Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Huawei Honor 4X berharga RM582 tidak termasuk GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak mengejutkan apabila harga pada awalnya adalah RM699 dan mendapat reaksi yg bercampur campur oleh pengguna Huawei yang dikatakan agak mahal dari Redmi Note 4G walaupun spefikasi hampir sama. Namun Huawei Honor 4X   boleh didapati bermula 1 April ini pada harga terbaru RM619 termasuk cukai GST hanya untuk 3000 unit sahaja.

Berat Susu tepung formula Dutch Lady 1 kg ke 900 gram dengan pek berwajah baru sempena GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terus terang cakap, admin pernah melalui situasi ini pada susu formula Dugro.Nampaknya kehadiran GST disambut oleh pihak Dutch Lady mengurangkan berat susu formula mereka dengan pek berwajah baru.

Pada admin di mana rasionalnya meghabiskan wang untuk mereka cipta corak baru pada pek pembungkusan susu formula  jika kos reka cipta itu terpaksa diserap kepada pengguna.Akhirnya pengguna terpaksa membelinya dengan berat yang dikurangkan.Sedangkan pengguna rasa tiada manafaat atau satu kebaikan pun pembungkusan baru itu.

Sebelum ini admin biasa beli susu dutch lady dengan harga promosi RM 21.90 -22.90 dengan berat 1 kg. Memandangkan anak-anak admin boleh minum susu dutch ladu ataupun dugro tanpa sebarang masalah,jadi admin akan bertukar jenama susu mengikut prmosi yang mana lebih murah. Jika susu Dugro lebih murah walaupun beratnya sedah lama 900 gram admin akan tetap membelinya jika susu dutch lady pada waktu itu berharga RM 24.90-28.90.



Nampaknya makin bertambah bebanlah rakyat Malaysia terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih memerlukan susu formula dalam proses pembesaran mereka. Admin tak tahu bagaimana pihak kerajaan menangani masalah kenaikan harga susu formula ini.

Seolah-olah kerajaan tidak melakukan sesuatu tentang hal ini walaupun rungutan orang ramai tentang susu formula semakin mahal. Janganlah sampai rakyat Malaysia terutama orang miskin dan berpendapatan rendah terpaksa menukar kepada susu lemak manis untuk anak mereka. Jadilah kerajaan prihatin sikit.

Admin rindukan harga lama susu dutch lady






Berbaloikah upgrade Huawei Honor 3C ke Huawei Honor 4X

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini,admin dalam keadaan teruja menantikan Huawei  melancarkan Honor 4X secara rasmi di Malaysia. Honor 4X adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan daripada Honor Huawei.

Telefon pintar ini disasarkan untuk pengguna yang inginkan telefon pintar pada harga mampu milik. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 620. Ia hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada resolusi 720p, dan turut disertakan adalah kamera hadapan 5-megapixel dan kamera belakang 13-megapixel.

Ia turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan hadir dengan pilihan memori sama ada 1GB RAM ataupun 2GB RAM. Honor 4X ini  ditawarkan di pasaran China  di mana versi 1GB ditawarkan pada harga 799 Yuan (~RM450) sementara versi 2GB pada harga 999 Yuan (~RM563).Jika dilihat pada spesifikasi Honor 4X, ia adalah saingan rapat kepada Xiaomi Redmi Note 4G yang berharga dalam RM589 (sebelum harga GST).

Sekarang ini admin menggunakan Huawei Honor 3C sebagai handphone utama untuk kegunaan panggilan dan surfing internet. Secara amnya, saiz skrin 5 inci dilihat sudah memadai untuk surfing namun ianya agak kurang selesa berbanding menggunakan skrin saiz phablet iaitu 5.5 inci. Walaupun handphone Honor 3C admin masih lagi dalam warranty, admin melihat Honor 4X ini sesuatu yang sukar dilepaskan jika harganya di bawah RM 600.Namun GST pada April ini akan menyebabkan harganya menjadi mahal melainkan Huawei Malaysia dapat memberikan harga lebih rendah bagi memberi saingan kepada Redmi Note 4G.

Apa yang pasti, kelebihan Honor 4X mengatasi Honor 3C dari kaca mata admin adalah seperti berikut ;-

1) Saiz skrin   5.5. inci

2) Menggunakan android KitKat

3) Rear camera 13 mp (mengunakan teknologi lens sama dengan Honor 6)

4) Kedudukan speaker


Adakah dengan 4 kelebihan ini akan membuatkan admin terjebak dengan Honor 4x? Sama-sama kita saksikan pada bulan April 2015 nanti.

Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) tawar pakej internet RM 17 sebulan kuota 1 GB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) diperkenalkan keapda rakyat Malaysia merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.Produk itu akan mewujudkan rangkaian kedai milik bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi golongan itu.

SR1M merupakan alternatif bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,Pek permulaan SR1M dijual pada harga RM5.90 dengan kredit percuma sebanyak RM5 dan 150 megabait akses internet.Pengguna akan dikenakan caj sebanyak 8 sen bagi setiap 30 saat perbualan, SMS 8 sen, dan 5 sen bagi setiap megabait data internet yang dimuat turun. SR1M diusahakan oleh syarikat Optic Tech Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan U-Mobile Sdn. Bhd (UMobile)


Ciri-ciri SR1M

1. Tiada Pelan, Tiada Komitmen

Kadar rendah SR1M

Tidak perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang ditawarkan.

2. Kadar Rata Ke Seluruh Negara

Nikmati kadar rata panggilan ke seluruh negara bersama 20% rebat kredit untuk setiap isian semula dari pengedar berdaftar SR1M.

3. Kualiti Liputan & Rangkaian

SR1M menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal rangkaian sedia ada.

Panduan Pengguna SR1M

1. Cara menambah nilai SR1M

Tambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih.

Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

2. Cara memeriksa baki SR1M

Anda boleh memeriksa baki dengan menekan *126# dan kemudian tekan butang panggil.

3. Nombor USSD

*126# dan tekan butang panggil untuk Pertanyaan Baki.
*129# dan tekan butang panggil untuk Menu Pengguna.

4. Khidmat pelanggan

Hubungi talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M.

Sumber: SR1M.com.my

Mesmerize For Men Perfume terbaik dari Avon sudah kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru baru ini admin ke butik Avon sebab nak hadiahkan sesuatu untuk yang tersayang. Belek punya belek punya belek dalam katalog terbaru.Tiba tiba mata admin terperasan sesuatu yang menarik pandangan mata yang di atas meja kaunter.Botol biru dengan tulisan emas dengan penutup botol emas.

Pengeluaran tunai menggunakan MEPS dari mesin ATM Bank dikenakan GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin adalah salah pengguna tetap CIMB Bank. Memandangkan pelaksanaan cukai GST tidak lama lagi di mana ianya akan memacu ekonomi negara. Adalah menjadi kesedaran  bagi admin bahawa setiap pengeluaran tunai di mana mesin ATM selain bank CIM akan dikenakan caj sebanyak RM 1.00

Bahawasanya admin cukup teruja abila pihak CIMB  mengumumkan yuran MEPS yang dikenakan ke atas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM Bank lain akan dinaikkan berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST) bermula 1 April ini.

Menurut kenyataan dalam laman CIMB Malaysia, cukai GST yang dikutip akan diremit oleh MEPS kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. “Bermula 1 April 2015, yuran MEPS dikenakan ke atas pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB dari mesin ATM bank lain berjumlah 6 sen kepada RM1.06 (termasuk cukai GST). “Pengeluaran tunai menggunakan kad ATM CIMB di mesin ATM CIMB masih percuma,” kata kenyataan itu.





Kesimpulannya,cukai GST memang tidak dinafikan memacu ekonomi negara seperti yang diwar-warkan di media elektronik.

Dalam Kenangan : Harun Salim Bachik meninggal dunia 1959 - 2015

Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia pada 8hb Mac 2015 selepas rebah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah, Perak dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan di Pulau Pinang sebelum berhenti di hentian berkenaan.

Anak lelakinya iaitu Hakeem Sofi dikatakan menemani ayahnya yang berasa penat untuk ke tandas di R&R itu.Sebaik memasuki tandas di sebuah stesen minyak di R&R berkenaan, ayahnya mula tercungap-cungap sebelum tiba-tiba rebah di atas lantai tandas.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak.
Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an dan sitkom bersiri Gado Allahyarham pernah menjadi Presiden Seniman pada tahun 2010/2011.

Beliau adalah anak kepada pelakon zaman 50-an, Salim Bachik.

INFO

Nyanyian - Album Belilah dengan lagu popular Banjir.

Filem - Man Laksa, Baik Punya Cilok, Cuci, Apa Kata Hati?, Setem, Papadom, My Spy, Duhai Si Pari-Pari, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Kapoww!!, Aku Bukan Tomboy, Hoore! Hoore! dan Jalan Kembali: Bohsia 2; SAM: Saya Amat Mencintaimu, Tolong, Awek Aku Pontianak, Lawak Ke Der?, Bikers Kental, KI, Lemak Kampung Santan, Abang Long Fadil dan Lelaki Harapan Dunia.


My8vertsing.blogspot.com merakamkan ucapan takziah dan moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

 Al-Fatihah.

mulut kanak-kanak penuh dengan ulser akibat jangkitan penyakit Kuku, Kaki dan Mulut (Hands, Mouth, Foot Disease)

Pernah anak anda mengalami demam panas. Dari anak anda suka berceloteh menjadi seorang yang pendiam, cerewet dan sering menangis. Air liurnya meleleh dan dia tidak berselera untuk makan serta minum.Tidak mahu bercakap atau hanya mengeluarkan bunyi sahaja.

Keadaan tersebut mungkin merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga. Bagaimanapun, salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus  commonly from Coxsackie virus. Virus ini tinggal di dalam salur penghadaman dan boleh disebarkan dari seorang pesakit ke pesakit lain melalui sentuhan tangan, permukaan yang terkena najis, saliva, hingus dan mucus.Kesakitan dari sakit ulser ni akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk sembuh sepenuhnya dan juga biasanya bila ia sudah sembuh, tidak meninggalkan parut.

Kebiasaanya kanak-kanak berusia 1-4 tahun lebih mudah dijangkiti. Maka sekiranya anak anda dijangkiti virus ini, maka perlu maklumkan pusat jagaan anak atau sekolah nya supaya proses sanitasi dapat dilakukan.
Kebiasaannya akan kelihatan luka atau tanda kemerahan di tangan, kaki dan juga di dalam mulut yang kita sering panggil sebagai ulser mulut. Apabila berlakunya ulser di dalam mulut, biasanya anak akan sukar untuk makan dan minum. 


Sekiranya anak tidak mahu makan atau minum, dan sudah mula keletihan atau lesu dan kelihatan dehydrated, mungkin perlu dimasukkan cecair melalui IV drip. Bawa mereka ke Hospital atau klinik yang berdekatan untuk dihidrasi.
 Apa yang Boleh Anda Lakukan

Ulser mulut cepat sembuh, biasanya dalam tempoh satu atau dua minggu tanpa sebarang rawatan. Namun, jika anak anda amat terganggu dengan kesakitannya yang pedih, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan anak anda dan mempercepat penyembuhan.

Pilih makanan yang sesuai

• Elakkan daripada memberi anak anda makanan yang keras, besar potongannya, makanan atau minuman yang sangat panas, makanan masin atau pedas, atau yang berasid (seperti jus oren).
• Beri makanan yang lembut (seperti yogurt, kastard) yang tidak menambah kesakitan.
• Pastikan si manja anda minum banyak air.

Cara Melegakan kesakitan akibat ulcer

• Biarkan dia menghisap ais atau ais krim.
• Sapu gel mulut untuk melegakan kesakitan pada bahagian yang berulser..



Untuk ulser dalam mulut, prescribed ubat yang berkesan untuk melegakan ulser mulut dari jenama Aloclair. Ubat ini bertindak sebagai “bius sementara” bila di sembur ke ulser di dalam mulut..



Promosi nombor baru onexox prepaid 010 XOX 6213,010 XOX 5951,010 XOX 5671,010 XOX 7397,010 XOX 9029,010 XOX 8305

Kekal nom lama @ Nom baru Onexox
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sapa yang berminat nombor baru Onexox.RM10 sahaja dengan kredit sedia ada RM5.00 Akan tetapi untuk melayakan anda dapat tempoh masa 28 bulan anda kena topup RM50 sekaligus dlm tempoh 30 hari simkad diaktifkan.

Pihak Onexox akan lanjutkan tempoh masa aktif nombor baru anda bukan 2 bulan, bukan juga 3 bulan TETAPI 28 bulan (2 tahun 4bulan).Jangan risau topup RM50 tadi tak burn.

Nak bertukar ke onexox tp masih sayangkan nombor lama? Jgn risau nak kekal nombor lama/kesayangan sama ada postpaid @ prepaid pun boleh diatur semudah ABC.

Tak payah risau dah nak topup minggu2/bulan2 utk lanjutkan tempoh aktif.Anda dapat 2 tahun 4 bulan masa aktif.ikut suka nak topup bila sepanjang tempoh tersebut.Berbaloi tak? PM saya okay...jika nak simkad terlaaajakk jimat.

Promosi simkad nombor baru onexox prepaid untuk dilepaskan.

010 XOX 6213
010 XOX 5951
010 XOX 5671
010 XOX 7397
010 XOX 9029
010 XOX 8305


Paling best, Anda berpeluang jana pendapatan melalui UGU (user get user) dgn ganjaran 5% setiap kali kawan anda topup.Bayangkan jika ibubapa,adik beradik,saudara mara,sahabat handai yg sertai onexox melalui anda.Sudah pasti free topup setiap bulanan bakal anda nikmati.



Bayang topup free masuk setiap bulan jika seramai 20 org join onexox melalui anda.

20 org x RM50(topup mrk setiap bulan) = RM1000
Ganjaran anda dpt 5% x RM1000 = RM50 √
Ganjaran ini akan anda dpt selagi rakan2 anda masih topup setiap bulan.

Bagaimana nak sertai..hanya dgn menjadi warga onexox.Tak mahal pun.RM10 saja simkad

Berminat?

Wassap Fadzlil 019 546 4747

Onexox Prepaid bantu anda dapatkan duit topup bulanan secara percuma melalui UGU (User Get User)

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Kebanyakan drpd kita selalu merungut apabila berlaku kenaikan harga barangan keperluan. Tetapi tidak ramai yang mahu mengambil peluang apabila ada ruang untuk menjimatkan perbelanjaan barangan keperluan kita.

Di sini saya ingin guide anda bagaimana utk menjimatkan perbelanjaan penggunaan telefon anda.Caranya adalah dengan menjadi pengguna pelan prabayar ONEXOX.Anda boleh pilih sama ada ingin membeli nombor baru ONEXOX atau menukarkan rangkaian untuk nombor sedia ada anda kepada ONEXOX.Kos untuk menjadi pengguna ONEXOX ialah RM10 sahaja.


Sekiranya anda mengesyorkan pengguna lain untuk berjimat dengan simkad ONEXOX, anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk top-up PERCUMA atau TUNAI setiap bulan.



Syarat- Syarat UGU ?

TERMA & SYARAT:

– Program ini dibuka kepada pelanggan ONEXOX sahaja.
– Setiap pelanggan layak untuk melantik seberapa ramai kenalan tanpa ada had yang ditetapkan.
– Tiada yuran atau sebarang caj tambahan yang dikenakan.
– Pengguna perlu mendaftarkan kenalan mereka melalui PENGEDAR ONEXOX yang sah sahaja. 

Sila rujuk LOKASI PENGEDAR di http://www.onexox.my/  

GANJARAN:
– Ganjaran akan diberikan dalam bentuk RELOAD/TOPUP.
– Sebanyak 5% akan dikira sebagai ganjaran daripada jumlah reload yang dibuat oleh kenalan yang dicadangkan.
– Berdasarkan jumlah ringgit yang dipamerkan. cth: Jumlah ganjaran: RM28.90 akan dinilai RM28 sahaja.


Mekanisma Ganjaran:

1. 5% ganjaran keatas jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan melalui pengedar Sah ONEXOX atau mana-mana rangkaian pusat jualan tambah nilai yang diiktiraf oleh ONEXOX Sdn. Bhd. sahaja.

2. Ganjaran adalah berdasarkan kepada jumlah angka ringgit yang dipamerkan. Contoh:- Jumlah ganjaran RM28.90 akan dinilai RM28 sahaja.

3. Ganjaran terkumpul pada bulan semasa akan dilunaskan pada bulan berikutnya diantara 16-20 haribulan (hari bekerja).

4. Jumlah ganjaran dibawah RM50 akan dilunaskan dalam bentuk tambah nilai sahaja.

5. Jumlah ganjaran RM50 dan keatas akan dilunaskan dalam bentuk tunai ke akaun bank terpilih. Caj perbankan RM3 dikenakan bagi setiap transaksi.

6. Kemaskini maklumat perbankan: Daftar dan login ke Sahabat ONEXOX dan kemaskini maklumat perbankan. Account Manager -> View Profile -> Isi ruangan ‘Maklumat Perbankan’ -> klik ‘Kemaskini’

Berminat menjadi warga Onexox prepaid dan berjimat selama 2 tahun 4 bulan serta menjana income pasif setiap bulan?

Wassap saya 

Fadzlil 019 5464747

 

Cara ubati puting payu dara ibu terluka bertambah teruk kerana Nipple shield

Masalah puting payu dara ibu terluka selepas menyusukan bayi bukanlah perkara luar biasa. Namun kesakitan yang ditanggung sukar digambarkan. Sebahagian besar ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi mengalami masalah ini dan ianya juga tidak terkecuali bagi ibu yang mempunyai anak kedua ,ketiga dan keempat.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca