3,4 langkah dengan dibantu oleh sorang lagi yang akan sambut baby. Then boleh start jalan dengan memegang kedua2 tangan dia. Jalan la dari hujung sini ke hujung sana.

Kenapa Figure Up harga murah dan berkesan untuk kuruskan badan 7 kg dalam sebulan

Kapsul Figure Up dikatakan dihasilkan 100% dari bahan semulajadi yang berkesan membakar lemak dan melangsingkan badan dengan mudah, cepat dan selamat terutama di bahagian badan di mana lemak mudah terkumpul seperti punggung, peha, lengan dan perut

.Ia diadun sempurna dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera, serta tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna seperti cirit-birit dan alahan.Banyak testimoni-testimoni pengguna Figure Up memaklumkan bahawa produk ini memang berkesan untuk menurunkan badan badan.

Namun menjadi persoalan sekarang ini adakah ianya selamat untuk dimakan ? kerana pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM mendakwa mengandungi bahan racun berjadual sibutramine yang membahayakan kesihatan berdasarkan maklumat pihak berkuasa Brunei.

Berikut di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM.

Orang awam yang sedang menggunakan produk “Figure-Up”adalah dinasihatkan supaya SEGERA menghentikan pengambilan produk ini atas sebab risiko penggunaannya yang boleh memudaratkan kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan nasihat dan rawatan dari profesional kesihatan sekiranya perlu. Bahagian ini juga menggesa agar pengguna lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan produk-produk kesihatan yang banyak dipromosikan melalui penjualan internet.

Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM telah mendapat maklumat bahawa produk “Figure-Up” telah dikesan oleh pihak berkuasa Brunei mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. Semakan juga mendapati produk ini banyak dipromosikan dan dipasarkan melalui penjualan internet bagi menurunkan berat badan. Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia hanya mengandungi ramuan semulajadi dan dihasilkan di kilang yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (APB). Hasil siasatan lanjut mendapati nama syarikat yang tertera pada label produk iaitu Biospecialty Food Trading yang beralamat palsu di Kota Damansara, Selangor merupakan syarikat yang tidak dilesenkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesity. Namun demikian, ubat-ubatan yang mengandungi sibutramine telah ditarik balik pendaftarannya di Malaysia pada 23 Disember 2012 atas sebab peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Antara kesan sampingan lain yang biasa dikaitkan dengan sibutramine adalah peningkatan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, kering mulut dan tekak, muntah, cirit-birit, pening, sakit kepala dan kesukaran tidur.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-7883 5400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my

DATO’ EISAH BINTI ABDUL RAHMAN
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tarikh: 30 Oktober 2013 - 8:46am
Kategori berita: Siaran Akhbar
Tarikh terbit: Rabu, 30 Oktober 2013


Sumber asal

Hati-hati Sabun Betik/ Papaya Soap Jenama ini kerana ada racun berjadual

Betik sangat berkhasiat jika dimakan. Betik yang sudah masak mengandungi 85% lembapan, 14% karbohidrat, 7.7% gula, 19, 6 dan 61 miligram per 100 gram kalsium, fosforus dan vitamin C. Sebenarnya setiap bahagian pokok betik dikatakan mempunyai kegunaan mereka tersendiri.

Betik mengandungi collagen secara semulajadi. Sabun betik biasanya diperbuat dari ekstrak betik yang diperolehi dari proses pengekstrakan nanoteknologi. Ini membuatkan khasiat dalam sabun dapat diserap dengan mudah oleh kulit.

Betik terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi. Seperti yang diketahui, vitamin C amat berfaedah bagi kecantikan kulit. Jadi sabun betik pasti memberikan perubahan yang ketara untuk kulit anda.

 Kebaikan Sabun Betik  :
  •     Mencerahkan kulit
  •     Membantu mengurangkan bintik-bintih putih
  •     Menghilangkan jerawat di wajah secara berkesan dan lembut
  •     Membantu pertumbuhan sel kulit baru yang lebih cerah
  •     Tidak mengeringkan kulit
  •     Membantu penyembuhan luka (seperti parut jerawat yang baru)
  •     Memudarkan bintik hitam
  •     Membuatkan kulit wajah lebih bercahaya dan lembut


Namun terdapat sabun betik yang diharamkan penggunaan di Malaysia oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 2013 kerana  didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.Produk sabun papaya yang dimaksudkan adalah Acrena Pure Herbal Papaya Soap.


Nama produk 
Nama produk  : Acrena Pure Herbal Papaya Soap

No.notifikasi (NOT)  : NOT100802337K

Bahan kimia yang dikesan : Tretinoin

Pemegang Produk : Haresh Enterprises Sdn Bhd

Pengilang : Re-X Products Co., Ltd., Thailand


Kesimpulannya,tidak semua sabun betik merbahaya hanya satu dua sahaja yang mana pihak pengilang telah mencampuraduk bahan kimia terlarang dalam pembuatannya menjadikan ia tidak selamat digunakan oleh pengguna. Jadi pilihlah sabun betik yang selamat digunakan dan setakat ini sabun betik yang popular adalah RDL Papaya Soap.Namun sejauh mana keberkesannya dan selamat atau tidak kerana admin tidak pernah guna.Yang pasti sabun betik murah dan pastikan beli yang original.



Acrena Pure Herbal Papaya Soap
NOT100802337K
Tretinoin
Haresh Enterprises Sdn Bhd
 Re-X Products Co., Ltd., Thailand 
- See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?menuid=118#sthash.ckyIOazc.dpuf
Acrena Pure Herbal Papaya Soap
didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. - See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?menuid=118#sthash.ckyIOazc.dpuf
didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. - See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?menuid=118#sthash.ckyIOazc.dpuf
didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. - See more at: http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?menuid=118#sthash.ckyIOazc.dpuf

Bentuk rawatan yang perlu dilakukan jika terkena heat stroke/strok haba

Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk hipotermia, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, strok haba adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.

Awasi anak anda daripada terkena heat stroke akibat cuaca panas kering yang melampau

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas."Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba..Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. -BERNAMA

Masalah wiper kereta berbunyi walaupun sudah tukar wiper silicon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda mempunyai masalah wiper kereta berbunyi?  Wiper anda masih berbunyi walaupun sudah tukar wiper baru jenis mahal? Macam mana nak buat yea? Sebenarnya masalah ini berlaku kepada kereta admin,cukup pening kepala aku dengar bunyi bila waktu hujan. 

Bila admin on wiper, dia macam ada bunyi eeet ooot tidak berhenti-henti. memang menyakit telinga mendengarnya.Pemanduan boleh terjejas sebab tidak boleh fokus 100%. Akhirnya admin ke bengkel aksesori kereta denagn rumah.Apabila cerita masalah yang dihadapi,pomen bagitau wiper link sudah berkarat dan perlu diganti. 

Pomen tuh bagi dua pilihan kepada admin :-


1. Wiper link berkarat sehingga nut tidak boleh dibuka maka wiper link perlu diganti baru.Kos dalam RM 58 termasuk kos upah.Sebenarnya kos wiper link dalam RM 25 ajer bila survey kat internet.

2. Andai kata wiper link berkarat namun keadaan nut masih elok dan tidak berkarat maka pembersihan membuang semua karat tanpa perlu tukar wiper link baru.

Wiper link punca ia berbunyi

Memandangkan kos tukar agak murah bagi admin.jadi admin ambil keputusan tukar baru lagi senang. Dari cara tengok cara penukarannya memang agak sukar.Bagi orang yang tak pandai macam admin ini lebih sukar kedai buatkan.So masalah bunyi wiper selesai.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca