Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Rawatan Bebas Rabun di Ikonik Bukit Jalil Part Akhir

Di sinilah bermulanya kesengsaraan aku selepas buat laser mata flapless. Aku alami masalah untuk melihat handphone akibat kesan laser mula m...

Post Paling Popular Minggu Ini

Dalam Kenangan : Biduanita Negara Sharifah Aini Meninggal Dunia 1953 - 2014

Rasanya masih tidak terlewat  untuk admin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kehilangan ahli keluarga yang tercinta. Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu pada 5 julai 2014 di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 akibat jangkitan pada paru-paru. Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.Namun sejak usia lapan bulan lagi, Kak Pah mula dijaga serta dibesarkan oleh neneknya, Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir serta datuknya, Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry, di Majidee, Johor Bahru.

Titik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam. Beliau kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Nama Allahyarham pernah terukir didalam Malaysia Book Of Records sebagai penyanyi yang paling lama di dalam sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Antara lagu popular arwah adalah Mawar Putih Buat Mama, Hapuslah Air Matamu, dan Bunga Tanjung. Arwah juga pandai berqasidah.





Allahyarham meninggalkan seorang anak iaitu Alif Omar. Solat jenazah Allahyarham Datuk Sharifah Aini  telah mengimamkan oleh anaknya sendiri Aliff Omar di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur bagi menunaikan antara permintaan terakhir ibunya itu.Selain itu, Allahyarham juga pernah meminta stesen televisyen dan media tidak lagi mengeluarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.Permintaan itu dibuatnya dalam program Celik Hati Prof Muhaya di TV9 tidak lama dulu.

Semoga roh arwahyarhamah Ibu Sharifah Aini bersemadi dengan aman... tergolong dengan para-para solihin dan dicucuri rahmat.. Al-Fatihah

1 comment:

  1. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman..amin..

    ReplyDelete

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca