Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Cara pakai minyak wangi / perfume yang betul supaya tahan lebih lama

Admin ingin mempertengahkan satu topik yang menarik iatu berkaitan minyak wangi. Memang ramai yang tahu membeli minyak wangi, tapi berapa ramaikah yang tahu mengguna & memakainya dengan cara yang betul ? 


Kebiasaanya  lelaki atau wanita umumnya akan menyembur minyak wangi ke baju tanpa mengetahui bahawa cara begini adalah salah kerana bukan sahaja akan merosakkan bau minyak tersebut kerana bercampur dengan pelembut kain atau wangian cucian sabun tetapi juga merugikan kuantiti minyak wangi tersebut sekiranya mahal harganya.

Oleh yang demikian,admin ingin berkongsi dengan anda cara memakai perfume denagn betul dan memastikan agar aroma wangiannya kekal tahan lama.Perlu diingatkan bahawa perfume ciptaan orang putih terbahagi kepada banyak musim seperti musim panas,sejuk dan sebagainya.Jadi anda perlu tahu minyak wangi yang anda beli itu jenis kategori mana.



Tapi ramai yang tak tahu bagi golongan lelaki tempat yang paling sesuai dan tahan lama untuk memakai perfume adalah semburan di dada dan belakang dada manakala untuk perempuan adalah dekat kawasan nadi.Satu tabiat buruk pemakai perfume adalah suka menggosokkannya pada sebelah tangan lagi satu pastu sapu kt leher selepas sembur pada sebelah pergelangan tangan. Cara pemakaian perfume sebegitu adalah salah kerana untuk memastikan bau perfume tahan lama, tempat yang disembur tidak boleh disentuh atau digosok pemakai kena tunggu sampai perfume itu kering sendiri hingga meresap dalam kulit. Bila anda gosok, bauan 'top note' dan middle note' akan hilang, jadi yang tinggal kat kulit anda cuma lah bauan 'base note'.

 Cara Pemakaian Minyak Wangi Supaya Tahan Lebih Lama 

1.  Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian

Ada beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian terutama jenis EDP. Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.




2. Di bahagian mana saya perlu menyembur minyak wangi saya?

Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi anda adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.





3. Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok

Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama.

4. Lembapkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi


Tahukan anda bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.



No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca