Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Dari Nokia N8 Terjebak Beli Huawei Ascend G600



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kisahnya berlaku awal tahun ini dan admin sebelum ini pakai Nokia N8 namun tidak kekal lama sebab N8 mengalami kerosakkan dan tidak boleh dibaiki.Satu yang mengecewakan yang admin tersalah langkah dalam membaiki handphone ini iaitu tidak pergi ke Nokia Service Centre sebaliknya ke kedai biasa walaupun pun masih ada warranty beberapa bulan lagi.Menyesal tak sudah bagaikan hujan turun tidak berhenti sebulan.

Namun hidup kena teruskan jua.Dengan budget yang ketat iaitu RM 750 ke bawah dalam mencari handphone baru yang persis N8 masih tidak dijumpai. Nak beli Nokia 808 tak sanggup dengan harga dan dengan saiz bulky.Mungkin android phone dengan xenon flash menjadi pilihan.Cari punya cari...alahai tak ada rupanya android phone dengan xenon flash.Waktu handphone yang menjadi pilihan Nokia 620 dan Alcatel 997D kerana baru dilancarkan di pasaran. Dari pengguna fanatik OS Symbian terpaksa beralih arah dengan Window8 ataupun OS android.

Lepas itu admin terjebak satu website dari China yang membuat review tentang huawei G600.Yang admin teruja iaitu double LED flash yang mampu memberi cahaya dalam situasi gelap walaupun tidak setanding dnegan xenon.Akhirnya admin terpengaruh dan memilih Huawei G600 sebagai pengganti Nokia N8 dan menolak Nokia 620 atas alasan Window 8 tidak cukup games dan banyak komen negatif pengguna nokia Window 8 pada model model yang lepas manakala Alcatel 997D dengan alasan harga mahal sikit dari Huawei G600 tetapi kekurangan dari saiz skrin lebih kecil 4.3 in dan kualiti skrin hanya TFT  dan tiada Scratch Resistant Corning Gorilla Glass.

Alcatel 997D

Nokia 620

Carian dibuat dan dapat berurusan dengan seller carigold.com yang Huawei G600 dengan harga RM 680 dari harga sebenar RM 799.00.Admin pilih waran putih sebab rupanya seakan Samsung S11 tetapi dapat warna hitam warna putih tiada stok.Tapi malangnya Huawei G600 versi Malaysia hanya single LED dan tiada NFC.Sadis betul Huawei Malaysia....:(


Apa yang admin dapat dari Huawei Ascend G600:-
1. Processor Dual-Core 1.2 GHz
2. Midland warranty
3. Ram Memory 768 MB
4. 8MP HD camera with BSI Technology for better Night Pictures.
5. Memory Extended MicroSD upto 32 GB  
6. 4.5-inches IPS LCD touchscreen (4.5″ qHD vivid colour)
7. OS Android Ice Cream Sandwich
8. Dolby DTS 5.1 Theater Like Experience
9. Li-Po 1930 mAh battery

 Setelah guna Huawei G600 apa komen admin?

1. Saiz skrinnya besar. Sebelum ini N8 saiz skrin kecil ja 3.5in dan bila dapat yang besar memang puas la bila surfing.Lepas ini kalau nak cari yang baru pun skrin hadnphone mesti 4.5 in kalau tidak rasa janggal nanti.Kiranya saiz 4.5 in sudah cukup cantik.Tidak perlu saiz skrin macam Samsung Note.

2. Kamera G600 boleh dikatakan baik.Kalau ambil gambar waktu siang,kualiti gambar memang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi bila ambil gambar waktu malam agak kurang sedikit sebab flash dia LED.gambar yang terhasil warna seakan kuning sikit.Tapi admin masih berharap android yang ada xenon flash yang harga berpatutan akan muncul.

3. Sound speaker. Sedap dan jelas bagi telinga admin la.Dengan teknologi DTS dan kekuatan 2 speaker.Memang kuat bunyi yang dihasilkan.

4. Sufing internetnya lancar tanpa sebarang masalah.Cukup memuaskan bila guna WIFI.

Kesimpulannya, memang ianya satu gadjet yang tidak menghampakan admin walaupun admin telah cukup berisiko memilih jenama yang bukan popular dari segi pengeluaran handphone umpama admin melawan arus. Tetapi setakat ini admin puas hati dari segi aspek kualiti gambar kamera mmg cantik.Tapi dari segi gambar waktu malam masih sama seperti handphone jenama yang lain yang menggunakan LED sebagai sumber cahayanya.Cuma di sini kalau anda ingin membeli Huawei Ascend G510,admin cadangkan beli sahaja Huawei Ascend G600 kerana keraaa RAM lebih iaitu 768 MB.Ini penting untuk penggunaan aplikasi dan juga bermain games.

Ikan Keli Tercekik Bola Keranjang Disangka Umpan

Seorang lelaki yang tinggal di  Lake Sandalwood di Kansas pada bulan Mei 2004 menyaksikan bola melantun-lantun  di tasik dan pergi untuk menyiasat. Menurut wartawan Michael Pearce, Bill Driver berdiri di atas dek rumah beliau menghadap ke tasik apabila dia menyaksikan terlonjak bola lapan inci di dalam air. "Menyedari bola tidak terapung seperti biasa," Pearce menulis, "Pemandu merayau ke dok bagi melihat dengan lebih dekat. Melihat Ikan keli dengan mulutnya yang terperangkap oleh bola."  

Ikan tidak boleh menyelam dan kelihatan dalam kesusahan, Ikan itu benar-benar letih dari cuba untuk menyelam, tetapi tidak mampu kerana bola Sentiasa akan membawa dia kembali ke permukaan. Pemuda itu cuba berkali-kali untuk mendapatkan bola keluar, tetapi tidak berjaya. Beliau akhirnya terpaksa imemotong bola untuk mengempiskan dan melepaskan ikan keli lapar. Jadi, menggunakan pisau diserahkan kepadanya oleh isterinya, Pemandu mencucuk lubang dalam bola dan kempis itu.

Anda mungkin tidak akan percaya ini, jika anda tidak melihat gambar-gambar yang berikut






Kebocoran Minyak Hitam Sekitar Bawah Engine

Assalamualaikum dan Salm Sejahtera.

Bila dapat gaji aje...kereta pun buat hal. Baru-baru admin balik kampung sebab kenduri sepupu pada hari sabtu. Jadi apabila esoknya nak balik terperasan ada tompokan minyak di lantai tempat parking kereta.

Keberkesanan Astaxanthin Untuk Kulit Cantik dan Rawatan Penyakit Kronik

Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang dihasilkan secara semula jadi oleh sejenis mikro alga unik bernama Haematococcus Pluvialis. Alga ini banyak didapati secara meluas di kebanyakan negara yang mempunyai lautan dalam terutama Lautan Pasifik dan hidup sekurang-kurangnya 5000 kaki di bawah paras air laut. Antara negara yang kaya dengan sumber alam ini ialah di Kepulauan Hawaii, Kanada, Jepun dan sepanjang pantai negara persisir lautan Pasifik. Namun, alga di Kepulauan Hawaii merupakan yang terbaik di dunia kerana ia hidup subur memandangkan ia mendapat nutrien, suhu dan persekitaran yang sempuran memandangkan Kepulauan Hawaii terdiri daripada gugusan kepulauan gunung berapi berusia jutaan tahun yang kaya dengan mineral dan galian semula jadi.

Walaupun alga ini bewarna hijau, seperti kebanyakan alga lain, namun ia sebenarnya akan bertukar warna kepada merah sekiranya persekitarannya terancam sama ada tekanan persekitaran, suhu, pancaran UV yang berlebihan dan sebagainya. Ia sebenarnya berpunca daripada mekanisma terakhir alga ini sendiri yang mengeluarkan sejenis pigmen atau pewarna semulajadi yang digelar Astaxanthin.

Astaxanthin merupakan sejenis pigmen merah yang berada dalam kumpulan famili Vitamin A yang besar bergelar Caretenoid. Ia tergolong dalam kelas phytokimia tepenes di mana ia majortinya di dalam kumpulan xanthophyll. Ia merupakan sejenis pigmen kuning-oren-kemerahan yang wujud secara semula jadi di muka Bumi. Haematococcus Pluvialis menjadi diet harian beberapa jenis unggas dan hidupan marin seperti flamingo, ketam laut, udang laut ( lobster ), krill ( sejenis udang laut dalam ), dan ikan salmon.

Terdapat lebih daripada 2000 kajian yang menyokong tentang manfaat Astaxxanthin terhadap kesihatan manusia dan ia terus dikaji oleh para saintis, pengamal perubatan, ahli farmasi dan sebagainya.

Antara kebaikan dan manfaat Astaxanthin ialah :

Kebaikan Astaxanthin

  • Meningkatkan kualiti kulit. Astaxanthin bukan sahaja menghalang kerosakan akibat sinaran matahari UV daripada berlaku, tetapi sebenarnya boleh membantu menterbalikkan tanda-tanda luar penuaan dari luar dalam.
  • Mengurangkan kedut dan tompok penuaan, meningkatkan tahap kelembapan, keanjalan dan kelancaran, dan untuk memberi kulit anda yang cantik, bersinar sihat.
  • Antioksidan semulajadi yang dikenali. Ia telah diukur jauh lebih kuat daripada mana-mana antioksidan terkenal: vitamin E atau vitamin C, beta-karotena, lutein atau Pycnogenol.
  • Pemakanan tambahan untuk kulit kelihatan muda, cantik, dan mungkin yang terbaik untuk mengambil untuk penglihatan.
  • Penawar yang amat berkesan untuk semua jenis siku tendon, sendi dan sakit otot, artritis dan tenis.
  • Astaxanthin boleh sampai ke setiap bahagian sel, di dalam dan keluar.
  • Astaxanthin boleh melintasi rintangan darah-otak untuk melindungi otak dan sistem saraf.
  • Astaxanthin boleh melintasi halangan darah retina dan membawa perlindungan kepada mata.
  • Astaxanthin berfungsi di setiap bahagian badan, organ-organ dan kulit.
  • Astaxanthin boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan tendon, sendi dan otot.
  • Merangsang sistem imuniti
  • Membantu mencegah serangan jantung
  • Membantu mencegah permulaan sel-sel kanser
  • Membantu mencegah Alzheimer dan Parkinson
  • Menormalkan tekanan darah
  • Melegakan masalah prostat
  • Memberikan ketahanan yang lebih baik untuk selsema
  • Mencegah dan mengurangkan kencing manis
  • Mencegah penyakit gusi
  • Meningkatkan kesihatan reproduktif
  • Melindungi semua bahagian sel-sel daripada kerosakan oksidatif
  • Makanan tambahan utama untuk kesihatan mata dan mencegah kebutaan.
       
Terdapat dua jenis jenama yang popular iaitu BioAstin Hawaii Nutrex yang  menjadi produk Astaxanthin  No. 1 di Amerika Utara dan ini diamalkan sendiri oleh ahli farmasi terkenal Amerika, Suzy Cohen.Namun,  produk ini tidak terdapat di pasaran Malaysia dan  hanya boleh dibeli melalui laman web online sahaja. Akan tetapi ada satu produk jenama yang dipasarkan sendiri oleh syarikat Malaysia, Cosway. Ia adalah AstaPycnogenol.Namun ada juga produk yang menggunakan kandungan Astaxanthin dalam sebahagian ramuan produk mereka seperti produk DR11,Aqueous Marine Collagen,Collagen Astaxanthin dan lain-lain.

Oleh itu, apa yang anda tunggu lagi, sama-sama nikmati perubahan drastik daripada sumber alam yang terhebat ini.

Transitions Lenses Pilihan Terbaik Untuk Cermin Mata Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam cuaca panas ini, satu masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai sunglass ketika panas terik tetapi apa akan daya orang yang rabun mana boleh pakai 2 cermin mata pada waktu yang sama bukan.

Credit Card Caj 8.88% Setahun Untuk Cikgu Saja? Penjawat awam lain macamana?

Assalamualikum dan Salam Sejahtera,

Baru baru ini admin  dengan abang-abang Bank Simpanan Nasional ada terlibat dengan program Out Reach bersama Jabatan Pendidikan Daerah Hulu Perak di RPS Kemar,Gerik Perak. Sepanjang satu hari itu,En. Kamarul Zaman selaku wakil Bank Simpanan Nasional cawangan Kuala Kangsar membuat promosi kad kredit BSN khusus untuk para guru yang berkelayakan. Bila admin  baca pamplet kad kredit itu...mau panas telinga admin dengan caj terendah iaitu 8.88% setahun dan tiada yuran tahunan seumur hidup hanyalah untuk penjawat awam yang bernama Guru sahaja. rendah betul caj interest tahunan. kalau biasa kad kredit dalam 17% setahun. Untung betul la para cikgu sekarang ini.

Tetapi kad kredit BSN ada juga untuk penjawat awam tapi caj tahunan tinggilah sikit. Dalam hati ini tidak adil-tidak adil bagiku..terngiang-ngiang lagu Yuna waktu tuh. Tapi apa kan daya... maklumlah persatuan guru ini kuat memperjuangkan nasib dan menjaga kebajikan para guru sebab itu ada pakej-pakej khas untuk cikgu seumpamanya.Beberapa keping gambar ketika program Out Reach Pendidikan Hulu Perak 201.

Perjalanan ke RPS kemar

Sampai Pulau Pendidikan Tasik Banding



Pembukaan akaun simpanan

Serba sedikit maklumat tentang kad kredit ini di mana YAYASAN Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kad kredit 1 TeachersCard yang menawarkan caj kewangan paling rendah di pasaran di samping pelbagai ganjaran serta keistimewaan yang menarik. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Mejar (B) Wan Munadi Wan Mamat, kad kredit ini eksklusif untuk guru, pegawai serta kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadi ahli YGMB.


"Walau bagaimanapun, guru atau kakitangan yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi belum menjadi ahli YGMB boleh memohon kad kredit ini."YGMB akan memberikan keahlian automatik dengan pengecualian yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10 kepada mereka," jelasnya.


Pemegang kad ini bakal menikmati caj Kewangan atau fi Kemudahan serendah 8.88 peratus setahun dan yuran tahunan percuma seumur hidup, tanpa sebarang syarat.Selain itu, kemudahan dan keistimewaan lain yang dapat dinikmati oleh pemegang Kad Kredit 1 TeachersCard adalah Program Pindahan Baki kosong peratus, Pelan ansuran BSN EasyPay kosong peratus, BSN EasyCash, Insuran Perjalanan dan Kesulitan Percuma sehingga RM500,000.


Kad ini turut memberi mata ganjaran yang tiada tarikh luput sebanyak satu mata untuk setiap seringgit bagi perbelanjaan runcit di dalam negara dan dua mata bagi setiap seringgit untuk perbelanjaan runcit di luar negara.Permohonan untuk kad kredit jenis Emas MasterCard yang ditawarkan dengan pilihan Kad Islamik atau Konvensional ini juga dibuka kepada guru yang baru tamat kursus perguruan dengan syarat perlu menyertakan salinan surat penempatan mengajar.


Dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah salinan kad pengenalan, penyata gaji terkini dan salinan pas pekerja.Untuk memohon kad kredit 1 TeachersCard, dapatkan borang permohonan di cawangan BSN, layari laman www.mybsn.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-88-1900. Bagi pertanyaan mengenai manfaat keahlian YGMB, sila hubungi 03-41058679 atau layari www.ygmb.com.my.


Kisah Lubang Hidung dan Jerebu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masalah jerebu bagaikan satu pesta tahunan bagi rakyat Malaysia. Punca jerebu yang sinonim adalah pembakaran hutan bagi tujuan pertanian semula di negara jiran. Yang pasti rakyat Malaysia seolah-olah redha dengan apa yang berlaku. 

Nampaknya sampai bila masalah jerebu ini akan mneghantui kita dan di manakah fungsi kerajaan dalam mengatasi masalah ini. Yang pastinya penutup mulut akan menjadi pisang goreng apabila permintaannya akan meningkat secara mendadak akibat fenomena jerebu ini. 
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :- 

NILAI IPU STATUS
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya

 
Keadaan Jerebu

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA?
Itu memang satu kepastian bagi soalan di atas. Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Pakai Mask bila Keluar rumah


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : www.moh.gov.my

Misai Kucing Berkesan Rawat Kencing Manis,Darah Tinggi dan Gout

 Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini admin ingin sentuh satu pokok herba yang bagus untuk merawat penyakit kronik.Amalan pokok-pokok herba adalah lebih baik dari memakan ubatan berasaskan dadah di farmasi dan sebagainya yang hanya dapat menahan kesakitan tanpa memulihkan penyakit yang dialami. Pokok misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse / Lamiaceae / Labiatae.

Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.





