Admin ceritakan pengalaman serba sedikit pasal beli laptop baru pada 19 Oktober 2013 untuk kegunaan adik ipar untuk sambung belajar di Melaka . Dengan budget yang ada yang bawah RM1200.00 dengan harapan akan dapat satu laptop yang sesuai untuk kegunaan penuntut IPTA berasaskan hanya kepada penggunaan MS Office sahaja.Sebenarnya admin tidak beberapa tahun teknologi terkini laptop,jadi admin terpaksa buat survey kat Ipoh dulu..mula ke RedCom Ipoh dekat Jaya Jusco.PC Depott,TESCO dan akhir sekali kat YiK Foong selepas pilihan yang disajikan luar dari budjet asal.
Admin tengok kat Yik Foong kebanyakkan menjual laptop jenama Lenovo.Tinjau punya tinjau sampai Max Computer tingkat 2 rasanya.Salesman budak Melayu...boleh tahan penerangan yang diberikan dengan budjet yang diberi.Mamat tadi rekomen Lenovo G400s dengan harga RM 1089. Admin cakap KIV dulu sebab nak pusing satu tingkat nak buat bandingan harga. dulu. Akhirnya admin kembali kat mamat tadi tetapi telah diganti oleh budak perempuan melayu budak Poli Ungku Omar ambik bidang Programmer yang buat part time kat kedai situ. Runding punya runding dapatlah free upgrade RAM jadi 4gb,free wireless mouse,screen protector,keyboard protector dan admin ambik Extra warratty 2 tahun dengan tambah RM 150. Jumlah keseluruhan RM 1289.Tapi apa yang terkilannya mamat tuh cakap waktu jual Intel Pentium Dual Core 1.9ghz, rupanya bila balik rumah tengok kat internet rupanya Intel Celeron Dual Core..Frust juga la sebab kalau dibandingan dengan pentium dan celeron..laju lagi pentium.
Apa-apa pun benda dah terjadi.Lain kali sebelum hendak mencari laptop perlua da pengetahuan serba sedikit komputer/laptop supaya tidak kena kelentong harga satu hal..kena kelentong spec pun satu hal.Sebenarnya admin tertarik dengan satu laptop dengan kedai tuh...ada salesgirl India jual.brand Toshiba Interl Pentium 2.4 ghz harga dalam RM 1399 rasanya warantty 2 tahun dengan window 8 original dan lagi satu kedai RedCom Toshiba juga dalam RM 1089 tetapi spec tidak pasti.Tetapi disebabkan Lenovo ini asal company IBM memang terkenal dengan komputer zaman zaman disket dulu setentu kualiti dijamin.Jadi akhirnya keputusan Lenovo G400s jadi pilihan.
Lenovo G-Series G400S 14 inch Intel Celeron Dual-Core 1.9GHz LNV-59392002 Notebook
Specifications superbuy:XME1415
Processor | Intel Celeron Dual-Core 1.9GHz Processor ( 2M Smart Cache ) |
Memory | 2GB DDR3 RAM |
Storage | 500GB Serial - ATA Hard Disk |
Graphics | Intel HD Graphics |
Optical Drive | DVD Writter |
Display | 14" HD Display ( 16:9 ) Wide Screen |
Camera | Integrated Web Camera |
Communications | WiFi 802.11b/g/n, Ethernet Port |
Ports |
2 x USB 3.0 Port 1 x USB 2.0 Port 1 x HDMI 1 x VGA 1 x Headphone / Microphone Combo |
Card Slot | Multi in One Card Reader |
Weight | 4.85 lbs (2.2 kg) |
Kesimpulannya, tercapai juga hasrat cari laptop budjet murah.Disebabkan masa suntuk dan keletihan admin rasa Lenovo G400s adalah yang terbaik setakat ini. Hanya untuk kegunaan buat kertas kerja dan hiburan yang ringan rasanya cukup berbaloi untuk dimiliki. Agak-agak berbaloi tak dengan pembelian dengan harga RM1089. Sila tinggalkan komen anda.terima kasih.
No comments:
Post a Comment