Anda suka blog ini? Sila klik " Like "

Banner

Free Bitcoin

Carian Dalam Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Terbaru Rugi Kaw Kaw Kalau Tak Baca

Pengalaman melancong naik ETS Kuala Kangsar ke Langkawi Part 1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Lama admin tidak post dalam blog sebab sejak cetusan idea tak sampai.Ok kali ini admin nak berkongsi tentang pengalaman admin naik ETS aka keretapi laju ke Langkawi.

Admin pergi ke langkawi bersama trip geng opis sebenarnya.Tapi admin naik ETS dari Kuala Kangsar tetapi turun di Alor Setar sebab keluarga admin ada di Alor Setar.

Ini adalah kali pertama admin menaiki keretapi ETS.Memang dah lama berhajat tetapi tak juga sampai-sampai walaupun umur nak cecah 40-an.

Mengapa admin pilih ETS ini? Satu soalan bijak.Sebab pertama admin pergi hanya seorang diri sahaja maka kos ETS dianggap lebih murah berbanding menaiki kereta.Kalau admin pergi bersama keluarga yakni dalam 2 dewasa 4 kanak-kanak mungkin kereta lebih menjimatkan wang. 

Bagaimana cara beli tiket ETS? Admin lebih suka beli secara atas talian. Admin pergi ke KTM Berhad. selepas itu,admin pilih destinasi dari mana ke mana destinasi yang hendak ditujui.Memandangkan admin ke Alor Setar maka admin order ETS Gold pada jam 9.56 pagi dari Kuala Kangsar Koc C kerusi 11A.Harga tiket adalah RM 34 manakala ETS Platinium harganya mahal sikit iaitu RM 44.

Contoh Tiket yang dibeli secara online

 Macam biasa pada pagi itu,admin sampai di terminal KTM Kuala Kangsar dalam jam  9.00 pagi.Sementara menunggu ETS sampai,admin sempat makan pagi (nasi goreng bungkus dan teh tarik) di tempat menunggu.Pada jam 9.30 lebih kurang pihak KTM memanggil semua penumpang turun ke terminal yang ditetapkan bagi menaiki ETS.


Sila abaikan lebam bekas bekam di dahi.Hihihihi

 Tepat jam 9.56 pagi ETS sampai dan admin pun melangkah masuk ke dalam Koc C dan mencari tempat duduk.Alhamdulilah kedudukan kerusi admin bersebelahan dengan kafeteria.Boleh sangat minum pagi dan makan pagi kali kedua.Hahahahaha...Apa yang dapat admin simpulkan tentang ETS ini iaitu perjalanannya cepat sbb kelajuan ETS bergerak adalah 140km sejam dan kalau berhenti di stesen tidak lama hanya dalam 2-3 minit sahaja.Kerusi yang disediakan bolehlah selesa tetapi bagi yg kaki panjang jenuh jugalah kalau dapat kerusi yang bertemu muka.Tandas ok.Ruang solat ada tetapi ada tidak sempat lihat keadaan di dalamnya.

Minum sambil melihat keindahan sekitar

 Untuk makluman semua,admin beli sandwich(keju dan timun) dan kopi panas 3 in 1 berharga RM 6.20.So pandai pandai la korang budjet makan.Mahal  kan? Tapi oklah harga  sekali sekala naik ETS.makan dan minum sambil duduk menghadap tingkap melihat keindahan sepanjang perjalanan memang asyik.

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Admin sampai di Alor Setar pada jam 11.49 pagi.Adik admin menyambut admin di KTM alor Setar.Selepeas ini admin akan bercerita perjalanan ke Langkawi dari Jetty Kuala Perlis pula bagi bahagian part 2.

Sekian.

Artikel Paling Popular Bulan Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penafian

Maklumbalas atau komen yang disiarkan di suatu-suatu artikel yang telah diterbitkan di halaman blog ini adalah bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat bagi memperbaiki kualiti kandungan artikel atau sebarang sokongan secara membina. Walaubagaimanapun, pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang komen atau maklumbalas yang telah disiarkan. Sebarang komen yang menyalahi kesalahan undang-undang kerajaan Malaysia adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang mengirim maklumbalas atau komen tersebut.

Sila pertimbangkan sepenuhnya apabila ingin mengirim komen atau maklumbalas di blog ini.

Komen Terbaru Dari Pembaca