Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Mesti Baca : Hati-Hati Dengan Fenomena Kepala Air di Musim Tengkujuh

Peringatan Kepada Yang Bercadang Berkelah di Air Terjun Sewaktu Musim Tengkujuh.

Assalamualaikum..

Musim cuti sekolah akan menjelma tidak lama lagi dan pada masa yang sama negara sedang mengalami musim tengkujuh. Mungkin ada di antara kita yang merancang untuk membawa ahli keluarga kita sempena musim cuti sekolah untuk pergi berkunjung ke lata air terjun untuk berkelah dan bermandi-manda. 

Tetapi tahukah anda terdapat bahaya yang sedang menanti anda di situ di mana ia mampu menukar kegembiraan anda berkelah menjadi suatu tragedi?

Kalau diikutkan, bahaya memang akan ada di mana-mana tetapi kita selaku manusia seharusnya mengambil iktibar dari pelbagai cerita yang berlaku sebelum ini. Sebagai contoh, kepala air adalah satu fenomena peningkatan kuantiti air pada lata @ air terjun yang menyebabkan pengaliran air deras yang akhirnya boleh membawa maut. Kepala air ini bermula akibat takungan air dah aktiviti hujan di hulu sungai. 

Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. 

Apa yang menjadi bahayanya, ia akan membawa bersama apa sahaja bersamanya. Rempuhan air ini lazimnya boleh membawa maut. Apa tidaknya, dengan kayu balak, ranting kayu, kelodak dan apa sahaja, semuanya terkumpul sekali.

Sebagai contoh kejadian fenomena kepala air yang telah berlaku di  sebuah pusat peranginan terkenal Mag-Aso, di Kepulauan Bohol, Filipina. Gambar ini dikatakan dirakamkan pada 30 Jun 2009.
Suasana indah dan nyaman yang biasa dilihat tempat air terjun
 
Tempat tumpuan  ramai para pengunjung
kelibat 2 pemuda sedang mandi manda di air terjun

Secara tiba-tiba berlaku perubahan mendadak pada arus sungai tadi yang telah berubah menjadi deras dan laju. Anak panah menunjukkan lokasi kedua-dua pemuda tadi yang masih berada di situ.



Ketika ini kelibat kedua-dua pemuda tadi telah hilang dari pandangan
Paris air telah menenggelamkan pemuda-pemuda tersebut

 * Difahamkan kedua-dua pemuda di awal tadi telah hanyut dibawa arus dan mayat mereka dijumpai 5 kilometer hilir dari lokasi ini.*

 



No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca