Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Khasiat Susu Formula : Tuang Air Panas Dulu Baru Susu Formula, Cara Salah Bancuh Susu Anak.

Kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil dari umur sehari hingga ke usia 6 tahun, pembelian susu formula sudah menjadi satu rutin bulanan bagi ibubapa setiap kali dapat gaji.paling murah bagi setiap pek susu formula RM 23-26 bagi jenama ekonomi iaitu Dugro dan Dutch Lady.  

Rutin ini tidak terkecuali kepada admin kerana mempunyai 3 orang anak yang masih bergantung susu formula. Memang tidak dinafikan susu formula semakin mahal walaupun berat isi kandungannya sudah menjadi 900 gram dan tidak lagi 1 kg. Terima kasih kerajaan kerana sangat prihatin tentang masalah rakyat.

Setiap pek susu formula biasanya ada penerangan cara bancuhan susu.Namun tidak semua ibubapa membaca penerangan tersebuat.Jadi berlakukah kesilapan dalam cara yang betul membancuh susu formula.Admin adalah salah yang melakukan kesalahan ini.Selalunya admin akan buat cara di bawah ini:-
  1. Masukkan susu formula dalam botol.
  2. Tuang air panas.
  3. Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
  4. Goncang sehingga sebati
  5. Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah! 


Ini kerana air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celsius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu tersebut. Malah air yang terlampau panas juga akan bertindak balas dengan botol susu jika botol bukan bebas BPA yang mana   pengewapan yang berlaku mungkin akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.

Adalah sangat merugikan jika anak yang diberi minum susu formula apatah lagi yang mahal tapi tidak mendapat apa-apa khasiat. Rugi bukan? Susu dahlah mahal tapi tak dapat khasiat yang sepatutnya.


 
Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu :-

1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.


2. kemudian tuangkan  sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam.

3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.


Sekian.





No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca