Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Mesti Cuba : Resepi Durian Crepe / Bantal durian / Durian Pancake / Bantal Busuk

Durian Crepe
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ini kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. Admin memula dulu rasa pelik juga apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe.

Maklumlah sekarang kan musim durian jadi resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang. Maka admin pun google cari resepi dan nak berkongsi cara nak buat Durian Crepe ini dengan anda semua.Kesemua gambar-gambar ini admin ambik dari blog-blog di google sebagai contoh bagi memudahkan gambaran cara pembuatannya. Bukan aper admin masih belum mencuba resepi ini namun apabila admin sudah mencubanya maka gambar-gambar hasil tangan admin akan dimasukkan kelak nanti. Apa-apa pun mari kita tengok cara menyediakan cukup mudah sebenarnya.
 
  Bahan-Bahan Untuk Durian Crepe adalah seperti berikut :

    250g tepung gandum
    3 biji telur
    500ml santan (santan kotak)
    100ml air
    1/2 garam
    1 penutup botol esen vanilla

  

Bahan-Bahan Untuk Inti :

    Seberapa banyak isi durian
    1 cawan whipping cream


Bahan Untuk Inti Durian Crepe


Cara-Cara Penyediaan Kulit Crepe :

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam blender basah. 
  • Tapis bahan tersebut ke dalam bekas.
  • Pastikan dapur anda mepunyai kuali leper
  • Panaskan kuali tersebut dan letakkan sedikit mentega/minyak masak.
  • Tuang bahan tadi kedalam senduk kecil & masak diatas kuali.
  • Setelah kelihatan kekuning-kuningan, angkat bahan tadi dan letakkan ke atas pelapik.



Cara-Cara Penyediaan Filling :

  • Pukul rata whip cream dalam mixes hingga kental
  • Asingkan isi durian dengan bijinya. Lumatkan sehingga sebati

Pukul whip cream sampai kental
Cara-Cara Membungkus :


  • Bentangkan 1 "helai" creepe
  • Letakkan sedikit whip cream & isi durian diatas creepe tersebut
  • Tutup creepe & lipat mengikut kreativiti anda



 


Akhir sekali, simpan durian crepe tersebut didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba.

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca