Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Popular Hari Ini

Pengalaman Ngeri Di Pesta Pulau Pinang 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pesta Pulau Pinang  akan menjadi bualan setiap kali berada di hujung tahun.Kali terakhir admin mela...

Post Paling Popular Minggu Ini

Transitions Lenses Pilihan Terbaik Untuk Cermin Mata Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam cuaca panas ini, satu masalah kepada orang yang rabun, kerana separuh hatinya ingin memakai sunglass ketika panas terik tetapi apa akan daya orang yang rabun mana boleh pakai 2 cermin mata pada waktu yang sama bukan.
Tetapi jangan risau,sebenarnya anda yang berkaca mata ada pilihan sebenarnya. Terdapat ada 2 jenis kanta bagi cermin mata yang mudah gelap di pasaran iaitu kanta jenis Photogrey dan kanta Essilor® Transitions®. Beza yang ketara antara kedua-dua jenis kanta ialah harganya sahaja.Kalau yang murah jenis Photogrey adalah jawapannya tetapi kalau nak yang berkualiti tentulah Transitions®.

Admin semangnya menyarankan anda untuk memilih kanta Essilor® Transitions® bagi menggantikan kanta cermin mata biasa untuk perlindungan tambahan. Maklumlah, musim-musim panas sekarang ni. Boleh dikatakan setiap hari, cuaca di luar boleh menjangkau sehingga 40 darjah celsius! Bayangkan setinggi mana sinaran UV yang dilepaskan pada waktu itu? Sinaran UV pada waktu kepanasan terlampau boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada mata.


Jenis-jenis kanta di pasaran yang boleh bertukar warna disebabkan olah kepekaan kepada cahaya & UV :

Photocromic (photogrey dan photobrown)
  • Pembuatan kanta adalah hasil adunan antara warna dan lens.
  • Kanta mempunyai sedikit warna dalam lens (brown/grey) dan tempoh penukaran kepada gelap cerah adalah sedikit perlahan.
  • Penukaran warna kanta adalah berbeza bagi “power” yang berbeza bagi kedua-dua belah mata.
  • Photogrey telah wujud di pasaran negara kita sejak 10 tahun yang lalu.
  • Harga Murah

Transition   
  • Transition dikeluarkan dengan teknologi yang lebih baharu beberapa tahun selepas photogrey dipasarkan.
  • Kanta Transition pula telah dibuat dahulu dan dimasukan bahan organisma yang peka kepada cahaya dan ultraviolet ke dalam kanta itu.
  • Penukaran gelap kepada normal dan sebaliknya adalah lebih cepat dan menjanjikan perlindungan 100% dari ultraviolet.
  • Harga mahal

Kepada anda yang banyak menghabiskan masa di luar terutamanya site engineer atau kontraktor mahupun cikgu sekolah yang selalu terlibat aktiviti ko-kurikulum selalu terdedah kondisi cuaca terlampau ini boleh mengakibatkan sakit kepala atau lain-lain kerana dek teriknya panas. Ia kerana dari segi pandangan pertama, harga lens Essilor® Transitions® adalah boleh dikatakan amat mahal dari yang biasa. Namun, jika dibandingkan dengan kesihatan diri dan perlindungan mata, ia adalah “pelaburan” untuk penjagaan mata. Ingatkah anda bahawa deria yang paling sensitif adalah sentuhan (kulit) dan mata juga sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya, iaitu UV.

Untuk pengetahuan semua pembaca, saya adalah pengguna setia Essilor® Transitions® yang melindungi mata saya dilindungi 100% dari panahan UV.




Apa sebenarnya keistimewaan Essilor® Transitions® ini? 

  • Mudah dan cepat mengadaptasi dengan perubahan cahaya.
  • Lens kelihatan seperti lens-lens biasa ketika dalam bangunan atau waktu malam.
  • Lebih selesa berkeadaan gelap apabila di luar atau pada cahaya terang.
  • Mengurangkan “glare’ atau silau dengan lapisan anti-reflective Crizal® untuk penglihatan selesa dan keletihan mata (“eye fatigue”).
Seperti yang sadmin katakan tadi, pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan mata kita rosak dan boleh menjadikan “penyakit” yang biasa kepada mata seperti katarak mata dan macular degeneration. Dengan Essilor® Transitions®, ia menghalang sinaran UV kepada mata seperti krim sunblock kepada kulit anda. Ia juga adalah lens yang menghalang 100% sinaran UVA dan UVB!

No comments:

Post a Comment

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca