Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) tawar pakej internet RM 17 sebulan kuota 1 GB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) diperkenalkan keapda rakyat Malaysia merupakan satu lagi inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.Produk itu akan mewujudkan rangkaian kedai milik bumiputera di dalam bidang telekomunikasi sejajar dengan dasar kerajaan dalam pemerkasaan ekonomi golongan itu.

SR1M merupakan alternatif bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana serta pelajar,Pek permulaan SR1M dijual pada harga RM5.90 dengan kredit percuma sebanyak RM5 dan 150 megabait akses internet.Pengguna akan dikenakan caj sebanyak 8 sen bagi setiap 30 saat perbualan, SMS 8 sen, dan 5 sen bagi setiap megabait data internet yang dimuat turun. SR1M diusahakan oleh syarikat Optic Tech Sdn. Bhd. yang bekerjasama dengan U-Mobile Sdn. Bhd (UMobile)


Ciri-ciri SR1M

1. Tiada Pelan, Tiada Komitmen

Kadar rendah SR1M

Tidak perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang ditawarkan.

2. Kadar Rata Ke Seluruh Negara

Nikmati kadar rata panggilan ke seluruh negara bersama 20% rebat kredit untuk setiap isian semula dari pengedar berdaftar SR1M.

3. Kualiti Liputan & Rangkaian

SR1M menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal rangkaian sedia ada.

Panduan Pengguna SR1M

1. Cara menambah nilai SR1M

Tambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih.

Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

2. Cara memeriksa baki SR1M

Anda boleh memeriksa baki dengan menekan *126# dan kemudian tekan butang panggil.

3. Nombor USSD

*126# dan tekan butang panggil untuk Pertanyaan Baki.
*129# dan tekan butang panggil untuk Menu Pengguna.

4. Khidmat pelanggan

Hubungi talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M.

Sumber: SR1M.com.my

No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca