Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Remaja Kes Buli tahun 2013 terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masih ingatkah anda kes tiga budak pembuli Sek Men Tun Hussein Onn di Seberang Jaya,Pulau Pinang yang menjadi viral dengan video klip Lan Todak tidak lama dahulu pada tahun 2013 di mana  pembuli bernama Munir, Izzat dan Herry membelasah mangsa  seorang ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada cikgu tentang handphone yang dibawa mereka ke sekolah.

Hasil semakan dan maklumat orang ramai, pihak PDRM mendapati bahawa klip video kes buli yang tersebar menerusi media sosial yang berlaku pada 4 Mac 2013 lepas telah diselesaikan oleh pihak sekolah bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah dan sehingga kini pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan polis dari pihak yang berkenaan.

Video Kes Buli yang menjadi viral di internet
 
Salah seorang daripada pelajar itu dikatakan telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kes langgar lari jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.Dikatakan, budak yang berbaju merah meninggal dalam kemalangan Jumaat pagi lepas.Pagi tu semasa dalam perjalanan ke sekolah di SK Taman Inderawasih, motor ditunggang arwah terlanggar motor yang terlibat kemalangan lalu tercampak dan meninggal.

Arwah memakai baju merah

 Dia meninggal pada pagi Jumaat. Mayatnya tiba di Surau Tuna pada pukul 12.30 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya pada pukul 1. Arwah Munir, yang berbaju merah dalam gambar di atas telah banyak berubah setelah kes buli itu. Dia banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan gotong royong seperti membersihkan surau/masjid.

Sebelum dia meninggal, dia sempat memohon maaf kepada ibu bapa dan mangsa buli tersebut.Semoga ditempatkan dengan orang yang beriman.

Al-Fatihah

Antara Motorola G vs Xiaomi Redmi vs Huawei G700 yang mana berbaloi untuk dibeli?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pencarian smartphone mid range phone kembali dengan membandingkan 3 peranti smartphone yang telah berada di pasaran sekarang ini.Yang manakah dilihat berbaloi untuk dibeli dengan harga dan specfikasi yang ditawarkan pada setiap smartphone ini.Mari kita lihat dari setiap aspek satu persatu :-



 Sim Kad

  • Motorola Moto G : Micro-SIM
  • Xiaomi Redmi : Dual SIM
  • Huawei Ascend G700 : Dual SIM (Mini-SIM, dual stand-by)

Skrin
  • Motorola Moto G : 4.5 inci IPS LCD, 1280 × 720 piksel dengan Gorilla Glass 3 (326 ppi)
  • Xiaomi Redmi : 4.7 inci IPS 1280 × 720 piksel dengan Gorilla Glass 2 (312 ppi)
  • Huawei Ascend G700 : 5 inci IPS, resolusi 1280 × 720 piksel.(294 ppi)
Dengan saiz imej yang berbeza tetapi dengan hampir kualiti yang sama , jika kita melihat angka-angka,326 ppi pixel density, 312 ppi pixel density dan 294 ppi pixel density maka Motorola Moto G telah dipilih kerana mempunyai skrin yang lebih baik, 
 
Sistem Cip Prosessor (SoC)
  • Motorola Moto G: Qualcomm Snapdragon 400: Quad Core 1.2 GHz dan Adreno 305 grafik.
  • Xiaomi Redmi: MediaTek MT6589T 1.5 GHz Quad Core 1.5GHz dan Mali-400 grafik.
  • Huawei Ascend G700: MT6589 MediaTek: Quad Core 1.2 GHz dan Mali-400 grafik.
MediaTek Qualcomm vs  pemproses kuasa yang lebih rendah dan secara amnya kedua-dua sangat baik namun Qualcomm Snapdragon 400 dilihat sebagai pemenang kerana ia mempunyai GPU yang lebih baik.
 

RAM
  • Motorola Moto G: 1 GB RAM.
  • Xiaomi Redmi: 1 GB RAM.
  • Huawei Ascend G700:  2 GB RAM.
Jika kita melihat jumlah RAM sebagai titik penilaian maka kita mempunyai pemenang yang jelas.
 
Penyimpanan dalaman
  • Motorola Moto G: 8 GB atau 16 GB tidak diperkembangkan.
  • Xiaomi Redmi: 4 GB diperkembangkan.
  • Huawei Ascend G700: 4 GB diperkembangkan.
Kedua-dua model Huawei seperti Xiaomi boleh berkembang melalui microSD manakala Moto G tidak, jadi jika anda adalah seseorang yang memerlukan banyak ruang penyimpanan dalaman, telefon pintar China adalah pilihan terbaik. Pemenang dalam seksyen ini adalah Huawei Ascend G700 dan Xiaomi Redmi untuk mempunyai keupayaan untuk mengembangkan penyimpanan dalaman melalui microSD.

 
Bateri / Berat
  • Motorola Moto G: 2070 mah (tidak boleh ditanggalkan)./ 143 gram
  • Xiaomi Redmi: 2000 mah (tanggal)./ 158 gram
  • Huawei Ascend G700: 2150 mah (tanggal)./ 155 gram
Semua tiga peranti dibandingkan didapati Huawei Ascend G700 adalah hayat bateri yang paling tetapi sebagai telah menyaksikan Xiaomi Redmi dan Moto G  tidak ketinggalan mempunyai beberapa versi Android memberi tumpuan kepada pengurusan bateri yang sangat baik. Jadi, jika kita melihat angka-angka model Huawei akan menang,.
 
Kamera
  • Motorola Moto G: 1.2 MP kamera depan, kamera belakang 5 MP.
  • Xiaomi Redmi: 1.3 MP kamera depan, kamera belakang 8 MP.
  • Huawei Ascend G700: 1.3 MP kamera depan, kamera belakang 8 MP.
Dalam seksyen ini kita membuang Motorola Moto G dan pertempuran akan menjadi antara Huawei dan Xiaomi dan sekali lagi jika anda melihat spesifikasi, pemenang Xiaomi Redmi  mempunyai kamera depan yang lebih baik dari Huawei G700 berdasarkan kualiti lensa.


 Sistem Operasi dan Terbaru

  • Motorola Moto G: Android 4.3 (upgradeable ke Android 4.4.2 KitKat).
  • Xiaomi Redmi : MIUI v5.(based on Android 4.2.2 Jelly Bean).
  • Huawei Ascend G700: Android Jelly Bean 4.2.2. 

  
Harga Pasaran
  • Motorola Moto G: RM 698
  • Xiaomi Redmi : RM 442.00 berdasarkan harga SG 169 di Singapore.
  • Huawei Ascend G700: RM 758.00 
 Yang manakah menjadi pilihan anda ?
 

Pilihan Terbaik : Xiaomi Redmi Quad-core 1.5 GHz, 4.7” IPS display, dual SIM berharga RM 442.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahukah anda untuk budget RM 500, pengguna di Malaysia biasanya budget ini biasanya akan dapat smartphone jenis low budget smartphone dengan dual-core processor dan skrin berkualiti rendah bagi jenama smartphone yang popular di Malaysia. 

Namun  kehadiran company dari china seperti Lenovo, Huawei telah memeriahkan lagi persaingan handphone di Malaysia dan telah mengubah monopoli jenama ternama dari segi penjualan handphone di pasaran. Dengan budget bawah RM 500 kini anda mampu mendapat smartphone berkualiti dengan ciri specfikasi yang lebih baik yang ditawarkan oleh pesaing mereka. 

Pengguna smartphone hari ini tidak lagi terikat dengan stigma " inginkan handphone berkualiti pastikan jenama bla bla bla bla... bukan dari China brand". Apa yang mengujakan Admin sekarang ini ialah satu company dari China iaitu  Xiaomi telah memperluaskan pasaran smartphone mereka ke Asian dan bakal melancarkan produk terbaru iaitu  Xiaomi Redmi. Xiaomi Redmi merupakan rebranding smartphone yang sebelum ini dikenali Hongmi bagi pasaran di China pada tahun 2013.

 Satu lagi smartphone  mid range phone tetapi dengan harga low end phone yang bakal membuat pesaing mereka menjadi lebih tertekan disebabkan faktor harga luar biasa murah.Sebelum ini Moto G dikenali dengan Raja Mid range phone dengan specfikasi yang sederhana dan harga mampu milik iaitu RM 698. Admin sebenarnya gembira melihat keadaan ini kerana persaingan sebegini akan menguntungkan pengguna kelak supaya pengguna boleh memilih smartphone yang berkualiti tetapi harga murah.Itu yang penting sebenarnya.  


Ciri-ciri Xiaomi Redmi adalah seperti berikut :-


4.7″ HD (1280 x 720) IPS display, 312ppi
Corning Gorilla Glass 2
1.5GHz MediaTE MT6589T Quad-core CPU
PowerVR SGX544 GPU
1GB RAM
4GB internal storage
up to 32GB via microSD
8MP ƒ/2.2 aperture rear camera with LED flash
28mm wide angle, zero shutter lag, 1080p video recording
1.3MP front camera
dual-SIM, dual-standby
WCDMA/GSM
WiFi
Bluetooth 3.0 HS
GPS + AGPS
USB OTG
MIUI V5 ROM
2,000mAh lithium-ion battery
137 x 69 x 9.9mm
158g
 
 Specfikasi penuh smartphone Xiaomi Redmi di website rasmi

Xiaomi Redmi, akan dilancarkan secara rasmi di Singapore dengan harga SG 169.00 tanpa kontrak. Kalau ditukar mata wang dalam Ringgit Malaysia berjumlah RM 442.29.  Tarikh Xiaomi Redmi memasuki pasaran Malaysia adalah belum diketahui lagi. Bagi sesiapa yang berhajat hendak tukar handphone baru,tangguhkan dulu hajat anda.Tunggu Xiaomi Redmi memsuki Malaysia dan barulah buat pemilihan...yang pasti admin sudah tertarik dengan spec yang cukup mengancam.Nampak gaya Lenovo s920 dan Huawei G700 yang menjadi pilihan utama admin sebelum ini untuk bertukar handphone bakal jadi sejarah.Kita tunggu dan lihat.

Senarai Top 5 Wangian Kereta / Car Freshner Scents paling best untuk kereta anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kereta, umpama rumah kedua anda, umpama kawasan peribadi dan ruang luahan perasaan anda.Kereta bukan lagi hanya satu keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, lambang status, tetapi kereta juga akan dihias mengikut keselesaan dan minat pemilik. Maka tidak hairanlah jika ada pemilik kereta sanggup membelanjakan sebahagian pendapatan mereka semata-mata memenuhi selera dan minat mereka untuk menghias kereta.

Salah satu elemen penting paling asas dalam dekorasi kereta adalah pewangi kereta. Jika anda perasan, jarang anda akan menaiki kereta yang tidak menggunakan sebarang pewangi. Fungsi pewangi kereta juga bukan hanya mewangikan kenderaan dan untuk keselesaan penumpang. Bau hapak dan busuk dalam kereta anda memberi gambaran yang kurang enak tentang diri anda pabila kawan-kawan anda menaiki atau menumpang kereta anda.

Selain daripada memberi suasana selesa sesetengah wangian juga mampu memberi ketenangan kepada pemandu dan penumpang. Wangian kereta zaman sekarang di pasaran ada berbagai fungsi seperti anti bau rokok, anti-bakteria dan tahan lama.Jenama Ambi Pur dan Glade adalah jenama wangian kereta paling popular di Malaysia.Namun terdapat juga wangian kereta yang jenis aromaterapi menjadi alternatif kepada jenama yang sedia ada popular ini.

Jadi di sini saya ingin berkongsi 5 wangian kereta yang terbaik berdasarkan kajiselidik iaitu melalui permerhatian dan survey di internet.

Tempat ke 5 - Cool Water by Glade


Telah bertahun produk ini berada dalam pasaran dan masih lagi menjadi pilihan pemilik kereta sehingga kini.Admin sendiri pernah menggunakan 3- 4 tahun yang lalu kerana baunya yang tidak kuat dan tidak memeningkan kepala.Harga dalam RM 12.00 seunit

Tempat ke 4 - Ambi Pure Vanilla Bouquet


Inilah wangian kereta admin beli semasa admin mula-mula memiliki kereta sendiri.Baunya cukup harum semerbak memenuhi setiap ruang kereta.Wangian ini masih lagi menjadi pilihan walaupun pihak Ambi Pure memperkenalkan bauan yang baru.Namun kini admin tidak lagi menggunakannya sebab faktor harga dan ada alternatif lain yang lebih baik.Harganya lebih kurang harga Glade.

Tempat ke 3 - White Gold by Hot Perfume


Setakat 2 tahun kebelakangan ini,inilah wangian yang menjadi pilihan admin.Dengan harga serendah RM 10 ada bernasib baik RM 9 sebotol, wangian ini mampu bertahan sebulan lebih jika kena caranya.Wangian ini memang best.Setiap kali orang tumpang kereta admin pasti bagi respon yang cukup baik.Wangi ! sudah tentulah?Beli kat mana? Rahsia..hehehe cukup seronok buat orang tertanya-tanya.
 
Tempat ke 2 - Black Ice by Little Trees


Wangian ini belum pernah admin guna walaupun pernah mendengar namanya.Kemungkinan ianya sukar di dapati di semua outlet menyebabkan ada sesetengah orang tidak menpernah mencubanya. Hasil carian admin,jenis wangian gantung ini mendapat komen yang tinggi bagi bau yang cukup menyenangkan dan tidak memeningkan dan murah. Bagi sesiap yang pernah guna Little Trees ini sila bagi komen anda ok. Harga dalam RM 10 sekeping.Beli banyak lagi murah dapat.

Tempat ke 1- Coronado Cherry by California Scents

Dari banyak banyak wnagian yang admin survey setakat ini.Nampaknya wangian ini bakal menjadi wangian kereta admin pada masa terdekat.Hasil selidikan di internet mendapati wangian ini rata-rata pembeli kali pertama memberi pujian yang umphh dan mereka membuat belian berikutnya dan menjadi antara paling laris bagi produk California Scents. Baunya yang cukup wow...sesiapa saja pasti menyukainya.Yang penting ianya tahan lama dari yang lain. Harganya dalam RM 16.90. Mungkin sedikit mahal tetapi keunikan   menjadikan bau kereta anda menjadi lebih misteri.Hehehe...

Kesimpulannya pemilihan wangian kereta yang tepat untuk kereta anda amat penting kerana  apabila keadaan didalam kereta anda kemas dan bersih serta berbau wangi menjadikan anda lebih tenang dan fokus semasa memandu tanpa gangguan. 

Adakah wangian kereta di atas pernah anda menjadi pilihan anda atau ada wangian lagi best untuk anda kongsikan bersama?

Sila tinggal komen di bawah.
 

Tips berguna cara halau nyamuk bila ubat nyamuk habis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah mengalami ubat nyamuk di rumah sudah habis? Anda terlupa beli ubat nyamuk dan kedai sudah tutup waktu malam? Anda tidak boleh tidur kerana nyamuk asyik mengacau anda ataupun anda tengah berada di dalam hutan aktiviti berkhemah tetapi tertinggal ubat nyamuk? Secara umumnya nyamuk merupakan serangga penghisap darah yang berbahaya dan sering mengganggu manusia mahupun haiwan.

Selain gigitannya mampu menyebarkan penyakit, nyamuk juga membuat manusia susah tidur pada waktu malam.Nyamuk adalah salah satu serangga yang paling menjengkelkan dan sebagai penyebar beberapa penyakit berbahaya. Dianggarkan setiap tahun ada satu juta kematian manusia yang disebabkan oleh gigitan nyamuk

Tips Halau Nyamukmengunakan alam semulajadi

1. 2 biji Limau
2. segenggam cengkih

Cara penyediaan :-

1. Potong dua limau tersebut.
2. Letakkan cengkih di atasnya dan letak di setiap penjuru katil



Insyaallah nyamuk tidak akan menyerang sehingga anda beli ubat nyamuk esok pagi.Hehehehe

Games Candy Crush membosankan? Asah Otak Anda Segeliga Mungkin dengan Games Buttons & Scissor

Games Candy Crush menyakitkan otak anda? Bohsan minta nyawa kat kawan-kawan untuk games Candy Crush? Jangan dibiarkan anda diserang penyakit darah tinggi. Admin cadangkan anda bertukar kepada games yang lebih baik dari itu. Permainan memotong butang baju jahit di kain atau  Games Buttons & Scissor . Caranya cukup mudah untuk memotong butang, memilih dua atau lebih butang warna yang sama . Anda hanya boleh memilih butang pada garis mendatar , menegak atau pepenjuru yang sama. Memotong semua butang dari sekerap kain untuk naik level . Cuba untuk melengkapkan setiap level dalam masa yang sesingkat mungkin , untuk mendapatkan skor yang lebih baik .
Syaratnya anda tidak boleh gunting satu butang  jadi merancang terlebih dahulu strategi anda! Permainan ini amat menyenangkan kerana ianya mengasah pemikiran logik anda dan melatih otak anda supaya lebih tajam dan fokus.
Cara bermain :-
Apabila anda memulakan permainan buat kali pertama anda akan diajar secara tutorial oleh sistem. Anda diberi secebis kain denim dan beberapa butang berwarna yang berbeza. Setiap langkah akan ditunjukkan dengan anak panah putih. Sentuh butang pertama dan menggerakkan jari anda ke butang terakhir warna yang sama, dan kemudian lepaskan jari anda. Semua butang dipilih maka saya akan disingkirkan dengan gunting, jika dipilih dengan betul.







Ciri-ciri utama :
- Butang dan gunting yang sebenar

- Terdapat tahap 5x5 , 6x5 , 6x6 dan 7x7
- Unlimited Undo- HD grafik- Tablet disokong sepenuhnya- Ada Ranking- Bantuan penyelesaian bagi setiap level

Download permainan ini di Play Store

Jom Download Permainan Mario Bros Versi Komputer Untuk Anak Anda

Siapa pernah bermain Mario Bros ? Semestinya pernah bukan kalau sesiapa yang dilahirkan zaman 70 an. Kanak-kanak waktu era 80an/90an cukup meminati game ini. Namun tidak semua kanak-kanak ketika itu yang mampu memiliki set Nintendo. Admin sendiri pun menumpang   kawan yang ada set Nintendo ini.Pagi-pagi buta waktu cuti sekolah dengan muka tak malu terpacak depan pintu rumah kawan berbekalkan pujukan dan muka seposen dapatlah bermain bergilir itupun tidak puas main.Sadis betul zaman dulu berbanding kanak-kanak sekarang.

.Super Mario  adalah suatu permainan platform yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Nintendo pada akhir 1985 untuk konsol Ninterndo Entertainment System. Permainan ini membawa pengaruh yang besar pada perkembangan dunia hiburan rumah dan merupakan salah satu permainan terlaris dengan penjualan lebih dari 40 juta salinan hingga saat ini.Kini game Mario Bros telah datang dalam version komputer supaya anda boleh bermainnya di komputer anda. Jadi sesiapa yang ada anak yang asyik dok bermain Angry Bird apakata download game ini di komputer dan bagi anak anda bermain. Mesti best gila..Hahahaha

Super Mario Forever (Permainan Percuma)
Permainan ini dikenali sebagai Super Mario Forever dan merupakan salah satu versi yang yang tersedia untuk PC , seperti yang saya katakan benar-benar percuma.

Permainan ini benar-benar percuma, dan anda boleh memuat turun dan bermain. Ia tidak mengandungi spyware atau virus.
Dengan 8 tahap permainan yang berbeza.
Score GRAFIK : 5
Score BUNY I- 7
Score Hiburan -8
 
Syarat-syarat:
OS: Windows ME/2000/XP/VISTA
CPU: 600MHz atau lebih.
RAM: 64 MB


 


Click Here To Download Super Mario Forever

cara menukar dokumen pdf to words file yang paling mudah

Saat ini Portable Dokumen File (PDF) telah menjadi format standard dalam menyimpan suatu dokumen. Adobe Reader dan Adobe Distiler merupakan software keluaran Adobe Inc. untuk membaca dan menulis suatu dokumen dalam format PDF.

Kali ini admin akan berkongsi informasi tentang Cara mengubah format PDF ke Word .Seringkali kita ingin mengubah suatu file dalam bentuk PDF ke Word untuk kepentingan tertentu baik itu menyalin maupun mengeditnya. Sebetulnya untuk menyalin teks dalan file PDF ke Word begitu mudah, tinggal klik icon T kemudian sorot teks yang diiginkan kemudian tinggal copy dan paste ke dalam MS Word. Pekerjaan itu tentunya akan menjadi sukar apabila melibat gambarajah dan dekomen dalam berbentuk borang.Jadi sebaiknya converter software diperlukan bagi memudahkan kerja anda.Walaupun ada converter pdf yang free online namun adakalanya hasil yang diperolehi tidak memuaskan di mana ada sesetengah dokumen dalam bentuk imej,jadi agak sukar untuk diedit.Pilihan admin dalam pdf converter adalah yang bukan online free punya.


Setakat ini admin amat berpuas hati dengan prestasi software yang admin gunakan dalam menukar format pdf ke word.Admin mendownload dari sini.

Free file converters tend to have simple GUIs, and Free PDF to Word Doc Converter's certainly fits the description: it's just a dialog box with input and output fields, some general options, and a progress bar. Simple is better with this type of tool, and this one is easy to figure out, though clicking Online Help accesses a brief but clear manual, a tutorial, FAQs, and other resources. We browsed to and selected a source file, a single-page PDF with text and an image. We selected our destination folder and turned to the General Options in the center of the layout. Here we could set Free PDF to Word Doc Converter to convert all the pages in our document or specify the exact page range. (Free PDF to Word Doc(PDF2Word) Converter v3.0 software full version with key from freefunshare.blogspot.com)

Pressing Convert to Word Document started the process, which was completed almost immediately. We could view the finished product by selecting an Open check box and our choice of reader, Windows Default (MS Word) or Windows WordPad. All our converted documents opened normally, and most looked great. (Free PDF to Word Doc Converter v3.0 software full version with keygen from freefunshare.blogspot.com).

 How to Install PDF2Word converter v3.0 :

   1.      Install using Pdf2word v3.0
   2.      After installation do not launch the program
   3.      Open Pdf2word v3.0 crack file
   4.      Go to select a product and choose Pdf2word v3.0 which is at no.8
   5.      Now click on gen to get key
   6.      Copy the key, run the program enter any email address and paste key, then click ok.
   7.      Software will be registered enjoy!!


Cara download :-




Click here to Download Pdf 2 word converter v3.0

Tidak sempat carum PERKESO selepas maut di tempat kerja layak dapat faedah Orang Tanggungan

KUCHING, 11 Feb (Bernama) -- Keluarga mendiang Benedick Guan Anak Christopher terharu apabila mereka layak menerima Faedah Orang Tanggungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) walaupun anak mereka belum membayar caruman selepas maut di tempat kerja pada hari ke-12 dia bertugas.

Pengurus Perkeso Negeri Sarawak John Riba Marin berkata dalam kes berkenaan walaupun mendiang dan majikan mendiang belum membayar carumannya tetapi disebabkan mendiang pekerja sah di syarikat itu, dia layak dilindungi dengan syarat majikannya mempunyai bukti menggajinya dan melaporkan kemalangan itu.

Katanya Benedick bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta itu bermula 10 Jan dan pada 21 Jan lepas dia meninggal dunia selepas kepalanya tersepit di pintu lif yang dikhaskan untuk memunggah barang di tempat kerjanya.

"Walaupun menurut rekod mendiang hanya bekerja 12 hari dan belum membuat potongan caruman Perkeso namun mendiang layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerja Perkeso," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Bapa mendiang, Christopher A/L Mariana Suda dan ibunya Golin Anak Meres bersama tiga adiknya berusia 16, 15, dan 13 tahun layak menerima pencen bulanan Faedah Orang Tanggungan RM300 sebulan dan mereka turut menerima RM1,500 daripada Perkeso untuk Faedah Pengurusan Pengebumian pada 7 Feb lepas.

Menurut Riba, Perkeso menyediakan pelbagai skim bagi melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan dan bencana.

"Pada masa ini terdapat 1.05 juta pekerja yang dilindungi Skim Insurans Bencana Pekerjaan di Sarawak.

"Semua majikan yang mempunyai pekerja yang layak mencarum diwajibkan untuk mendaftar dan melindungi pekerja mereka di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan," katanya.

Katanya caruman untuk Skim Insuran Bencana Pekerjaan dibuat oleh majikan sahaja pada kadar 1.25 peratus gaji bulanan tertakluk pada gaji maksimum RM3,000.

Beliau berkata majikan yang gagal mencarum boleh didakwa di mahkamah dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca