Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Tips WAJIP anda perlu buat ketika pulang beraya di rumah mak ayah di kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari raya bakal menjelang tiba tidak lama lagi.Sudah menjadi lumrah bia hari raya,rumah ibu bapa menjadi destinasi utama bila balik beraya di kampung.

Hari ini admin nak berkongsi tip ketika anda balik beraya di kampung khususnya yang mempunyai adik-beradik yang ramai yang turut pulang beraya ke rumah mak ayah anda.

Pastinya raya tahun ini jadi meriah dan rumah sudah tentu  jadi sesak dengan kehadiran ipar, biras dan anak saudara.Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, 

Sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya tak berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang tak ada aircond, kipas plak terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur untuk kegunaan raya nanti. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll.Jangan sesekali biar mak ayah keluar duit untuk persediaan menyambut raya.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain..jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati …yg tua yg muda…jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca