Hujung tahun ini banyak pula idea nak post dalam blog.Kali ini post admin adalah pasal tilam.Last admin beli tilam kelamin masa kawin dulu iaitu tahun 2006 di Court Mamonth dengan harga RM 400-500 macam tulah.Jenama tilam KingKoil jenis tilam spring.
Namun sejak 1-2 tahun kebelakangan ini admin hilang keselesaan nikmat tidur.Mungkin tilam admin sudah mencapai masanya untuk ditukar. Pengalaman tidur di hotel dengan rasa tilam yang empuk,lembut dan selesa memberikan inspirasi kepada admin untuk mencari tilam yang digunakan di hotel.Ditambah pula dengan rasa sakit belakang setiap kali bangun tidur menguatkan alasan untuk membeli tilam baru.
Hasil carian terdapat ramai penjual yang menjual tilam hotel termasuk tilam hotel terpakai. tetapi alang alang pakai biarlah yang tilam baru kan.Hasil carian admin boleh dapat harga RM 850 bagi tilam hotel jenama Dreamland.Harga Tilam Chirotel Hotel by Dreamland jenis saiz Queen (asal RM 2097) dengan tebal Tilam 9.5 inci dan jaminan warranty 10 tahun.Tilam jenis ini kebanyakkan digunakan oleh hotel di Malaysia bagi bilik Deluxe ataupun standart.
APA YANG DIGEMBAR GEMBURKAN BESTNYA TILAM HOTEL INI?
1. Tentunya kualiti. Bayangkan nikmat tidur atas tilam empuk di hotel kini boleh dirasai tilam hotel di rumah sahaja.
2. Kebanyakan Tilam keluaran Dreamland menggunakan spring teknologi Miracoil yang sangat bagus untuk support tulang belakang di samping keselesaan yang berpanjangan.
3. Jaminan kualiti tilam pada ketahanan spring dengan warranty selama 10 tahun!
4. Kestabilan Thepresa Spring (jika pasangan turun katil,kita x rasa goyang dan x effect apa2)
5. Resapan haba. Tidur di tilam hotel ini tidak akan panas tidak seperti kebanyakan tilam lain.
6. Pastinya harga mampu milik, yang amat bersesuaian dengan bajet anda.
7. Tilam adalah BARU fresh dari kilang bukan tilam terpakai.
Bagaimana cara admin beli tilam Dreamland?
Macam biasalah admin guna carian google.Pada awalnya admin dapat WhatApps nombor telefon en Safa iaitu pemilik website tilamhotel.com namun maklumbalas diberikan agak lambat kerana dimaklumkan penama sibuk dengan karnival MAHA 2016. Jadi admin terpaksa cari alternatif seller,admin terjumpa satu artikel suratkhabar sinarharian online tentang jual tilam hotel iaitu Pengusaha perniagaan Tilam Hotel Online by Venezia Suite.
Tilam-Hotel-Online-by-Venezia-Suite |
Admin terus dapatkan nombor telefon dan berwhatsapp dengan Pn Adilah iaitu pegawai pemasaran Venezia Suite.Penama beri respon yang baik dengan soalan2 admin dengan pelbagai cadangan tilam,cadar,bantal dll.Memang hebatlah Pn Adilah punya penerangan.
Jadi admin tempahlah tilam Chirotel dengan pembayaran online RM 850.00 + kos penghantaran RM 90 + beli bantal pada hari Sabtu dan dimaklumkan pihak Venezia Suite akan key in order pada hari isnin (waktu hari bekerja). Korang tau tilam yang admin order sampai bila ??? Mana admin tak marah, hari rabu lori Dreamland sudah ada depan rumah.Laju tahap gaban service pihak Dreamland nih.Memang terbaik....TQVM Venezia Suite.
Memandangkan katil asal admin jenis besi.Admin terpaksa beli papan playwood untuk alas tilam.Takut gak rosak spring tilam.Bagaimana rasa tilam baru ni? Perghhhhh....sukar digambarkan.Tilam rasa tinggi.kalo bergerak pun tak terasa.Tebal dan nyaman woooo....Tak sia-sia beli.
No comments:
Post a Comment