Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Beli Simkad Altel dan dapatkan tempoh masa aktif selama 365 hari


Nampaknya pemberian tempoh masa aktif yang panjang kepada pengguna mula menjangkiti telco di Malaysia. Jika sebelum ini telco Onexox menawarkan tempoh masa aktif percuma selama 850 hari ( 28 bulan) kepada semua pengguna Onexox yang baru. Strategi ini telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna. 

Kini Altel pula mengikuti strategi pemasaran yang serupa dengan menawarkan Extend 365 sah untuk pengguna baru di mana pengguna baru membeli SIM pek dan membuat tambah nilai untuk satu resit RM 50 dalam tempoh 30 hari, pelanggan akan menerima 365 hari secara percuma . Tambah nilai RM 50 akan dikenakan 6% GST. Tempoh sah laku akan dikira bermula dari tarikh anda membuat tambah nilai.



SOAL JAWAB UNTUK ALTEL 4G 365 HARI

  1. Adakah semua pelanggan baru prabayar Altel berhak untuk mendapatkan Extended Validity 365 hari dengan tambahan nilai tunggal pertama RM50 keatas dalam masa 30 hari dari pengaktifan? Ya. Semua pelanggan baru prabayar Altel akan menikmati Extended Validity 365 hariD engan tambah nilai tunggal pertama sebanyak RM50 ke atas dalam masa 30 hari bermula dari 15 October 2015.
  2. Adakah saya akan menerima Extended Validity 365 hari saya serta-merta selepas tambah nilai RM50 dalam masa 30 hari dari pengaktifan? Tidak, Extended Validity 365 hari akan diaktifkan dalam masa 7 hari dari hari anda melakukan tambah nilai RM50.
  3. Adakah saya akan dimaklumkan apabila saya menerima Extended Validity 365 hari? Ya, anda akan menerima pemberitahuan SMS berikut dan anda juga boleh lakukan semakan melalui USSD * 102 # > Pengurusan Akaun Bahasa Malaysia : RM0. T.kasih atas tambah nilai anda. Anda kini blh kekal berhubung dgn lanjutan tmph aktif krdt 365 hari. Sah hingga HH/BB/TTTT. Tertakluk T&S. Layari altel.my
  4. Adakah saya layak untuk mendapat Extended Validity 365 hari jika tambah nilai pertama saya adalah di bawah RM50 atau untuk jumlah tambah nilai terkumpul sebanyak RM50 ? Tidak , Extended Validity 365 hari HANYA sah untuk tambah nilai tunggal pertama sebanyak RM50 ke atas dalam masa 30 hari pertama pengaktifan.
  5. Selepas menerima Extended Validity 365 hari adakah saya masih perlu menambah nilai RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama seperti yang biasa dikenakan RM28 perkhidmatan lanjutan? Tidak. Anda tidak aperlu untuk menambah nilai RM30 dalam tempoh 6 bulan pertama untuk menikmati Extended Validity 365 hari.
  6. Jika saya telah menerima Extended Validity 365 hari, bolehkah saya boleh melanggan Extended Validity 365 pada harga RM28 ? Seperti dalam pra-syarat semasa , anda boleh melanggan Extended Validity RM28 selagi anda mempunyai kredit yang mencukupi dan tempoh sah laku semasa adalah kurang daripada 90 hari
  7. Adakah tambah nilai RM50 atau ke atas termasuk caj 6% GST? Tambah nilai tunggal minima RM50 tambah caj 6% GST. Jumlah yang perlu dibayar ialah RM53 (termasuk GST) .
  8. Bilakahkah tempoh sah laku 365 hari akan bermula? Tempoh sah laku 365 hari akan bermula dari tarikh sebenar tambah nilai tunggal sebanyak RM50 ke atas.   

Khasiat Susu Formula : Tuang Air Panas Dulu Baru Susu Formula, Cara Salah Bancuh Susu Anak.

Kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil dari umur sehari hingga ke usia 6 tahun, pembelian susu formula sudah menjadi satu rutin bulanan bagi ibubapa setiap kali dapat gaji.paling murah bagi setiap pek susu formula RM 23-26 bagi jenama ekonomi iaitu Dugro dan Dutch Lady.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca