Sinar Harian telah mendapatkan komen Wawa tentang perkara tersebut, dan pelakon itu memberitahu dia belum bertudung sepenuhnya.
Buat masa ini, saya belum lagi berhijrah sepenuhnya. Saya masih belajar dan cuba mendalami ilmu agama.Kalau saya keluar, mungkin saya akan pakai tudung. Namun, jika ada tawaran lakonan yang memerlukan saya membuka tudung, saya akan buka.Namun, saya akui, memang saya selesa bertudung dan berhasrat untuk ke arah itu. Mungkin sedikit masa lagi.
Siapa Golongan Dayus? Adakah ianya seperti insiden yang dilaung-laungkan oleh bini Mat Yo kepada Pak Guard tempohari ?
Mengapa neraka tempatnya bagi golongan dayus?
Golongan dayus ini sama ada:
- seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna;
- seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka;
- Penjaga (tuan) yang membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat.
Ini bermakna
suami atau ketua keluarga tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan
isteri atau anak perempuannya atau pembantu rumahnya tidak menutup aurat
seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah al-Tahrim:6 mengenai takrif “Ahli keluarga mu” .
MARILAH MENINJAU PERISTIWA MALAM ISRAK MIKRAJ
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Aku
dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Kami dapati Baginda sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya,
apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku
lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar
dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan
pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Fatimah,
adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak
menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti
hati suaminya.
“Perempuan
yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain
tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah
perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan
tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang
memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan
suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan
yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia
memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya
kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan
diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular
dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan
kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat
dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka
membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan
menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah
jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang
tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
No comments:
Post a Comment