Namun berselfie di tempat yang tidak sepatutnya bakal mengundang padah apabila seorang artis kita didakwa 'berselfie' dekat kubur. Bukan setakat selfie, malah dia dan rakannya turut didakwa 'terpijak' kubur keluarga lain yang berada berhampiran. Akibat perbuatan tersebut, artis terbabit telah mendapat teguran dan membuat ramai pihak di laman sosial merasa marah terhadap sikap tidak prihatinnya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar dengan tindakan segelintir umat Islam ber‘selfie’ di tanah perkuburan lebih-lebih lagi semasa menyambut Aidilfitri.“Perbuatan ini boleh dikategorikan haram jika kita berniat untuk berseronok.
“Tindakan tersebut sangat tidak wajar kerana sepatutnya kita ke kubur untuk menjadikan iktibar dan menginsafkan diri kita,” katanya,Tambahnya lagi, masyarakat masa ini tidak mendalami sedalam-dalamnya mengenai amalan menziarahi kubur terutama pada musim sambutan Aidilfitri.
“Amalan ziarah-menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan yang masih hidup adalah sangat baik jika dilakukan semasa sambutan hari raya.“Sambutan hari raya adalah kemuncak ibadat untuk kita saling ziarah-menziarahi bagi tujuan bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia.
“Amalan menziarahi kubur tidak menjadi satu kesalahan namun ia boleh menjadi haram jika kita berniat untuk berseronok dan tidak mengikut adab yang ditetapkan,” ujarnya.
artis Farish Aziz berselfie di tanah perkuburan menjadi isu hangat |
No comments:
Post a Comment