Pokok Misai Kucing

   KEBAIKAN + KHASIAT MISAI KUCING
  •     Merawat penyakit buah pinggan
  •     Batu pundi kencing
  •     Jangkitan saluran kencing
  •     Hati dan masalah pundi kencing
  •     Kencing manis
  •     Sakit sendi
  •     Batu karang
  •     Gout
  •     Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  •     Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  •     Nephritis
  •     Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  •     Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA-CARA PENGGUNAAN MISAI KUCING

  •     Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
  •     minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  atau
  •     Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil atau dikoyak-koyakkan
  •     Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
  •     Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.

Kenali Penyakit Batu Karang Dalam Hempedu dan Rawatannya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini admin ingin berkongsi maklumat berkaitan batu krang dam hempedu. Apakah Dia Batu Hempedu?Batu hempedu (gall bladder stones) terhasil dari pengumpulan sisa-sisa kolestrol dan pigmentyang tidak dapat disingkirkan dan dicernakan oleh cecair hempedu (dihasilkan dihati) didalampundi hempadu (bile duct). Pengumpulan bertahun-tahun dari sebesar pasir hingga sebesar telur angsa, pada mulanya tidak dirasai hinggalah gejala-gejala diatas timbul.

 Apabila pundi hempedu dipenuhi batu hempedu, maka proses pencernaan lemak dan  kolestrol semakin kurang efektif lalu cecair hempedu dan kolestrol memasuki sistem darah menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti sakit kuning, penyempitan salurdarah, tekanan darah tinggi, jantung, kerosakan hati, masalah buah pinggang, usus dan sebagainya.Keadaan ini terjadi akibat tubuh tidak lagi dapat berfungsi secara efektif dalam menyingkirkantoksin dan menguatkan sistem pertahanan badan (defence mecanism).

 Antara yang menyumbang kepada keadaan ini adalah cara hidup moden yang serba mudah, kurang aktiviti fizikal, makanan yang banyak kolestrol, lemak, bahan perasa, pewarna sintetik, pencemaran udara, asap kenderaan, kosmetik mengandungi kimia sintetik, alkohol dan rokok, ubat-ubatan mengandungi dadah, X-ray, kemoterapi, radioterapi, antibiotik, tekanan persekitaran, dadah sintetik dan lain-lain lagi.Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular di kalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Simptom-simptom Batu Karang Dalam Hempedu

1. Rasa senak yang kronik yang ditandai dengan rasa mual, angin, kembung perut dan kadangkala sakit di bahagian abdomen.

2. Kesakitan yang datang secara tiba-tiba, konsisten dan sederhana bertuukar menjadi kesakitan yang teramat sangat di bahagian tengah dan kanan atas abdomen. Rasa sakit itu mungkin berlaku selama satu hingga dua jam selepas makan tetapi ia juga boleh terjadi pada waktu malam. Selalunya rasa sakit itu memakan masa dari 15 hingga 30 minit ke beberapa jam. Sakit batu karang hempedu bermula di bahagian tengah dan kanan atas abdomen dan pada waktu-waktu tertentu, ia akan menular ke belakang atau bahu kanan. Selepas rasa sakit berkurangan, seseorang itu mungkin mengalami rasa sakit yang sederhana atau kesakitan di bahagian atas abdomen selama satu hari atau lebih. Serangan batu karang hempedu tidak menentu, ia boleh mengambil masa selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

3. Loya dan muntah. Kadangkala, batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu dan mengakibatkan rasa sakit yang berterusan atau mengalami demam panas. Apabila ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Ada kalanya batu karang hempedu terlepas dari pundi hempedu dan masuk melalui kuktus dari hati dan pundi hempedu ke usus kecil. Ia juga boleh masuk melalui duktus yang menghala ke pankreas.

4. Jika anda mengalami satu atau lebih simptom halangan duktus hempedu - sakit di bahagian abdomen, wana kekuningan di kulit dan warna putih di mata (jaundis), air kencing yang gelap dan demam panas dan sejuk, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Jenis-jenis batu karang hempedu

1. Batu karang hempedu berkolesterol.
Batu-batu karang yang berwarna kuning mengandungi kolesterol yang tidak terlarut, walaupun ia mungkin mengandungi komponen-komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa sel darah merah yang lemah). Sebanyak 80% batu karang hempedu adalah batu kolesterol.

2. Batu karang hempedu berpigmen.
Batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Ia boleh dihidapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari dan anaemia sel sikel yang menghasilkan bilirubin secara berlebihan.

3. Batu karang hempedu duktus primer.
 Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Walau bagaimanapun, batu karang jenis ini agak jarang berlaku.

Apakah  Rawatan Untuk Batu Karang Dalam Hempedu

Rawatan Melalui Pembedahan

 
Pembedahan laparoskopik kolesistektomi.
Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil. Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka.
Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal.


Rawatan Melalui Bukan pembedahan
Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan. Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:

a) Pil garam hempedu.
Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.

b) Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal).
Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.








Memiliki senjata tiruan, senjata buatan sendiri adalah salah di sisi undang-undang

Obsesi rakyat Malaysia yang gemar menyimpan koleksi pistol dan senapang tiruan terutamanya dari negara jiran samada membawa masuk secara rahsia atau membeli secara internet bakal padah jika ditangkap

Pelajar ditangkap Kastam Kerana Beli Senapang M16 Tiruan Melalui Internet

Contoh senjata tiruan
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Obses masyarakat kepada senjata tiruan memang menjadi kegilaan kepada remaja mahupun orang dewasa untuk dijadikan koleksi peribadi mahupun hobi. Namun apa yang kita tidak sedari adalah tindakan kita ini bakal mengundang masalah dari pihak berkuasa.

Admin melihat perkara ini bahawa  masyarakat masih tidak mengetahui baahwa memiliki senjata tiruan samaada untuk tujuan hobi atau sebaliknya adalah salah dari segi undang-undang. Perkara ini terjadi kepada seorang pelajar merujuk kepada akhbar KOSMO di mana keghairahan seorang pelajar tingkatan tiga membeli 'mainan' berupa beberapa laras senjata tiruan melalui internet mengundang padah apabila dia dicekup Kastam Cawangan Penguatkuasaan Ipoh kelmarin.

Remaja berusia 15 tahun terbabit ditahan di rumahnya di sini berdasarkan alamat tertera pada bungkusan kurier yang dikesan menerusi mesin pengimbas Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh Sabtu lalu.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, antara senjata tiruan yang dirampas kira-kira pukul 12 tengah hari itu ialah senapang jenis M16, Air Rifle MP5, pistil jenis Glock dan Colt 45 automatik.

Katanya, kesemua senjata tiruan berkenaan berkualiti tinggi dan menyerupai unit sebenar serta mampu mendatangkan kecederaan serius jika terkena tembakan yang dilepaskan. "Air Rifle MP5 yang dirampas menggunakan peluru tembaga manakala yang lain disertakan dengan set peluru getah.

"Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Kastam negeri Perak di sini hari ini.

Setahu admin jika di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 keranatuduhan  memiliki senjata tiruan . Jika sabit kesalahan, ia boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.Oleh itu beringatlah dan hindari dari membeli dan memiliki senjata tiruan demi masa depan anda.


Plz share kepada kenalan anda untuk tujuan berkongsi ilmu.

Pemilik laman web www.jiwang.org diberkas KPDNKK

PUTRAJAYA 18 Jun - Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.

"Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.

"Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Masalah Lagu Mp3 Tidak Sama Volume? Audio Normalizer dapat membantu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saban hari berulang alik ke tempat kerja sejauh 60km. Koleksi mp3  dari koleksi zaman 90-an dan masakini menjadi peneman setia admin memandangkan siaran FM radio tidak memuaskan memandangkan laluan bukit bukau. Admin gunakan mp3 player untuk dengar mp3 dan biasanya  lagu-lagu mp3 ini diperolehi daripada internet.

FM Player
Bila mendengar  lagu mp3 dimainkan melalui pendrive yang dicucuk kepad FM Player seperti gambar di sebelah. yang pasti admin seringkali mengalami masalah volume lagu ke lagu yang lain berbeza-beza volume suaranya, ada kalanya lagu kuat dan ada yang perlahan. Rasanya admin tidak keseorangan dalm hal ini bukan?Tentu anda di luar sana mengalami masalah yang sama seperti admin.Apa yang anda buat nyer ?

Apabila mengalami situasi macam ini di mana volume suara pada setiap lagu tidak menentu membuat admin terpaksa adjust volume. Perghh..satu kerja pula untuk adjust suara volume.Kalau sekali dua boleh la..nie kalau selalu mau sakit hati...boleh accident kalau asyik fokus adjust volume ajer.

Untuk atasi masalah ini admin dah google cari penyelesaiannya.Admin telah berjumpa satu perisian yang mujarab untuk mengatasi masalah lagu mp3 anda yang kejap kuat dan kejap perlahan.Fungsi perisian ini membolehkan semua mp3 tersebut disamakan volume nya. Selepas guna perisisan ini gerenti anda tidak perlu adjust volume mp3 anda..Hahahahahaha...

 Untuk itu kita memerlukan download software bernama MP3Gain.

Cara Menggunakannya:
  • Installah terlebih dahulu MP3Gain version 1.2.5

  • Open MP3Gain, lalu add file untuk membuka 1 file mp3 saja atau add folder untuk membuka mp3 dalam 1 folder.

  • Pada contoh kali ini, kita akan menggubah semua volume pada satu folder mp3, maka kliklah "add folder" dan pilih folder yang berisi kumpulan mp3 lagu favorit sobat.

  • Setelah itu, klik "Track Analysis" untuk menganalisa besaran volume pada masing-masing mp3. Jika anda lihat senarai lagu yang dalam folder tersebut didapati volumenya tidak sekata di antara 91.3 hingga 92.3.Sekiranya hasil analisis mendapati ada lagu yang volume nya  bawah daripada 89 bermakna lagu tersebut perlu diperbaiki volumenya.




  • Ubahlah angka pada kotak Target "Normal" Volume sesuai kehendak anda sendiri.Mp3Gain set default volume iaitu 89. Namun bagi pengalaman admin,admin akan set kan pada 92.



  • Setelah itu klik "Track Gain" untuk memulai proses untuk menyamakan volume. Dan tunggulah hingga proses selesai.


Semoga maklumat ini berguna dan bermanafaat...Sudi  tinggal sebarang komen anda tentang post ini di ruangan komen.
Terima kasih.

Lirik Lagu ' Tapi Itu Dulu' Nyanyian Amy Mastura Semakin Diminati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak akhir ini admin ada selalu dengar radio dan terdengar sebuah lagu ini.Dalam hati admin macam biasa dengar suaranya. Suara Amy Mastura sudah lama tidak keluar dengan single terbaru asyik dengan lakonan drama ajer. Google punya google..ohh rupanya sudah lama singlenya berada di pasaran cuma nak popular atau di putarkan di radio lambat sikit. Single lagu ‘Tapi Itu Dulu’ merupakan hadiah terbaik buat  peminat Amy Mastura menerusi album ‘The Best Of Amy Mastura’. Album ini mengandungi 32 buah lagu koleksi terbaik dari penyanyi  genit dan terdapat sebuah single terbaru berjudul ‘Tapi Itu Dulu’ yang kini mendapat tempat di hati peminat. Album The Best Of Amy Mastura ini juga terdapat di dalam bentuk VCD Karaoke. Di dalam VCD karaoke terdapat 22 buah lagu hits. The Best Of Amy Mastura ini telah pun berada di pasaran pada 22 Oktober 2012

Lagu terbaru Amy Mastura berentak Catchy  itu diterbitkan oleh Zimi Sofazr dan Panji Sanji selaku composer lagu ini. Di harapkan dengan adanya single baru  ini dapat mengubati peminatnya selaku artis lama tanahair yang telah menyepi dengan album baru.Sebenaranya banyak lagi artis lama yang admin rasa yang best-best sudah lama tidak mengeluarkan album atas alasan masalah cetak rompak,industri suram dan macam-macam alasan lagi.Buat album nie ibarat jual barang ler..kalau tidak dapat jual sedozen..kita jual loose pack..jual satu satu. Strategi pemasaran...kesan dia amat besar..Kalau Amy Mastura buat lagu single lepas tuh lagunya meletup...kira berapa banyak income masuk dari show-show..Biasalah artis paling koman pun RM 2000-5000 satu lagu....Penganjur takkan nak suruh nyanyi satu lagu..alang alang 2-3 lagu...Habih koman pun kira cincai show satu malam pukul rata RM 8000.Itu baru satu show...kira berapa banyak income masuk....Diharapkan lepas ni Amy Mastura  akan mengeluarkan single terbaru lagu bagi tahun 2013. Tidak rugipun keluar single...modal untuk single tuh kejap jer dapat balik dari show-show yang ada....




Amy Mastura - Tapi Itu Dulu

Ya dulu aku katakan cinta
Ya dulu aku katakan sayang
Ya dulu aku katakan rindu
Padamu Selalu Hanya padamu
Ya dulu aku rajin merayu
Ya dulu tak berhenti berjanji
Ya dulu aku tak pernah ingkar
Untukmu selalu hanya untukmu
Lalu kini kau datang
Hatimu galau bimbang
Meminta ku mengulang perasaan
Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
Dulu hanya kau getarkan hatiku
Tapi itu dulu
Saat aku kejar kejar dirimu
Bermimpi kau bisa jadi denganku
Sayang dulu kau acuhkan cintaku
Sayang itu dulu





Bawang putih rawat tekanan darah tinggi,kencing manis dan artritis

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya.

Tips Untuk Menghancurkan Tahi Besaq ( Adab-Adab Masuk Tandas)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tandas merupakan sesuatu yang sangat penting bagi setiap manusia, khususnya umat Islam, dan dipercayai bahawa setiap manusia normal akan masuk ke tandas sekitar lima atau enam kali setiap hari.
Secara lazimnya, tandas digunakan untuk menunaikan hajat sama ada membuang air besar atau kecil, mandi, membasuh pakaian, berwudhu dan sebagainya.
Ada tandas yang dihias mewah dengan jubin-jubin mahal dan peralatan yang diimport khas dari luar negara, manakala ada juga yang terbiar berkarat tidak bercuci serta kotor dengan najis yang tidak di”flush” oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Biar apa pun perkara atau permasalahan, sebagai umat Islam kita wajar merujuk kepada agama Allah itu dalam setiap muamalah yang kita jalani setiap hari meskipun mengenai perkara-perkara remeh seperti adab-adab masuk ke tandas.
1. Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu – Tandas merupakan satu tempat yang dianggap kurang bersih, kotor dan dikatakan sering menjadi tempat ‘kediaman’ syaitan. Menurut Islam, tempat yang dimuliakan sepert masjid, surau atau rumah hendaklah didahulukan dengan langkah kanan dan begitu juga sebaliknya.
2. Dilarang membawa masuk atau menyebut sebarang benda yang mengandungi tulisan kalimah ‘Allah’ dan ‘Rasulullah SAW’, atau yang berunsur sepertinya ke dalam tandas.
3. Berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan bukan membaca doa – Ramai yang keliru antara berdoa dan membaca doa. Berdoa membawa erti kita memohon sesuatu dari Allah manakala membaca doa ialah sekadar seperti kita membaca buku sahaja. Berdoalah “Ya Allah, aku mohon jauhkanlah diriku dari syaitan jantan dan betina (di dalam tandas)”.
4. Bertinggung dengan memberatkan sebelah kiri ketika qadha hajat – Sunnah Rasulullah SAW mengajar umatnya begitu di mana ia mampu memudahkan proses pembuangan hajat tersebut.
5. Beristinjak atau membersihkan “qubul” (bahagian depan) atau “dubur” bahagian belakang setelah selesai tunai hajat. – bersihkan sebersih-bersihnya.
6. Sekiranya masuk ke tandas untuk mandi, pastikan pakai kain basahan yang menutup aurat dan jangan berbogel – Jaga aurat kita walaupun di dalam tandas. Allah itu Maha Melihat dan kita wajar malu kepada Maha Pencipta serta menjaga aurat kita dari penglihatan makhluk halus seperti malaikat dan sebagainya.
7. Pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar – Islam itu adalah agama yang mementingkan kebersihan. Justeru, umat Islam dianjurkan menjaga kebersihan meskipun ia hanyalah sekadar tandas.
8. 
Tips Menghancurkan tahi besaq 
 

9. Berdoa ketika keluar tandas – Sebutlah “Ghufraanak” atau ‘Ya Allah, ampunkanlah aku’. Mengapa? Sentiasa mohon keampunan dari Allah SWT itu adalah satu amalan yang baik terutamanya selepas keluar dari tempat yang dianggap kotor dan menjadi kegemaran syaitan. Apatah lagi kita terpaksa meninggalkan kalimah ‘Allah’ dan RasulNya ketika masuk ke tandas dan manalah tahu kita ada membuat kesalahan ketika berada di dalam tandas.
Demikianlah Islam yang syumul dan menyeluruh, penuh dengan adab serta akhlak yang perlu dititik diberatkan untuk memastikan sebuah kehidupan dan muamalah yang lebih bersih.
Alangkah indahnya kehidupan sebagai muslim…
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca