Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Berjaya beli Tilam Hotel Jenama Dreamland harga murah dari pasaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hujung tahun ini banyak pula idea nak post dalam blog.Kali ini post admin adalah pasal tilam.Last admin beli tilam kelamin masa kawin dulu iaitu tahun 2006 di Court Mamonth dengan harga RM 400-500 macam tulah.Jenama tilam KingKoil jenis tilam spring.

Namun sejak 1-2 tahun kebelakangan ini admin hilang keselesaan nikmat tidur.Mungkin tilam admin sudah mencapai masanya untuk ditukar. Pengalaman tidur di hotel dengan rasa tilam yang empuk,lembut dan selesa memberikan inspirasi kepada admin untuk mencari tilam yang digunakan di hotel.Ditambah pula dengan rasa sakit belakang setiap kali bangun tidur menguatkan alasan untuk membeli tilam baru.

Hasil carian terdapat ramai penjual yang menjual tilam hotel termasuk tilam hotel terpakai. tetapi alang alang pakai biarlah yang tilam baru kan.Hasil carian admin boleh  dapat harga RM 850 bagi tilam hotel jenama Dreamland.Harga Tilam Chirotel Hotel by Dreamland jenis saiz Queen (asal RM 2097) dengan tebal Tilam 9.5 inci dan jaminan warranty 10 tahun.Tilam jenis ini kebanyakkan digunakan oleh hotel di Malaysia bagi bilik Deluxe ataupun standart.

 APA YANG DIGEMBAR GEMBURKAN BESTNYA TILAM HOTEL INI?

1. Tentunya kualiti. Bayangkan nikmat tidur atas tilam empuk di hotel kini boleh dirasai tilam hotel di rumah sahaja. 


2. Kebanyakan Tilam keluaran Dreamland menggunakan spring teknologi Miracoil yang sangat bagus untuk support tulang belakang di samping keselesaan yang berpanjangan.

3. Jaminan kualiti tilam pada ketahanan spring dengan warranty selama 10 tahun!

4. Kestabilan Thepresa Spring (jika pasangan turun katil,kita x rasa goyang dan x effect apa2)

5. Resapan haba. Tidur di tilam hotel ini tidak akan panas tidak seperti kebanyakan tilam lain.

6. Pastinya harga mampu milik, yang amat bersesuaian dengan bajet anda.

7. Tilam adalah BARU fresh dari kilang bukan tilam terpakai.



Bagaimana cara admin beli  tilam Dreamland? 

Macam biasalah admin guna carian google.Pada awalnya admin dapat WhatApps nombor telefon en Safa iaitu pemilik website tilamhotel.com namun maklumbalas diberikan agak lambat kerana dimaklumkan penama sibuk dengan karnival MAHA 2016. Jadi admin terpaksa cari alternatif seller,admin terjumpa satu artikel suratkhabar sinarharian online tentang jual tilam hotel iaitu Pengusaha perniagaan Tilam Hotel Online by Venezia Suite.

Tilam-Hotel-Online-by-Venezia-Suite


Admin terus dapatkan nombor telefon dan berwhatsapp dengan Pn Adilah iaitu pegawai pemasaran Venezia Suite.Penama beri respon yang baik dengan soalan2 admin dengan pelbagai cadangan tilam,cadar,bantal dll.Memang hebatlah Pn Adilah punya penerangan.

Jadi admin tempahlah tilam Chirotel dengan pembayaran online RM 850.00 + kos penghantaran RM 90 + beli bantal pada hari Sabtu dan dimaklumkan pihak Venezia Suite akan key in order pada hari isnin (waktu hari bekerja). Korang tau tilam yang admin order sampai bila ??? Mana admin tak marah, hari rabu lori Dreamland sudah ada depan rumah.Laju tahap gaban service pihak Dreamland nih.Memang terbaik....TQVM  Venezia Suite.

Memandangkan katil asal admin jenis besi.Admin terpaksa beli papan playwood untuk alas tilam.Takut gak rosak spring tilam.Bagaimana rasa tilam baru ni? Perghhhhh....sukar digambarkan.Tilam rasa tinggi.kalo bergerak pun tak terasa.Tebal dan nyaman woooo....Tak sia-sia beli.

Bakal dapat imbuhan adsense yang sudah mencecah USD 100.20 pada Disember 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah admin panjatkan kesyukuran kepada yang maha Esa.Sejak berkecimpung dalam penulisan blog terutama pengiklanan adsense ini.Boleh dikatakan sejak 2-3 tahun kebelakangan ini blog admin menjana hasil dari pengiklanan Adsense.

Walaupun tidak sehebat blogger  yang menerima income adsense secara bulanan mencecah ribuan ringgit berbanding admin hanya menerima income adsense purata setahun sekali sahaja.Purata dalam RM 400 sekiranya dilihat pada nilai pertukaran mata wang asing.

Pada Julai 2015 admin telah menerima income dari adsense berjumlah USD 100.kali ini Disember 2016 iaitu perkiraan setahun 5 bulan barulah akaun adsense admin menceceah USD 100 untuk memboleh admin dapat merasai income sekali lagi.Walaupun pada target admin setahun sekali namun apakan daya,prestasi traffic dari satusatu blog admin tidak kosisten.Jadi admin redha je lah.Hahahaha..maklumlah benda ini side income sahaja.

Rekad pembayaran income adsense 2015
Tahun lepas admin menggunakan Western Union sebagai cara pembayaran.Tahun ini pun admin masih menggunakannya memandangkan ianya mudah dan tidak dikenakan caj yang mahal berbanding meggunakan pembayaran cek.

Tak sabar menantikan income setahun sekali dari adsense ini.Sesiapa ada blog dan mempunyai ramai follower seeloknya ambil peluang untuk jana pendapatan sampingan ini.

beli harga basikal senaman cardio ( 4 In 1 Air Strider ) bawah RM 750 di www.fitnessconcept.com.my

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Post kali ini admin nak berkongsi pengalaman baru-baru ini beli alat senaman di rumah.Sebelum ini admin memang mencari alat senaman di rumah yang boleh digunakan oleh seluruh keluarga admin.

Admin mencari basikal cardio yang memberi fokus pergerakkan badan, lengan dan kaki.Kalau basikal sahaja nampak macam membosankan kalau lama-lama.Tetapi basikal cardio ini lebih nampak pergerakan badan dan menghasilkan peluh dengan cepat.

Admin dah survey di internet contoh di Lazada boleh dapat harga RM 599 kalau basikal cardio.Memang murah kalau dibandingkan harga di kedai alat senaman seperti Takshima dan Gintell yang berharga ribuan ringgit.Namun admin memikirkan kesan jangka panjang jikau rosak susah untuk claim warranty.

Akhirnya admin terjumpa satu iklan basikal cardio iaitu 4 In 1 Air Strider dari website www.fitnessconcept.com.my yang menawarkan harga promosi RM 832 seunit bersama jaminan waranty setahun.Jadi admin pun telepon cawangan fitnessconcept Taiping dan bercakap dengan Mr Albert bagi mengetahui masih ada stok atau tidak.Kebetulan pulak masa itu kalau pembayaran melalui kad kredit maybank akan dapat 10% diskaun.Bagai pucuk dicita ulam mendatang....hehehehe penjimatan yang hebat.So dapatlah harga dalam RM 749.00

Menurut Mr Albert bagi kos penghantaran akan dikenakan  sebanyak RM 150 bagi setiap pembelian namun kalau alat senaman ini dapat muat dalam kereta maka tak perlu bayar kos penghantaran.Alhamdulillah basikal cardio ini muat dalam kereta wira admin.Jimat lagi duit admin RM 150.Huhuhuhu..

Cara penggunaan basika cardio


Admin bersama adik ipar ke Aeon Mall Taiping dan berjumpa dengan Mr Albert.Selesai pembayaran dilakukan dan pemasangan mengambil masa satu jam.Mr Albert membantu membawa basikal cardio ke kereta admin.Basikal cardo berjaya sampai rumah dan diletakkan dalam bilik stor.

Alhamdullah sambutan terhadap penggunaan basikal cardio amat menggalakkan dari orang rumah admin dan juga anak-anak admin.Cuma admin je belum berkesempatan nak menggunakannya.Mungkin belum sampai seru lagi kot walaupun badan tahap obisiti tahap 3.Hahahahaha. 

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca