Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Mudahnya simpan duit tabung haji melalui Cimbclicks hanya RM0.50 setiap transaction

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa kita boleh transfer duit ke  Maybank2u tetapi pihak bank akan charge RM1.50 bagi setiap transaksi. Kali pertama saya cuba buat transaksi ini guna Maybank membuatkan saya cukup terkejut dengan kadar charge yang dikenakan. Bayangkan jika 2 kali dalam sebulan kita simpan duit melalui cara ini...Maybank untung gila - gila punya .Cekik darah betul bank Maybank ini yea...

Semangat saya hendak transfer duit secara online ke Tabung Haji terus luntur. Hendak pergi sendiri ke Tabung Haji maklumlah alasan tiada masa dan kaunter Tabung haji selalu sesak menyebabkan semangat berkobar-kobar menabung di Tabung Haji terbantut seketika.Dapat pula majikan kita yang straight dan tidak cuka keluar waktu kerja atas urusan peribadi.Lagilah hasrat saya jadi terbantut terus.

Kita sebenarnya ada alternatif lain untuk transfer duit ke Tabung Haji secara online melalui Cimbclicks. Rupanya saya tidak tahu bahawa Bank CIMB pun tawar perkhidmatan yang serupa. Sebelum ini saya ada juga cuba godek punya godek nak transfer kat mana..puas cari tetapi tidak jumpa link.Memang tak jumpa la sebab pihak bank Cimb menyediakan perkhidmatan masukkan duit simpanan ke tabung haji melalui Pay Bills.tetapi kategori Goverment Agensi. Aduyaiiii....Dan yang paling saya teruja ialah Bank Cimb hanya charge RM0.50 untuk setiap transaction ini berbanding dengan charge Maybank2u sebanyak RM1.50 setiap transaksi.

Transaksi simpanan Tabung Haji melalui Cimbclicks online banyak kelebihannya seperti kita dapat menjimatkan masa ke bank,jimat duit minyak kereta, duit  parking kereta, menunggu dan terpaksa beratur lama.  Situasi beginilah yang menyebabkan kita cepat stress dan hilang semangat untuk simpan duit dekat Tabung Haji. Betul tak?

Paling penting sekali kita boleh disiplin diri untuk menyimpan tiap-tiap bulan. tanpa sebarang alasan tidak sempat nak pergi bank.Selain itu,kita boleh juga simpan duit Tabung Haji dekat ibubapa kita,anak-anak kita juga dengan syarakat kena tahu nombor akaun Tabung Haji dan no kad pengenalan.Kalau kita memang  komited hendak simpan tiap-tiap bulan di Tabung Haji, kita boleh Set Schedule Transaction maknanya setiap 1hb bank tolak sendiri dari akaun cimb terus ke akaun Tabung Haji..Mudah sangatkan..semua di hujung jari jer...Hahahaha

Cara-cara untuk membuat transasksi online cimbclickc ke Tabung Haji adalah seperti berikut :-

1. Klik dekat Pay button dan pilih Pay Bills



2. Mula-mula pilih seleck your account - savinng account
3. Klik  open billers categories dan pilih Government Agencies
4. Dalam senarai banyak-banyak cari Lembaga Tabung Haji 



5. Isi maklumat akaun Tabung Haji
6. Masukan  nombor IC anda
7. Jumlah duit yang hendak disimpan


8. Klik  request TAC nombor
7. Masukkan nombor TAC sehinggalah submit transaction sampai selesai





Plz share perkongsian ilmu bermanfaat ini kepada kawan-kawan anda ^_^


1 comment:

  1. Anonymous8:35 AM

    As Salam, terima kasih di atas perkongsian. Saya ingin bertanya, berapa lama tempoh masa untuk duit kita betul2 masuk dalam akaun Tabung Haji, selepas transaksi dari Cimbclicks? Terima kasih atas sebarang reply.

    ReplyDelete

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca