Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Hero Bollywood Aamir Khan mengerjakan ibadah haji 2012

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain telah berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today. India Today melaporkan, walaupun Aamir sibuk dengan komitmen kerja, dia tetap berpegang kepada janji mengerjakan haji bersama ibunya.

 Aamir yang memakai pakaian ihram dilihat berlepas dari Mumbai bersama ibunya serta lapan saudara mara lain pada pukul 6.30 petang Jumaat lalu. Ia merupakan perjalanan haji pertama buat pelakon, penerbit dan pengarah filem berusia 47 tahun itu. Beliau tiba di sini dari Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis lepas kerana sibuk menyiapkan filem akan datangnya bersama aktres Katrina Kaif, Dhoom 3. Bintang pujaan ramai itu dijadualkan pulang dari mengerjakan rukun Islam kelima pada 3 November depan.

 Selain berada di Mekah, Aamir dan anggota keluarganya akan melawat beberapa bandar berdekatan Madinah dan makam Nabi Muhammad SAW. Mereka dilaporkan akan menginap di Hotel Al Massa dan Hotel Elaf Taiba masing-masing di Mekah dan Madinah. Aamir merupakan salah seorang pelakon paling terkenal Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots. - Agensi







Amir Khan bersama Shahid Afridi pemain kriket Pakistan



No comments:

Post a Comment

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca