Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

ASTRO NJOI Tanpa Media Prima (TV3, 8TV, NTV7 dan TV9) Indah Khabar Dari Rupa

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Admin sudah google dekat internet mencari artikel yang bagi ulasan pasal pakej Asro Njoi ini tetapi malangnya tiada du\ijumpai. Jadi Admin nak bagi ulasan dari sudut pandangan mata admin sendiri. Mukadimah dulu, sebelum dilancarkan Astro Njoi ini kepada umum, Astro Njoi sudah pun ditawarkan kepada beberapa penduduk di sekitar Sabah dan Sarawak sebagai salah satu tanggungjawab sosial pihak Astro kepada masyarakat setempat. 

Majlis pelancaran Astro Njoi  dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21.12.2011 dan beliau menganggap langkah Astro itu bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan produk serta perkhidmatan mendahulukan keperluan rakyat. Pakej Astro Njoi ini dirasmikan oleh Perdana Menteri kita kononnya alasan dapat merapatkan jurang digital di antara penduduk miskin dengan masyarakat bandar di negara ini.


Astro Njoi  dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Apakah kelebihan siaran Pakej Astro NJOI ini?
a.) Siaran TV Satelit percuma
b.) Tiada kontrak seperti pengguna berbayar yang lain. 
c.) Tak perlu lagi membayar secara bulanan

Apakah siaran TV yang ditawarkan dalam pakej NJOI ini?



Berdasarkan senarai di atas, Admin ternyata masih kecewa sehingga kini sebab saluran TV dari Media Prima iaitu TV3,NTV7,8TV dan TV9 masih tidak disenaraikan sekali dalam pakej ini. 

Hakikatnya, dari tarikh perasmian oleh Perdana Menteri kita iaitu pada 21.12.2011 sehingga 8.11.2012 iaitu hampir dekat setahun berlalu, pihak Astro masih belum memasukkan saluran TV Media Prima dalam senarai saluran TV percuma yang dalam Pakej Njoi dengan alasan masih menunggu kebenaran dari pihak Media Prima.(alasan standart ejen Astro).

Pelik betul, kenapa Astro memberi alasan perlu menunggu kebenaran sedangkan saluran TV Media Prima adalah percuma yang boleh diakses menggunakan arial tulang ikan. Yang pasti, Admin melihat tindakan pihak Astro sengaja melengah-lengahkan untuk menyenaraikan saluran TV Media Prima dalam pakej Njoi adalah suatu tindakan yang tidak bermoral.

Perlu diingatkan bahawa bahawa Pakej Njoi telah digembar-gemburkan sebagai Satelit TV tanpa sebarang kos tetapi sebenarnya ada caj tersembunyi kepada pengguna iaitu kena beli dekoder RM 288 dan kos pemasangan RM 100 untuk mendapatkan saluran TV satelit percuma negara.

Sebenarnya terdapat 3 SEBAB  yang menyebabkan masyarakat Malaysia terpaksa melanggan siaran satelit ASTRO ?

a) Tinggal di pendalaman seperti Sabah dan Sarawak
b) Kesan penggunaan siaran Astro oleh rumah jiran menyebabkan jiran-jiran yang berdekatan mengalami siaran TV biasa terganggu.
c) Ada rumah terletak kawasan di kawasan berbukit yang menyebabkan signal siaran TV terganggu.

Antara sebab Admin sendiri terpaksa melanggan Astro adalah kerana rumah admin terletak di kawasan berbukit bukau walaupun ada stesen pemancar namun ianya sekadar hidup segan mati tak mahu.Walaupun dipacak arial galah setinggi pokok kelapa pun siarannya masih tidak memuaskan. Jadi, terpaksalah keluar duit RM 40 sebulan untuk melanggan Astro bagi pakej biasa. Bayangkan kalau RM 40 itu boleh digunakan bagi tujuan lain seperti pembelian insurans takaful keluarga sekurang-kurang ada manafatnya.Ini tidak duit itu hangus tiap-tiap bulan dengan dapat siaran TV ulangan sahaja.


Memang kecewa bukan? Admin sedikit kecewa sebab kerajaan tidak bersungguh untuk merealisasikan TV Satelit percuma ini dengan memberikan apa yang sepatutnya rakyat Malaysia perlukan iaitu siaran TV yang jelas dan dengan saluran TV percuma seperti Tv1,TV2,TV3,NTV7,8TV DAN TY9 dan yang terbaru Al Hijrah. Tidak perlu pun bagi saluran TV astro yang lain bagi menunjukkan komitmen melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat Malaysia.

Terbaru, pihak Astro sudah menawarkan konsep prabayar bagi saluran chanel yang boleh dibeli walaupun menggunakan pakej Njoi.Hebat tak strategi Astro ini,dalam bagi saluran TV percuma masih lagi nak menjana keuntungan.

Akhir sekali, Admin tidak sesekali membangkang pakej Astro Njoi yakni TV satelit percuma pertama di Malaysia. Adalah  sesuatu yang baik  memastikan sasaran agar semua rakyat Malaysia mendapat siaran TV tanpa mengira tempat lokasi sama ada masyarakat di kampung terpencil,hutan belantara dan bukit bukau dengan masyarakat bandar dapat dicapai. 

Namun penambahbaikan segera perlu dilakukan bagi menjadikan satelit TV percuma ini menepati kehendak masyarakat Malaysia iaitu saluran TV percuma seperti Tv1,TV2,TV3,NTV7,8TV dan Tv9 dan yang terbaru TV Al Hijrah perlu ada dalam Pakej Asro Njoi.Barulah ianya dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar miskin dengan masyarakat bandar tercapai.

PS: Sekiranya anda bersependapat dengan saya,sila share dengan kawan2.Manalah tau jika artikel ini dapat membuka mata pihak Astro untuk senaraikan saluran Media Prima dalam pakej Njoi..:)

Update : Pada awal Disember 2012,Admin telah dimaklumkan oleh Astro Service Centre bahawa chanel TV3 dan TV9 dimasukkan dalam pakej Njoi.Satu berita yang mengembirakan:)

INFO TERKINI 2013 ---->> Semua saluran Media Prima (TV3,TV9,8TV & NTV7) kini boleh didapati di NJOI.


No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca