Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Kelebihan simpanan tabung haji yang anda tidak ketahui selama ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda menyimpan wang simpanan di dalam Buku Akaun ASB atau Buku Akaun Simpanan Tabung Haji? Pada pendapat anda mana lagi bagus? Menyimpan di dalam ASB atau Tabung Haji?

 Pada tahun lepas iaitu 2012, Tabung Haji telah memberikan 6.5% bonus tahunan dan 1.5% bonus khas kepada pendeposit mereka. Walaupun tak sebesar jumlah anda boleh dapat jika simpan di dalam ASB, tetapi Tabung Haji? ada kelebihan tersendiri yang mampu menyaingi ASB.

Prestasi Dividen Simpanan di Tabung Haji :-

* 1998: 8.00,
* 1999: 8.00,
* 2000: 5.50,
* 2001: 3.25,
* 2002: 3.50,
* 2003: 4.00,
* 2004: 4.30,
* 2005: 4.50,
* 2006: 4.75,
* 2007: 5.00, Bonus=2.00,
* 2008: 5.00,
* 2009: 5.00,
* 2010: 5.50,
* 2011: 6.00,
* 2012: 8.00,



Berikut adalah 7 kelebihan dan faedah menyimpan di Tabung Haji yang anda patut tahu sebelum menyimpan di dalam Tabung Haji:

Kelebihan menyimpan di Tabung Haji:-
  •     Berlandaskan syariah Islam
  •     Suci
  •     Dividen kompetitif
  •     Zakat Perniagaan dibayar
  •     Dikecualikan cukai
  •     Dijamin oleh kerajaan
  •     Pengeluaran tanpa had
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pendeposit yang berurusan di kaunter Tabung Haji  adalah :
a) Pembukaan Ahli Baru

  •     Simpanan permulaan RM2.00
  •     Dokumen pengenalan diri yang sah
  •     Akaun Dewasa
  •     Berumur 12 tahun ke atas
  •     Akaun Kanak-Kanak :-
  1.         Di bawah umur 12 tahun mengikut tarikh lahir
  2.         Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
  3.         Penjaga adalah pendeposit TH
  4.         Penjaga perlu membawa sijil lahir / MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/bapa tiri)

b) Simpanan ( Tiada Had Simpanan)
  •     Tunai dalam Ringgit Malaysia (RM)
  •     Bukan Tunai - Cek, Bank Draft, Bankers' Check

c) Pengeluaran wang simpanan
  •     Had maksimum tunai RM10,000 tunai sahaja
  •     Had pengeluaran melebihi RM10,000 boleh dilakukan di TH Negeri dan Ibu Pejabat TH sahaja   

d) Pendaftaran Haji

Pendaftaran haji terbahagi kepada Pendaftaran Haji Di Dalam Negara dan Pendaftaran Haji Di Luar Negara.

Untuk mendaftar haji,
Pendeposit perlu mempunyai minima RM1,300 di dalam akaun, atau; Pendeposit yang mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00. Sila bawa bersama salinan penyata KWSP anda yang terkini ke kaunter untuk mendaftar haji. Sila rujuk Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan soalan lazim yang disediakan oleh KWSP dan sila rujuk laman web KWSP untuk maklumat lanjut.

 Kesimpulannya, marilah kita sama-sama  menabung di Tabung Haji,di samping tanam keinginan nak tunaikan rukun Islam,dpt jugak diniatkan membantu Tabung Haji utk membangunkan ekonomi umat Islam.secara amnya.

Mudahnya simpan duit tabung haji melalui Cimbclicks hanya RM0.50 setiap transaction

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa kita boleh transfer duit ke  Maybank2u tetapi pihak bank akan charge RM1.50 bagi setiap transaksi. Kali pertama saya cuba buat transaksi ini guna Maybank membuatkan saya cukup terkejut dengan kadar charge yang dikenakan.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca