Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Maxis Internet untuk sosial Chat plan VS Celcom Social Chat yang mana lebih berbaloi?

Plan mobile internet antara syarikat telekomunikasi manakah yang terbaik untuk pengguna internet khusus pada sosial media. Fokus admin hanya kepada syarikat Maxis dan Celcom  memandangkan admin merupakan pelanggan Celcom sejak azali lagi. Hahahahaha. 
Jadi yang mana lebih berbaloi dengan hanya berbekalkan topup RM 30 sama ada plan mana yang lebih menjimat untuk sosial media  dan surfing ?

Apa yang menarik pada pelan yang ditawarkan oleh Celcom adalah, pelan ini tiada tarikh luput dan ini bermaksud selagi anda tidak melepasi had kuota yang dibenarkan anda boleh menggunakanya bila-bila masa selagi tempoh kredit anda masih aktif.Dengan plan  internet asas percuma yang ditawarkan melalui pelan prabayar ini pengguna boleh menggunakan beberapa contoh aplikasi seperti Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web.

Kesimpulannya : Yang pasti topup admin akan berkurang setelah ditolak RM 10 bagi plan 150mb Data.Jangka hanya plan ini sehingga habis kuata digunakan atau sehingga tamat tempoh kredit.




Melihat Maxis turut menawarkan pakej Simkad Hotlink yang menawarkan internet asas dengan kelajuan 64/kbps secara percuma sepanjang hayat.Dengan internet asas percuma yang ditawarkan melalui pelan prabayar ini pengguna boleh menggunakan beberapa contoh aplikasi seperti Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif. .Bagi penggunaan yang memerlukan internet dengan kelajuan yang lebih tinggi, Maxis menawarkan kadar internet berkelajuan tinggi pada harga RM 1 sehari ( RM 30 sebulan bagi Internet 1GB).maklumat lanjut mengenai pelan ini disini

Ksimpulannya : Topup kredit admin ada 2 kemungkinan di sini iaitu pertama masih kekal kredit RM 30 jika tidak memilih sebarang data plan  internet seperti jadual di bawah dengan bergantung kepada internet percuma dengan kelajuan 64/kbps yang sudah cukup untuk media sosial.Kemungkinan kedua mungkin akan kredit topup admin tinggal RM 10 jika memilih plan data bulanan iaitu RM 20 bagi 350mb data.



Kesimpulannya di sini,pada hemat admin Maxis nampaknya memenangi dalam perbandingan ini.

Anda bersetuju ? Sila tinggalkan komen.



Hotlink Free Basic Internet Plan Lagi Berbaloi Dari Celcom Mobile Internet Plan ?

Setelah menggunakan plan Celcom Sosial Chat Pack bernilai RM 10 untuk 150MB internet nampaknya admin boleh menganggapkan bahawa ianya tidak berbaloi seperti yang disangka.Ini adalah kerana admin terpaksa membelanjakan 2 X bayar untuk mendapatkan internet + panggilan dan SMS. Admin terpaksa berjimat cermat dalam surfing disebabkan kuota tadi.

Yang lama punya iklan
Yang Terbaru dari Celcom

Admin sebagai contoh topup RM 30 untuk tempoh airtime selama 30 hari bagi panggilan dan SMS.Kemudian admin pula melangggan plan Celcom Mobile Plan sebanyak RM 10 bagi 150MB kuota data untuk surfing, media chat dan lain-lain.Baki yang tinggal RM 20 untuk masa panggilan dan SMS.So di situ admin melihat kelemahan plan Celcom ini kepada pengguna tegar khususnya golongan belia dan remaja yang memerlukan 24/7  internet untuk media sosial chat..

Manakala plan Maxis pula sebaliknya,plan Maxis sekarang internet diberi secara percuma di mana kita boleh layari internet sepanjang hari dengan plan Hotlink yang menawarkan internet asas percuma atau dikenali #Hotlink Free Basic Internet. Nampaknya Maxis melihat golongan belia dan remaja terhadap media sosial chat yang dianggap sebagai satu keperluan namun mereka mempunyai kekangan dari segi kewangan untuk terus online.


Pelan Hotlink Free Basic Internet adalah plan internet asas percuma pada kelajuan 64Kbps, selagi pelan prabayar pelanggan kekal aktif. Beberapa contoh aplikasi yang pelanggan boleh nikmati dengan internet asas termasuk Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif.manakala kadar rata dikenakan ialah 12 sen selama 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk SMS ke semua rangkaian.Bagi mendapatkan kelajuan lebih tinggi, pelan itu mengenakan caj RM1 sehari atau RM30 sebulan untuk data 1GB.

Ksimpulannya,admin melihat Maxis mampu menyediakan internet free basic untuk penggunaan kelajuan 64kbps untuk memadai untuk urusan media sosial adalah satu-satu yang ditunggu oleh semua.Adalah malang jika Celcom tidak melakukan strategi marketing yang lebih baik pada masa terdekat ini seperti mana Maxis rencanakan untuk pengguna setianya.

BB Cream Vs Foundation Cream.Mana yang lebih baik untuk wajah yang sempurna.

Bermacam jenis produk kecantikan yang ada di pasaran. Banyak jenama yang menawarkan pelbagai jenis dan fungsi foundation, tak kurang juga jenama-jenama dari Korea yang mula meletup-letup dengn produk mereka BB CREAM. Jadi, apa beza kedua-dua produk ni? Krim Foundation adalah krim yang dipakai untuk menyeragamkan kompleksi warna kulit sebelum mengenakan solekan dan bedak padat dan adakala digunakan untuk menggelapkan atau mencerahkan warna kulit asal wajah.


BB Cream atau nama asalnya Blemish Balm Cream adalah produk yang telah mula-mula diperkenalkan di Asia ( Korea Utara )  dan formula untuk krim ini dikatakan berasal dari Jerman dan digunakan untuk menghilangkan parut selepas melakukan pembedahan wajah atau kulit. Ia mula mula dipakai oleh pelakon popular Korea Selatan dan sekarang ini popular di negara lain seperti di Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Perbezaan antara BB Cream dan juga krim cecair asas ( Foundation ) :

1. Liputan ( Coverage )
krim BB memberi perlindungan kurang daripada krim foundation dan juga ianya lebih cair dan tidak tebal. Bagi anda yang kurang gemar memakai mekap tetapi mahukan kulit yang sekata, anda boleh memakai krim BB.

2. Faedah penjagaan kulit
krim BB mungkin menyediakan lebih banyak faedah penjagaan kulit, biasanya dengan tambahan bahan-bahan tertentu untuk  menghidrat atau membaiki kulit anda manakala krim asas cecair adalah hanya untuk dipakai sebelum mengenakan solekan. Biasanya krim BB disertakan dengan sunblock, pemutih wajah, ataupun pelembap.

3. Warna
krim BB mempunyai julat warna yang sangat terhad , biasanya 1 atau 2 warna – yang berada dalam pelbagai warna natural – NC25 dan ke bawah. Krim cecair asas ( foundation ) cenderung untuk mempunyai 5 hingga 10 warn. Anda juga perlu berhati-hati dengan undertones krim BB yang cenderung untuk menjadi merah jambu dan bukannya kuning yang boleh membuatkan warna kulit anda nampak kelabu atau ashy.

4. Penggunaan
krim BB adalah yang terbaik digunakan dengan jari anda. Hanya titik sedikit produk di seluruh muka dan tepuk produk ke dalam kulit dengan jari anda sehingga anda mempunyai kulit wajah yang sempurna. Cecair asas boleh digunakan dengan berus stippling, paddle brush, atau jari anda sendiri.

Celcom Internet Prepaid Untuk Sosial Media Serendah RM 5 tanpa had masa memang berbaloi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin sebenarnya tercari-cari plan internet yang tidak membebankan kerena sebelum ini guna plan celcom internet prepaid RM 25 sebulan namun tidak mampu bagi koitmen bulanan sehinggakan sim kad itu expired. Kebiasaanya admin akan langgan celcom prepaid internet harian iaitu RM 5 ataupun mingguan RM 18.

Tetapi yang tidak bestnya pelan internet mudah alih admin yang sering tamat sebelum menghabiskan jumlah data yang diberi.Kadang-kadang terasa rugi plak bayar mahal tetapi kuata data yang diberikan tak habis digunakan. Oleh sebab itu,admin merasakan dengan plan Maxis Free Basic Internet  serendah RM 7 seminggu bagi 100MB data bagi sosial media khusus untuk facebook,Tweeter dan sebagainya memenuhi kehendak admin. Kiraya admin bercadang untuk beli simkad Hotlink untuk tujuan tersebut dan mengekalkan Celcom X2 bagi kegunaan call dan sms sahaja.

Terpikir juga admin kenapa Celcom tidak buat plan seperti Maxis. Google punya google rupa-rupanya memang ada pakej plan seperti Maxis iaitu dikenali sebagai  Celcom Plan Chat Pack dan Celcom Plan Social Pack. Yang paling syoknya apabila  promosi “Never Time Out”  di mana tempoh sah pelan internet mudah alih  Plan Chat Pack dan Plan Social Pack  tidak mempunyai had masa.

Tiada tamat tempoh! Ya, benar pelan internet terbaru Celcom Xpax tidak mempunyai had masa. Jadi, bila pula pelan-pelan ini akan tamat? Tempoh sah internet mudah alih untuk kedua-dua pelan ini berdasarkan tempoh sah akaun utama anda. Dalam erti kata lain, sebaik sahaja akaun telekomunikasi anda luput, maka internet mudah alih anda juga akan tamat.



 Untuk melanggan, anda hanya perlu menghantar SMS bagi pelan yang anda suka.

Untuk Chat  Pack , hantar MI5 ke 28882;
Untuk Social Pack, hantar MI10 ke 28882.

Jumlah data bagi pelan agak rendah, 50MB untuk Chat Pack dan 150MB untuk Social Pack. Jika anda tidak berjaya selesaikan jumlah data anda sebelum akaun utama anda tamat tempoh, jumlah data yang tinggal anda masih boleh diperolehi selepas anda menambah nilai semula. Sekiranya jumlah data anda habis, anda masih boleh melayari internet, tetapi pada kadar pay-per-use 10sen/10kb.

Setelah menjadi pelanggan Chat Pack atau Social Pack, pelanggan juga akan layak untuk mendapatkan 500MB elaun data WiFi. WiFi ini boleh didapati di mana-mana Zon/Hotspot WiFi Celcom, log masuk WiFi Celcom di tempat-tempat yang ada. Walau bagaimanapun, tidak seperti internet mudah alih, WiFi sah lebih 30 hari. Jumlah data untuk WiFi juga boleh disusun kepada beberapa langganan tetapi hanya sah dalam tempoh 30 hari.

Review Huawei Honor 3C : Masalah Honor 3C cepat panas perlu di atasi dengan segera

Seringkali bagi telefon pintar yang tergolong dalam segmen kelas permulaan (entry level) kebiasaaanya kapasiti ingatan capaian rawak (RAM) yang ditawarkan adalah sekitar 512MB sahaja. Ini menyebabkan terdapat beberapa aplikasi yang memerlukan keupayaan pemprosesan tinggi tidak boleh dimainkan dengan baik.

Dalam persaingan sengit kemunculan smartphone oleh jenama terkenal, Huawei dilihat cuba kekal bersaing dalam pasaran smartphone dengan kehadiran jenama baru dari China seperti Xiaomi dan Oppo dengan memperkenalkan Honor 3C .

Namun Huawei telah melawan arus dengan memperkenalkan Honor 3C pada harga RM499 seunit dengan kapisiti RAM yang luar biasa iaitu 2 GB RAM , nampaknya Huawei Honor 3C memang berbaloi untuk dimiliki.Dengan paparan skrin 5" yang beresolusi 1280 x 720 piksel ini, Huawei Honor 3C sudah cukup untuk memberikan kepuasan kepada pengguna ketika melayari internet atau menonton video.Oleh itu, anda tidak perlu risau jika ingin memainkan beberapa aplikasi berat dalam satu satu masa.Didatangkan dengan 6 pilihan warna berbeza, anda boleh  membeli peranti pintar yang menarik ini dengan harga RM499 seunit di kedai atas talian mereka.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar ini di datangkan dengan storan terbina dalam ROM berkapasiti 8GB, namun begitu ia juga mempunyai sokongan slot storan tambahan kad microSD sehingga 32GB.Walaupun Honor 3C dijana dengan Android 4.2.2 Jelly Bean dengan antaramuka Emotion UI 2.0.Dari segi kuasa bateri yang ditawarkan pula, Huawei Honor 3C menggunakan bateri Li-Po berkapasiti 2300 mAh.


KELEMAHAN HUAWEI HONOR 3C

Admin telah memilikinya menerusi pembelian atas talian vmall lelong.com.my. Setelah menggunakannya admin akui bahawa Honor 3c adalah kelemahan yang perlu diambil berat oleh pihak Huawei Malaysia, Memandangkan stok Honor 3c selalu laris bagaikan pisang panas sentiasa kehabisan stok di atas talian maka adalah penting pihak Huawei melihat perkara ini secara serius kelemahan Honor 3c berdasarkan testimoni penggunanya. Antara kelemahan yang dikenalpasti oleh admin sendiri sebagai pengguna Honor 3c adalah seperti berikut :-



1. Phone cepat panas
Suatu yang menakutkan admin di saat apabila bermain games Clash of Clan.Honor 3c dikesan cepat menjadi panas. Kepanasannya amat menakutkan sehinggakan admin terpaksa berselang seli dengan surfing untuk mengurangkan kepanasannya.Kepanasannya agak kuat dirasai walaupun admin menggunakan casing Nillkin dan bayangkan jikalau tidak memakai casing agaknya boleh melecur tapak tangan kot.



2. Bateri cepat habis
Bagi penggunaan sederhana iaitu admin bermain games online sebagai contoh.Admin mengunakannya bermain games online menggunakan wifi  di mana dari full bar bateri dan bateri menyusut dengan cepat sehingga tinggal 30% setelah bemain selama 3-4 jam berselang seli dengan surfing serta berehat.Jadi suatu yang tidak menyeronokkan apabila ini berlaku.Powebank nampaknya dilihat alternatif bagi masalah ini.

Add caption
3. Speaker tahap biasa
Suatu yang admin menyesal pasal Honor 3c adalah speakernya tidak kuat dari biasa sehinggakan admin tidak sedar ada ‘calling/sms’ masuk.Ini adalah kerana admin sebelum ini memakai Huawei G600 yang mempunyai 2 speaker dan bunyi yang cukup kuat dengan sistem DTS manakala Honor 3c hanya satu speaker dengan DTS. Kemampuan Honor 3c dengan DTS amat tidak memuaskan.



4. Butang kapasitif tidak mempunyai lampu (backlight)
Sesuatu yang amat sukar diterima apabila Honor3c tiada butag backlight kerana ianya menyukarkan penggunaan pada waktu malam.Macam manalah Huawei boleh terlepas pandang dalam hal ini.

Kesimpulannya,admin masih terkejut dengan prestasi Honor 3c.Dengan harga mampu milik memboleh semua orang memiliki dengan smartphone dengan spekfikasi yang lebih baik.Namun begitu kelemahan utama iaitu mudah cepat panas amat merisaukan admin.Walaupun admin telah membuat maklumbalas isi mudah panas di page FB Huawei Malaysia namun tiada respon tentang hal ini.Harapan admin agar Huawei Malaysia melihat isu ini secara serius dan ditangani dengan dengan kadar segera.

Kit Pengesan DNA babi bantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA babi itu dengan mudah dan cepat.

Umat Islam di negara ini kini tidak perlu bimbang mengenai status halal produk makanan, minuman dan kegunaan harian yang terdapat di pasaran kerana mereka boleh menggunakan alat yang mampu mengesan DNA ba.bi pada barangan tersebut.

Produk ‘Rapid Pork Food Test’ edaran Iftitah Solutions (M) Sdn. Bhd. (Iftitah Solutions) itu merupakan inovasi dari Rusia, pertama kali dipasarkan di negara ini untuk membantu pengguna mengenal pasti kewujudan DNA haiwan itu dengan mudah dan cepat.

Pengurus Iftitah Solutions, Abd. Syukor Othman, 39, berkata, produk tersebut merupakan kaedah terbaik setanding dengan pelaksanaan ujian di makmal.

“Konsep penggunaannya sama seperti alat ujian kehamilan. Pengguna berupaya mengenal pasti kehadiran DNA ba.bi pada makanan dan minuman dengan cepat tanpa melibatkan kos yang tinggi berbanding ujian di makmal.




Description

Ujian immunokromatografik yang cepat, mudah & mesra pengguna untuk pengesanan kualitatif antigen unsur **** dalam makanan, kosmetik, farmaseutikal, premis dan peralatan pemprosesan.

(Rapid and simple user-friendly immunochromatographic test for qualitative determination of porcine meat antigen in foods, cosmetics, pharmaceuticals, kitchen and production facilities).

Kaedah penggunaan:

Ambil botol ujian (disertakan) dan tambah air kosong/mineral.
Tambahkan sedikit sampel makananan/bahan untuk diuji ke dalam botol ujian tadi.
Keluarkan test strips (disertakan) daripada pouch dan rendamkan ke dalam botol ujian tadi selama 5 saat. (Pastikan tidak melebihi had maks. yang dinyatakan).
Letakkan test strips tadi pada tempat yang bersih dan tunggu selama 15 minit.
Selepas 15 minit terdapat 3 kemungkinan keputusan:

a) Positif – Dua garisan berwarna wujud.

b) Negatif – Hanya satu garisan berwarna wujud.

c) Invalid – Tiada garisan wujud.

Nota:

Ujian test strips ini hanyalah ujian saringan dan ujian makmal lanjut hendaklah dijalankan sebelum sebarang berita hendak disebarkan.

Dengan cara yang mudah dan cepat hasil ujian boleh di dapati. Tidak perlu pengetahuan kimia untuk lakukan ujian ini.

Kit pengesan **** ini sangat kecil dan mudah di bawa untuk pengguna yang sering melancong atau ke luar negara. Atau untuk ibu di rumah. Atau untuk sesiapa sahaja.


Pembelian secara online sila ke www.halalkit.com

Amalan berkabung sempena kematian pembesar bercanggah dengan ajaran Islam

Gambar Hiasan
Apabila pembesar negeri/sultan mangkat kebiasaanya bendera negeri dikibarkan separuh tiang dari tarikh pemakaman baginda. Peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah kaum lelaki Melayu daripada orang kebanyakan memakai baju Melayu dengan bersongkok hitam yang berbelit kain putih selebar 2.5 cm. Lelaki daripada bangsa lain boleh berpakaian lounge suit atau baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher hitam atau warna gelap tanpa bercorak serta memakai toha hitam selebar 8 cm di lengan kanan.Kaum wanita Melayu berbaju dan berkain hitam atau warna lain yang gelap dan berselendang mahupun bertudung putih. Wanita berbangsa lain juga berpakaian hitam atau gelap dan berselendang hitam.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata amalan berkabung  sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”


Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi s.a.w:


“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.

3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan.

sumber

Rakyat Berkabung kemangkatan Sultan Perak pakai songkok lilit putih selama 100 hari

Sembah takziah atas kemangkatan Sultan Perak yang ke-34, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah. Sultan Azlan yang memerintah Perak selama 30 tahun mangkat pada 28 Mei 2014 pada pukul 1.30 petang dan perkara itu diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.Jenazah baginda akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah untuk penghormatan terakhir sebelum dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.


Mengikut catatan Naskhah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Zaman Purbakala yang di susun oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara Abdul Rashid, Yang Mulia Raja Kecil Sulung Raja Harun Al Rashid, Yang Mulia Raja Kamarul Bahrin, Yang Mulia Raja Aman Shah dan Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja telah menjelaskan perihal Istiadat Perkabungan” (hlm. 37)sebagaimana yang diperincikan di bawah:-

    100 hari bagi kemangkatan Sultan,
    40 hari bagi kemangkatan Raja Muda,
    14 hari bagi kemangkatan Raja Bendahara (Telah dimansuhkan kini),
    7 hari bagi Raja Di Hilir dan,
    5 hari bagi Raja-Raja Yang Bergelar lainnya.

Tempoh perkabungan adalah suatu jangka masa bagi kerabat istana dan rakyat jelata menghormati kemangkatan sultan dengan menghadkan kegiatan-kegiatan yang tiada sepatutnya dilakukan oleh mereka. Lazimnya, selepas selesai upacara pemakaman, kenduri arwah akan diadakan di istana selama tiga malam berturut-turut, diikuti pada hari-hari yang telah ditetapkan kemudiannya.

Dalam majlis ini, bacaan Quran dan tahlil akan diadakan oleh kerabat raja, pembesar dan rakyat jelata. Masjid Ubudiah, masjid dan surau seluruh Negeri Perak akan turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan Quran bagi memperingati Sultan yang mangkat.

Oleh sebab pada zaman ini rakyat Paduka Seri Sultan Perak mengandungi pelbagai kaum dan agama dan sebilangan besar pula yang terpaksa memakai pakaian seragam maka diadakan satu peraturan yang tertentu bagi mereka. (Bab X Istiadat Berkabung-hlm 42)

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca