Plan mobile internet antara syarikat telekomunikasi manakah yang terbaik untuk pengguna internet khusus pada sosial media. Fokus admin hanya kepada syarikat Maxis dan Celcom memandangkan admin merupakan pelanggan Celcom sejak azali lagi. Hahahahaha.
Jadi yang mana lebih berbaloi dengan hanya berbekalkan topup RM 30 sama ada plan mana yang lebih menjimat untuk sosial media dan surfing ?
Apa yang menarik pada pelan yang ditawarkan oleh Celcom adalah, pelan
ini tiada tarikh luput dan ini bermaksud selagi anda tidak melepasi had
kuota yang dibenarkan anda boleh menggunakanya bila-bila masa selagi tempoh kredit anda masih aktif.Dengan plan internet asas percuma yang ditawarkan melalui pelan prabayar ini
pengguna boleh menggunakan beberapa contoh aplikasi seperti Whatsapp,
Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web.
Kesimpulannya : Yang pasti topup admin akan berkurang setelah ditolak RM 10 bagi plan 150mb Data.Jangka hanya plan ini sehingga habis kuata digunakan atau sehingga tamat tempoh kredit.
Melihat Maxis turut menawarkan pakej Simkad Hotlink yang menawarkan internet asas dengan kelajuan 64/kbps secara percuma sepanjang hayat.Dengan internet asas percuma yang ditawarkan melalui pelan prabayar ini pengguna boleh menggunakan beberapa contoh aplikasi seperti Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif. .Bagi penggunaan yang memerlukan internet dengan kelajuan yang lebih tinggi, Maxis menawarkan kadar internet berkelajuan tinggi pada harga RM 1 sehari ( RM 30 sebulan bagi Internet 1GB).maklumat lanjut mengenai pelan ini disini
Ksimpulannya : Topup kredit admin ada 2 kemungkinan di sini iaitu pertama masih kekal kredit RM 30 jika tidak memilih sebarang data plan internet seperti jadual di bawah dengan bergantung kepada internet percuma dengan kelajuan 64/kbps yang sudah cukup untuk media sosial.Kemungkinan kedua mungkin akan kredit topup admin tinggal RM 10 jika memilih plan data bulanan iaitu RM 20 bagi 350mb data.
Anda bersetuju ? Sila tinggalkan komen.
No comments:
Post a Comment