Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Contoh Koleksi Ucapan SMS Hari Raya Idul Fitri

Assalamualaikum....

Berikut adalah contoh dari ucapan Hari Raya Idul Fitri atau Lebaran yang dikumpulkan dari berbagai sumber di media internet. Semoga beberapa contoh ucapan Hari Raya Idul Fitri atau Lebaran diatas dapat menjadi inspirasi bagi anda untuk membuat ucapan Hari Raya yang lebih kreatif lagi.

Tahukah Anda Perkara-Perkara Makruh Ketika Berpuasa



1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari. 
Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda: Maksudnya:

"Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat." ( Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)-

2. Merasa Makanan dengan lidah

Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum. Hukumnya makruh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi. Abbas r.a berkata: Maksudnya:
"Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah)-

3.Berbekam
Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut. Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :
"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa" (Hadis riwayat Bukhari)

4.Berkumur secara berlebihan

Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik. 
Berdasarkan hadith : 
"Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa. ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)

5.Terlalu kerap mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.



 

Tahukah Hikmah Puasa di Bulan Ramadhan

Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."


Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
                        Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca