Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Senarai Top 5 Wangian Kereta / Car Freshner Scents paling best untuk kereta anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kereta, umpama rumah kedua anda, umpama kawasan peribadi dan ruang luahan perasaan anda.Kereta bukan lagi hanya satu keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, lambang status, tetapi kereta juga akan dihias mengikut keselesaan dan minat pemilik. Maka tidak hairanlah jika ada pemilik kereta sanggup membelanjakan sebahagian pendapatan mereka semata-mata memenuhi selera dan minat mereka untuk menghias kereta.

Salah satu elemen penting paling asas dalam dekorasi kereta adalah pewangi kereta. Jika anda perasan, jarang anda akan menaiki kereta yang tidak menggunakan sebarang pewangi. Fungsi pewangi kereta juga bukan hanya mewangikan kenderaan dan untuk keselesaan penumpang. Bau hapak dan busuk dalam kereta anda memberi gambaran yang kurang enak tentang diri anda pabila kawan-kawan anda menaiki atau menumpang kereta anda.

Selain daripada memberi suasana selesa sesetengah wangian juga mampu memberi ketenangan kepada pemandu dan penumpang. Wangian kereta zaman sekarang di pasaran ada berbagai fungsi seperti anti bau rokok, anti-bakteria dan tahan lama.Jenama Ambi Pur dan Glade adalah jenama wangian kereta paling popular di Malaysia.Namun terdapat juga wangian kereta yang jenis aromaterapi menjadi alternatif kepada jenama yang sedia ada popular ini.

Jadi di sini saya ingin berkongsi 5 wangian kereta yang terbaik berdasarkan kajiselidik iaitu melalui permerhatian dan survey di internet.

Tempat ke 5 - Cool Water by Glade


Telah bertahun produk ini berada dalam pasaran dan masih lagi menjadi pilihan pemilik kereta sehingga kini.Admin sendiri pernah menggunakan 3- 4 tahun yang lalu kerana baunya yang tidak kuat dan tidak memeningkan kepala.Harga dalam RM 12.00 seunit

Tempat ke 4 - Ambi Pure Vanilla Bouquet


Inilah wangian kereta admin beli semasa admin mula-mula memiliki kereta sendiri.Baunya cukup harum semerbak memenuhi setiap ruang kereta.Wangian ini masih lagi menjadi pilihan walaupun pihak Ambi Pure memperkenalkan bauan yang baru.Namun kini admin tidak lagi menggunakannya sebab faktor harga dan ada alternatif lain yang lebih baik.Harganya lebih kurang harga Glade.

Tempat ke 3 - White Gold by Hot Perfume


Setakat 2 tahun kebelakangan ini,inilah wangian yang menjadi pilihan admin.Dengan harga serendah RM 10 ada bernasib baik RM 9 sebotol, wangian ini mampu bertahan sebulan lebih jika kena caranya.Wangian ini memang best.Setiap kali orang tumpang kereta admin pasti bagi respon yang cukup baik.Wangi ! sudah tentulah?Beli kat mana? Rahsia..hehehe cukup seronok buat orang tertanya-tanya.
 
Tempat ke 2 - Black Ice by Little Trees


Wangian ini belum pernah admin guna walaupun pernah mendengar namanya.Kemungkinan ianya sukar di dapati di semua outlet menyebabkan ada sesetengah orang tidak menpernah mencubanya. Hasil carian admin,jenis wangian gantung ini mendapat komen yang tinggi bagi bau yang cukup menyenangkan dan tidak memeningkan dan murah. Bagi sesiap yang pernah guna Little Trees ini sila bagi komen anda ok. Harga dalam RM 10 sekeping.Beli banyak lagi murah dapat.

Tempat ke 1- Coronado Cherry by California Scents

Dari banyak banyak wnagian yang admin survey setakat ini.Nampaknya wangian ini bakal menjadi wangian kereta admin pada masa terdekat.Hasil selidikan di internet mendapati wangian ini rata-rata pembeli kali pertama memberi pujian yang umphh dan mereka membuat belian berikutnya dan menjadi antara paling laris bagi produk California Scents. Baunya yang cukup wow...sesiapa saja pasti menyukainya.Yang penting ianya tahan lama dari yang lain. Harganya dalam RM 16.90. Mungkin sedikit mahal tetapi keunikan   menjadikan bau kereta anda menjadi lebih misteri.Hehehe...

Kesimpulannya pemilihan wangian kereta yang tepat untuk kereta anda amat penting kerana  apabila keadaan didalam kereta anda kemas dan bersih serta berbau wangi menjadikan anda lebih tenang dan fokus semasa memandu tanpa gangguan. 

Adakah wangian kereta di atas pernah anda menjadi pilihan anda atau ada wangian lagi best untuk anda kongsikan bersama?

Sila tinggal komen di bawah.
 

3 comments:

  1. produk California Scents, kat mana ada jual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy belinya kat sini.

      http://www.lelong.com.my/merchant/12volts-Car.Air.Freshener-C1-69480-1.htm

      Delete
  2. Anonymous12:59 AM

    boleh hubungi saya untuk mendapatkan LITTLE TREES X-tra Strength.

    Bukan sekadar kereta, juga sesuai untuk ruangan.

    011 2320 7695
    FB : Mohamad Hasan B Sulaiman

    ReplyDelete

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca