Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Berat Susu tepung formula Dutch Lady 1 kg ke 900 gram dengan pek berwajah baru sempena GST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terus terang cakap, admin pernah melalui situasi ini pada susu formula Dugro.Nampaknya kehadiran GST disambut oleh pihak Dutch Lady mengurangkan berat susu formula mereka dengan pek berwajah baru.

Pada admin di mana rasionalnya meghabiskan wang untuk mereka cipta corak baru pada pek pembungkusan susu formula  jika kos reka cipta itu terpaksa diserap kepada pengguna.Akhirnya pengguna terpaksa membelinya dengan berat yang dikurangkan.Sedangkan pengguna rasa tiada manafaat atau satu kebaikan pun pembungkusan baru itu.

Sebelum ini admin biasa beli susu dutch lady dengan harga promosi RM 21.90 -22.90 dengan berat 1 kg. Memandangkan anak-anak admin boleh minum susu dutch ladu ataupun dugro tanpa sebarang masalah,jadi admin akan bertukar jenama susu mengikut prmosi yang mana lebih murah. Jika susu Dugro lebih murah walaupun beratnya sedah lama 900 gram admin akan tetap membelinya jika susu dutch lady pada waktu itu berharga RM 24.90-28.90.



Nampaknya makin bertambah bebanlah rakyat Malaysia terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak yang masih memerlukan susu formula dalam proses pembesaran mereka. Admin tak tahu bagaimana pihak kerajaan menangani masalah kenaikan harga susu formula ini.

Seolah-olah kerajaan tidak melakukan sesuatu tentang hal ini walaupun rungutan orang ramai tentang susu formula semakin mahal. Janganlah sampai rakyat Malaysia terutama orang miskin dan berpendapatan rendah terpaksa menukar kepada susu lemak manis untuk anak mereka. Jadilah kerajaan prihatin sikit.

Admin rindukan harga lama susu dutch lady






No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca